
Hebat betul penangan lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama Crash Landing On You yang baru berakhir tempoh hari apabila dilaporkan rating episod akhir drama tersebut berjaya mengalahkan drama terkenal Goblin, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah saluran tvN.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod akhir Crash Landing On You telah mencapai sebanyak 24.1 peratus manakala rekod tertinggi Goblin pula adalah 20.5 peratus pada Januari 2017.
Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang businesswoman Korea Selatan kaya, Yoon Se Ri yang tersesat ke Korea Utara dan berjumpa dengan seorang askar, Lee Jung Hyeok yang telah menyelamatkannya. Perwira tinggi Korea Utara ini kemudiannya cuba untuk melindungi dan menyembunyikan Se Ri supaya selamat kembali ke Korea Selatan.
Semenjak dari itu, benih-benih cinta mulai muncul di antara mereka berdua.
Nah, confirmlah drama ni sweet gila kan?
Khabarnya ramai juga yang menangis menonton episod akhir Crash Landing On You tempoh hari. Korang pula macam mana?
Sumber: Astro Gempak
Inilah Logo Tahun Melawat Malaysia 2020. Netizen Tak Puas Hati & Design Logo Alternatif

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa tahun 2020 adalah tahun yang amat penting untuk kita semua. Ia bermula dengan visi yang dilontarkan oleh mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang ingin menyaksikan Malaysia berdiri sama gah, kuat dari semua aspek dan maju.
Maka, tak hairanlah apabila Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia memilih tahun 2020 untuk dijadikan Tahun Melawat Malaysia. Walaupun kita masih di tahun 2018, masa dua tahun akan diambil untuk mempromosikan 2020. Bagus kan?
Jadi, apa yang netizen tak puas hati? Well, the logo.
Ia menampilkan menara berkembar Petronas, orang utan, monyet, penyu dan pokok pisang (atau pokok pinang) dan kesemuanya diletakkan dalam latar belakang sekeping setem.
Logo Tahun Melawat Malaysia ini mula diperkatakan sejak semalam di laman Twitter kerana ramai yang terkejut, sedih dan tak menyangka rekaan tersebut yang terpilih.
Bukan saja ia tidak menunjukkan tema ‘fast forward’ ke tahun 2020, ramai bingung mengenai berapa banyak kos yang diletakkan oleh Kementerian untuk mencipta logo tersebut.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dalam kenyataan beliau berkata walaupun ramai netizen yang mengkritik hebat rekaan logo tersebut, ia akan masih digunakan untuk tujuan promosi sehingga tahun 2020.
“Kritikan ini biasa. Saya lancarkan ia di Chiang Mai (Thailand) dan di Chiang Mai semua puji. Sememangnya logo ini untuk pelancong asing,” kata beliau kepada wakil media.
“Kami tak memanggil firma rekaan luar. Ia dihasilkan oleh staf yang kita ada. Saya lebih percayakan staf saya daripada pereka luar. Logo ini percuma kerana ia dilakukan oleh pereka grafik kami sendiri.
“Di Chiang Mai, kita dapat sambutan baik kerana mereka tidak pernah tengok (logo tersebut). Lainlah orang Malaysia, sudah biasa tengok. Saya tiada niat untuk tukar.”
Hhm, okay. Here is the deal.

Ini bukanlah kali pertama isu logo untuk tujuan promosi pelancongan diperdebatkan oleh netizen. Jika korang masih ingat pada tahun 2016, sempena tahun melawat Kuala Lumpur, satu lagi logo yang kurang menarik telah dipilih oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.
Ia dikatakan terlalu ringkas, tidak menonjolkan semangat slogan “Exciting, Surprising & Enticing” (Menerujakan, Mengejutkan & Menarik Perhatian) yang dicanang. Imej latar belakang dan jenis font yang dipilih antara sebab ia dikritik.
Dengan kejadian dua kali berturut-turut seperti ini, tak hairanlah apabila netizen terutamanya di Twitter tak berpuas hati dan memuat naik beberapa logo dan poster untuk Tahun Melawat Malaysia 2020. Walaupun direka dalam masa kurang sejam, we kind of digging it.


Bagi kami, alangkah lebih baik jika sebuah pertandingan diadakan untuk menghasilkan logo terbaik untuk acara sepenting Tahun Melawat Malaysia 2020.
Malaysia mempunyai RAMAI bakat pereka grafik di luar kepompong pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan yang hebat dan bertaraf antarabangsa. Gunakan aset rakyat yang ada dan hasilkan sesuatu yang mempunyai substance yang menarik.
Logo Sukan Komanwel 1998 pun dikira lebih inovatif daripada logo ini. Takkan lah kita hendak berjalan ke belakang? Common guys, kita masih ada baki 2 tahun lagi. Sempat sangat kalau nak ubah.
Baca kenyataan surat rasmi daripada Kementerian berkenaan pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di bawah:
Pemilik Kedai Ini Jual Kek Berharga RM5.30 Bagi Individu Yang Tidak Mampu Raikan Hari Lahir

Dalam situasi pandemik seperti sekarang ini, ramai yang terjejas kerana mungkin ada yang telah diberhentikan kerja atau terpaksa dipotong gaji. Hal ini sesuatu yang amat memeritkan lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
Jika sebelum ini kita pernah mendengar tentang si ibu atau bapa yang tidak mampu membelikan kek di hari lahir anak mereka, situasi ini sebenarnya memang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita.
Bagi pemilik kedai kek yang dikenali sebagai Bakeries Baker, mereka turut berkongsi kisah benar yang berlaku apabila pelanggannya hanya mampu membayar RM5.30 untuk sebiji kek.
Jom kita baca perbualan yang telah dikongsi oleh kedai kek ini.
Customer: Salam sis, saya nak tanya, ada tak kek yang paling murah untuk birthday?
Saya: Kek yang paling murah RM30 sis. Boleh makan 4-6 orang.
Customer: Ouhh, kalau cupcake berapa ya? Saya nak 1 saja sebab anak saya ni nak sangat makan kek sis. Tapi maklum lah, waktu sekarang ni duit sentiasa tak cukup.🤭🤭 Suami pula baru lepas kena buang kerja. Yang anak saya ni pulak asyik sebut kek je. Nak beli bahan semua mahal-mahal. Boleh ke buatkan saya 1 je cupcake. Untuk anak 😅
Saya: Dalam rumah ade berapa org sis?
Customer: Ade 4 orang je.
Saya: Ok sis, saya buatkan kek birthday ya.. Cukup kalau nak makan 1 family tu. Kalau tak habis, boleh simpan. Nanti anak-anak boleh makan lagi.
Kek dah siap, customer tanya, berapa harga sis, dan saya kata, bagi je berapa yang mampu bayar. Customer pun bagi rm5.30 + RM5 duit runner. Dari situlah terciptanya kek rm5.30.. 😍😍 Harga asalnya RM30.
Disebabkan oleh situasi ini, pemilik kedai kek tersebut terfikir untuk memberikan kek yang berharga RM30 dengan harga hanya RM5.30 bagi pelanggan yang tidak berkemampuan.
Jadi sekiranya korang tidak berkemampuan untuk meraikan sambutan hari lahir anak-anak atau keluarga, bolehlah hubungi kedai kek berkenaan okay? Tapi jangan pula korang menipu cakap tak mampu kalau diri tu mampu. Ingat, tak baik menipu tau. Hiks!
Semoga pemilik kedai kek itu juga dimurahkan rezekinya kerana memberi individu yang tidak berkemampuan merasa untuk meraikan hari lahir.
Sumber: (1)
Belum Sempat Habis Tonton Filem, Pelajar Sekolah Ditangkap Dan Dipenjara 14 Tahun

Nampaknya Kim Jong-Un mengambil langkah sekeras-kerasnya untuk memastikan rakyat Korea Utara, terutamanya golongan muda dan remaja tidak melanggar undang-undang.

Ini bukan kes pertama rakyat Korea Utara di kenakan hukuman yang berat hanya kerana perkara yang ‘kecil’ bagi kita tapi bukan di negara diktator tersebut.
7 November lalu, menurut laporan Daily NK seorang pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Hyesan yang hanya dikenali dengan nama tengahnya Han telah ditangkap selepas menonton filem Korea Selatan “The Man from Nowhere.” Malangnya, remaja tersebut dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun, walaupun dia tidak sempat menghabiskan filem tersebut dan sempat menonton hanya lima minit.

Buat masa ini, Korea Utara menekankan keperluan untuk mempromosikan “pendidikan ideologi” di kalangan golongan muda. Menurut undang-undang Korea Utara terhadap budaya luar yang dilaporkan oleh Daily NK, Artikel 27 memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 15 tahun bagi individu yang ditangkap menonton, mendengar atau menyimpan filem, rakaman, bahan yang disunting Korea Selatan. Ia termasuk dengan buku, lagu, lukisan atau gambar.
Undang-undang ini menunjukkan bahawa ia akan digunakan untuk remaja bawah umur juga. Kata pemerhati, ia adalah cara Korea Utara untuk menghantar mesej kepada anak muda di sana bahawa mereka tidak terlepas dengan sebarang tindakan jika melakukan kesalahan.

Pada bulan September, Perhimpunan Rakyat Tertinggi menerima pakai undang-undang untuk mengukuhkan pendidikan belia, dengan tujuan untuk mengembangkan lagi pendidikan ideologi. Sejak itu, saluran media Korea Utara telah terlibat dalam usaha propaganda yang menyeru perjuangan menentang tingkah laku anti-sosialis dan bukan sosialis.
Sebelum ini, seorang lelaki Korea Utara, menurut laporan portal Radio Free Asia (RFA) Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa menangkap tujuh pelajar sekolah menengah menonton rancangan popular global berbahasa Korea itu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN : Gara-Gara ‘Squid Game’, Rakyat Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Mati Dan Berat
Hukuman yang tidak wajar itu telah menimbulkan kontroversi dan rasa tidak puas hati. Pada masa yang sama, kedua-dua ibu bapa pelajar tersebut turut dikenakan hukuman seperti membayar denda.
Malah ada juga yang mengatakan ibu bapa pelajar itu akan dibuang negeri atau dihantar ke kem penjara politik. Malah ada kemungkinan juga mereka akan dikenakan hukuman penjara yang berat walaupun sudah membayar denda.
Hmm…kejam kan? Korang rasa wajar ke seorang pelajar dikenakan hukuman sebegitu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.