
Selepas tempoh 11 tahun bergelar pelajar sekolah, akhirnya semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 boleh menarik nafas lega apabila masing-masing menerima keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi pada 8 Jun 2023.
Umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali di Putrajaya pada hari ini, seramai 10,109 calon SPM 2022 telah memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Keputusan ini katanya adalah pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lepas apabila Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan untuk SPM 2022 adalah sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya. Nilai GPN yang lebih kecil ini menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Kecemerlangan ini juga sekaligus membuktikan bahawa fasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilalui oleh calon SPM 2022 sewaktu meniti tingkatan empat dan tingkatan lima sepanjang dua tahun lalu tidak membantutkan pelajaran mereka biarpun dalam keadaan yang lebih terkongkong di rumah.
Tambahnya lagi, seramai 75,322 daripada sejumlah 373,974 calon SPM 2022 pula merekodkan kepujiaan iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran.
Tahniah korang!
ARTIKEL BERKAITAN: “Carilah Minat Anda, Bukan Kejar A Semata…”, Nasihat Nad Zainal Buat Lepasan SPM – REMAJA
SUMBER: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
#GirlPower : 9 “Wonder Women” Malaysia, Berjaya Dalam Kerjaya Dimonopoli Lelaki

Wanita yang berkerjaya bukan lagi asing di negara kita. Dalam era globalisasi ini, pasaran kerja yang berbentuk secara fleksibel semakin berkembang luas. Jika zaman dahulu, wanita terperuk di dapur. Tapi tidak lagi dimasa kini. Wanita sekarang sudah bersedia untuk memecah monopoli lelaki.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Jadi kami kongsikan antara wanita Malaysia yang mencipta nama dalam kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki:
1. Nor ‘Phoenix’ Diana
Nor ‘Phoenix’ Diana merupakan antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam 7 daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020, edisi muka depan bagi kategori Sukan dan Hiburan.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini pernah mendapat perhatian dunia apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lepas selain penampilannya yang berhijab di dalam gelanggang.
2. Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff
Pada usia 21 tahun, Nur Izzati telah mencatatkan rekod dalam bidang kerjaya yang biasanya dimonopoli lelaki iaitu menjadi jurukimpal di tengah laut. Kerja-kerja kimpalan bawah air adalah salah satu pekerjaan yang amat berbahaya dan melibatkan kerja dalam persekitaran berisiko dengan keterlihatan minimum.
Sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Nur Izzati telah buktikan bahawa dia boleh melakukannya walaupun dia adalah seorang perempuan.
3. Major Patricia Yapp Syau Yin
Mejar Patricia Yapp Syau Yin merupakan juruterbang wanita pertama yang mengendalikan pesawat pejuang MiG-29. Berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Walaupun wanita, beliau tetap melalui latihan yang sama seperti orang lain, latihan fizikal yang kental dan latihan di lapangan sama seperti juruterbang di TUDM yang lain.
4. Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman

Professor Datuk Dr. Mazlan Othman merupakan seorang pakar astrofizik wanita pertama di Malaysia. Nama beliau terkenal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kajian astronomi negara dan yang paling membanggakan ialah beliau satu-satunya wanita dalam bidang Astronomi dan Profesional Astrofizik di Malaysia.
Beliau juga merupakan wanita pertama yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Astrofizik dari Universiti Otaga New Zealand dan merupakan ahli fizik bintang pertama negara. Beliau turut menawarkan kursus Astronomi di universiti untuk pelajar prasiswazah serta aktif mempromosi Sains Angkasa.
5. Datuk Lim Phaik Gan

Datuk Lim Phaik Gan, juga dikenali sebagai PG Lim telah memecahkan rekod seawal usia muda lagi apabila menjadi wanita Malaysia pertama yang menamatkan pengajian dengan ijazah Sarjana Undang-Undang dari Girton College, London.
Apabila Rusuhan 13 Mei melanda dan Parlimen Malaysia digantung, beliau lah salah satu wanita yang dilantik sebagai ahli Majlis Perundangan Negara yang mewartakan Rukun Negara.
Selepas majlis itu dibubarkan, beliau dilantik pula sebagai Duta Besar Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau juga merupakan duta kepada Yugoslavia, Austria, dan Komuniti Ekonomi Eropah.
6. Joyce Heng Shu Xia

Joyce Heng Shu Xia, membuktikan kehebatan wanita mencipta nama dan kejayaan dalam bidang ini sudah setanding dengan lelaki. Kejayaan dicapai dalam menjuarai kategori wanita bagi Static Worlds Championship 2019 di Gold Coast, Australia pada Jun.
Beliau juga memenangi Pertandingan Orang Kuat di beberapa negeri dan negara termasuk Brunei Darussalam.
7. Sazaimah Sai’on

Sazaimah Sai’on, menyertai industri automotif, sekali gus muncul sebagai ketua mekanik di bengkel miliknya.
Beliau menyertai kursus automotif di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia pada 1995 sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana ketika itu Mercedes0Benz sedang mencari 24 mekanik muda dalam kalangan anak tempatan termasuk perintis mekanik wanita bagi syarikat itu.
Kata Sazaimah, wanita yang berminat menjadi mekanik perlu berani, selain tidak mudah putus asa atau malu dengan kerjaya itu.
8. Rosniza Ghazali

Rosniza Ghazali, pernah menjadi wanita pertama merintis bidang pemanduan di Kelantan apabila menyertai kursus GDL Bersendi (treler), mengajar lori Kelas E dan Jentera Berat Berantai Kelas 1 pada 2012.
Beliau pernah menjadi guru memandu wanita tunggal dan pertama di Akademi Memandu Berhemah Kotaraya pada 2003, kemudian ke Harmony Driving Academy Sungai Buloh, Selangor pada 2005 hingga 2011, namun kembali berkhidmat di Institut Akademi Memandu Anda Melor sehingga sekarang.
9. Anita Yusof
Anita Yusof merupakan pengembara motosikal ini diiktirafkan oleh Asia Book of Records sebagai Wanita Pertama Yang Menjelajah Dunia Dengan Motosikal.
Pada tahun 2015 adalah tarikh keramat bagi Anita Yusof apabila beliau mengambil keputusan untuk memulakan menggembara dengan hanya bermotosikal secara solo ke seluruh dunia menerusi Global Dream Ride.
Penggembaraan yang bermula di Seattle, Amerika Syarikat itu telah membawa Anita atau lebih mesra dengan sapaan Cikgu Anita menjelajah 40 buah negara dalam empat benua termasuk negara seperti Mexico, Colombia, Chile, Turki dan Mongolia.
Mainan Lato Lato Dapat Elak Ketagihan Gajet, Tapi Ada Keburukannya Juga


Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan tersebut dikenali sebagai Clacker kira-kira 50 tahun lalu dan telah diharamkan Pengurusan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat kerana risiko kecederaan kepada kanak-kanak.
“Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak kanak.

“Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada kes-kes kecederaan melibatkan permainan ini,” katanya.
Pihak tersebut menjelaskan lagi, sebenarnya permainan ini juga mempunyai kebaikannya, walau ada beberapa keburukan tersendiri.
“Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan motor. Cukup-cukuplah bermain gajet. Sebaiknya untuk mengelakkan kecederaan, pantau anak ketika bermain.

“Anak yang terlalu kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain. Namun, kalau siang malam main tanpa henti, memang tertekan ibu ayah,” tulisnya panjang.
Aidil Sholeh Bangkit Gemilang, Raih Gelaran Juara Dalam Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025

Terbaru, jaguh sukan badminton negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin membuktikan kebangkitannya di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025, sekaligus menambah koleksi trofinya selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu.
Pemain perseorangan profesional lelaki negara itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pemain India, Pranay Katta dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan St Joseph, Colombo.
Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam ranking dunia, malah membuktikan bahawa pemain yang kini berusia 25 tahun itu mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Kejuaraan ini merupakan yang kedua buat Aidil dalam kariernya, selepas meraih gelaran juara Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023 juga bukti bahawa Aidil mampu meraih kejayaan walaupun beraksi sebagai pemain profesional.
Sepanjang kejohanan, Aidil menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Viren Nettasinghe di peringkat separuh akhir sebelum menundukkan Pranay Katta di final.
Menerusi kejayaan ini, Aidil membawa pulang hadiah wang tunai AS$17,500 (kira-kira RM78,091), sekaligus menjadi suntikan semangat untuk beliau terus melakar kejayaan pada masa depan.

Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut berterima kasih kepada jurulatih perseorangan wanita negara Jeffer Rosobin atas dedikasi dan khidmat baktinya kepada badminton negara.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky, melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan Jeffer berkata: “Jeffer telah menjadi ahli yang berharga dalam barisan kejurulatihan kami, membawa kepakaran dan komitmennya kepada program junior.
“Bimbingannya telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ramai pemain yang berpotensi. Walaupun kami sedih melihat beliau pergi, kami menghormati keputusannya dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarganya.”
Jeffer sebelum itu melepaskan jawatan jurulatih perseorangan wanita negara. atas komitmen keluarga. Beliau menyertai BAM pada Oktober 2023 sebagai Ketua Jurulatih Junior sebelum ditugaskan semula ke jabatan perseorangan wanita senior pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.