Craving Nak Minum Air Mahal, Ini Resipi Mudah Yang Lagi Murah & Berbaloi

Share

Bagi beberapa buah daerah yang masih lagi dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, mesti ramai yang dah terasa nak makan/minum itu ini dan tak kurang juga sudah mula bosan duduk di rumah.

Kalau sebelum ini waktu PKP ada macam-macam resipi yang dikongsi, bagaimana pula dengan PKPB kali ini? Dah berapa resipi yang korang try? Hiks!

Jika ada yang teringin nak minum air mahal seperti di Starbucks atau mana-mana coffee restaurant, berikut kami nak kongsikan dengan korang resipi air blended yang boleh disediakan sendiri di rumah dengan mudah dan kos yang lebih berbaloi.

Perkongsian ini telah pun dibuat oleh Mohd Fadzli dalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN). Jom kita lihat resipi mudah yang dikongsi olehnya ini.

Bahan-bahan:

– Susu coklat
– Choc chip
– Ais

Cara menyediakan:

Mudah sahaja, masukkan semua bahan dan kisarkan. Kemudian, kalau korang nak tambah topping boleh la letak whipping cream

.

Rasanya macam ala-ala choc cream chip Starbucks. Kalau nak rasa java chip (mocha) boleh tambah café latte juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Fadzli

Published by
Noor Ain Norman