
Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak dan tidak hanya itu, personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati.
Korang mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.
Terbaru menurut laporan India.com, bintang Juventus ini sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram.

Cristiano Ronaldo telah mengumpul lebih 250 juta followers di laman instagramnya, jumlah tersebut mengatasi beberapa bintang terkenal dunia termasuk Lionel Messi (174 juta) manakala Neymar dengan jumlah 144 juta followers.
Menurut Forbes, Ronaldo akan mendapat ‘elaun’ dari Instagram hampir 1 juta USD setiap kali beliau memuatnaik posting. Wow…bestnya up gambar pun dapat duit!
Pemain yang berusia 35 tahun ini juga terkenal dengan sikap yang suka menghulur bantuan membantu orang yang susah tanpa mengira bangsa dan agama. Jadi, mungkin disebabkan itulah Cristiano Ronaldo menjadi orang pertama ada followers sebanyak ini. Apapun, sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.
Sumber: India.com
#GIRLPOWER: Anak Jati Bidayuh Cipta Sejarah Sebagai Wanita Sarawak Pertama Raih Pingat Emas Pada Kejohanan Bina Badan

‘Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air’
Seorang wanita Bidayuh berusia 40 tahun dari Sarawak telah mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-55 yang berakhir baru-baru ini di Kathmandu, Nepal.
ARTIKEL BERKAITAN: #GIRLPOWER: Enggan Toleh Belakang, Intan Serah Mahu Fokus Menjadi Atlet Bertaraf Antarabangsa
Atlet wanita, Philomena Dexclyn Siar, menewaskan pesaingnya, Nguyen Thi Kim Cuong dari Vietnam dan Ajaree Tansub dari Thailand, untuk merangkul pingat dalam acara Fizik Sukan Wanita (lebih 165cm).
Menarik sekali apabila Philomena kini menjadi wanita Sarawak pertama memenangi gelaran dalam pertandingan Asia. Wow…girl power!
Untuk makluman, penyertaan wanita hebat tersebut dalam kejohanan Asia di Kathmandu menandakan penampilan ketiganya dalam pertandingan itu.
Dia sebelum ini mencapai kedudukan lima teratas dalam kedua-dua edisi 2019 yang diadakan di Batam, Indonesia, dan acara di Maldives tahun lepas, menurut The Borneo Post.
Selepas memenangi emas, Philomena berkata bahawa dia dibanjiri pelbagai emosi yang boleh digambarkan sebagai gabungan kegembiraan, kesyukuran, dan kelegaan.
“Saya berasa berbesar hati kerana akhirnya mencapai apa yang saya telah bekerja keras, iaitu mendapat pingat emas pertama saya dalam kejohanan Asia,” katanya dipetik oleh The Borneo Post.
Philomena juga menyatakan bahawa dia amat bersemangat dan bersedia untuk menghadapi Kejohanan Dunia akan datang yang akan diadakan di Korea Selatan November ini.
Dalam temu bual bersama Dayak Daily awal tahun ini, Philomena berkongsi bahawa Dr Malvern Abdullah, rakan atlet bina badan yang memenangi pingat perak di acara Kathmandu, adalah orang yang menggalakkannya menyertai pertandingan bina badan.
Dia menyebut bahawa, sejak itu, dia tidak pernah menduga keputusannya untuk meneruskan jalan ini sehingga kini.
Wanita otot itu sebelum ini memenangi pingat perak pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia Tenggara ke-16 di Yangon, Myanmar, yang diketahui sebagai pencapaian terbaiknya sebelum Nepal.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO & ARTIKEL: The Borneo Post
TGV & GSC Sahkan Penutupan Premis Dari 18 Hingga 31 Mac 2020

Selepas pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula esok, 18 Mac 2020.
Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dan antaranya adalah penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Maka dengan itu, TGV Cinema dan GSC telah pun mengesahkan bahawa premis mereka juga akan ditutup mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi turut sama mengekang penularan virus COVID-19 yang semakin serius di negara kita.
View this post on InstagramDear Malaysians, here's an important announcement. Take care, and be strong. #GSCLoveYou3000 💖
A post shared by GSC Cinemas (@gscinemas) on
Untuk korang yang telah membuat pembelian tiket secara online sebelum ini, bayaran semula akan dibuat secara automatic, manakala pembelian di kiosk atau kaunter tiket pula, korang diminta untuk menyimpan terlebih dahulu tiket tersebut sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Diharap inisiatif yang dibuat ini dapat membantu mengurangkan gejala COVID-19 dan semoga negara kita kembali pulih seperti dahulu. Masyarakat juga dinasihatkan untuk mengikut segala perintah kawalan dan jangan sesekali ingkar serta pentingkan diri sendiri.
Utamakan kesihatan, mari kita sama-sama berdoa untuk masa hadapan yang lebih baik.
Pengorbanan Anggota Imigresen Buru PATI, Ada Sampai Patah Kaki! Salute Wira Negara Ini

Hanya jauhari mengenal manikam. Di sebalik kebanjiran isu pendatang tanpa izin (Pati) yang angkanya sangat menakutkan, jarang antara kita mengetahui kisah di sebalik memburu pati yang dihadapi oleh anggota dari Jabatan Imigresen Malaysia.
Perkongsian dari seorang bekas wartawan jenayah, Hazri A Bakar ketika mengikuti banyak operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) patut membuka mata banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) yang begitu beriya-iya memperjuangkan isu pati ini. Bukan saja angggota Imigresen patah kaki tapi wartawan dan jurukamera ini juga berdepan insiden ganas apabila diugut, dikepung, dikejar dengan besi dan lain-lain lagi.
Baca perkongsiannya.
Kononnya mereka mahu ‘memperjuangkan’ #migranjugamanusia apabila Jabatan Imigresen melakukan operasi terhadap PATI. Ada yang mengungkap kembali laporan Suhakam pada 2007 mengenai keadaan di depoh tahanan.
Setiap PATI diperuntukkan makanan RM12.50 sehari.
Pernah ikut operasi banteras PATI? Kalau tanya saya, saya memang tak nak ikut. Ada anggota Imigresen sampai patah kaki kejar PATI yang larikan diri.
Di tempat tinggal mereka, tiada ciri kebersihan, pakaian dilonggokkan sampai bau kepam.
Lubuk penyakit tu semua.
Kalau di kotai, sistem perparitan sangat teruk. Tapi semua tu diharungi anggota Imigresen. Kita pun pernah baca bagaimana anggota Imigresen dibelasah PATI.
Pernah juga ketika serbuan di tapak binaan, kami diperambat dengan cangkul, tukul, besi. See-lam Kieta Nurazwan Mohd Yatim akan gelak sebab kami lari lebih laju dari PATI. Bertambah lawak ialah cameraman berbadan besar lari lebih laju.
Ada juga kejadian, dek kerana operasi Imigresen, secara tak sengaja bongkar majikan gajikan OKU mental sebagai pengawal keselamatan.
Kalau pusat hiburan, ada yang keluarkan ugutan dan provokasi malah pernah kami dikepung.
Ada juga kejadian lori membawa PATI dihimpit hingga mengancam nyawa anggota imigresen selepas serbuan dilakukan.
Ada juga PATI yang digajikan majikan premis makanan, tanpa suntikan pelalian anti tifoid.
Tentu Remington Steele takkan lupa serbuan di Taman Pelangi Indah, mereka siap makan sireh dan meludah tepi bahan mentah yang disediakan. Sejak itu kami tak pernah ke restoran itu lagi.
Bayangkan jika tiada penguatkuasaan, dengan COVID-19 tersebar melalui air liur, kau pulak dengan berseleranya masuk mulut telan!
Sebenarnya sistem pengendalian PATI selepas ditangkap ni bagus. Apabila ditahan, setiap mereka akan diimbas kesemua cap jari bagi rekod. Selepas diusir jika mereka cuba masuk, akan diberi status NTL (not to land) kerana pernah memasuki negara ini secara haram atau kesalahan imigresen lain dan jenayah.
Dulu tiada sistem imbasan ini maka ada PATI memasuki semula negara ini menggunakan nama lain di pasport mereka. Ya, ada negara macam tu. Hari ni pakai nama Roy, lepas kena tangkap, masuk balik pakai nama Wan.
Ada juga PATI yang masuk negara ini hanya untuk merompak. Yazid Kmen tentu ingat kes di Kluang. Lepas rompak, balik. Kalau tak ditangkap, apa nak jadi dengan Malaysia ni. Ada yang siap tembak anggota polis. Takkan polis yang ditembak tu nak senyum dan melambai macam Azwan Ali?
Ada juga yang dah besar kepala. Pernah tengok kapal kargo Maersk? Sebesar itulah kepala mereka. Tak ingat ke warga Rohingya yang jadi ‘ayahanda’ pergi pau/ugut orang dan kini sedang buat ‘road tour’ bergari satu Malaysia sebab banyak sangat kes? Ya, Rohingya adalah PATI kerana Malaysia bukan penandatangan 1951 Refugee Convention.
Selepas operasi, apa yang anda lihat di media bukan setakat itu sahaja. Bukan sejam dua. Selepas habis operasi, perlu dibawa balik untuk proses dokumentasi, kemudian dihantar ke depoh, bawa pula ke mahkamah, kemudian pengusiran.
Untuk operasi sahaja, kalau beratus PATI ditahan, boleh habis sehari suntuk untuk dokumentasi sahaja. Saya pernah ikut, memang saya cakap orang gila jek yang sanggup kerja dari jam 8 malam bersambung sampai 8 malam esoknya tanpa henti.
Tahu tak, sebaik mereka ditahan dan dibawa ke pejabat untuk dokumentasi, makanan pun disediakan. Bukan dibiar kebulur.
Ada juga saya tanya anggota Imigresen, korang ni hidup sebatang kara ke takde anak isteri, mak ayah, sebab kekadang sampai ada yang berumahtangga kat pejabat disebabkan operasi.
Tapi sebab tugas. Kekadang kita nampak juga ada anggota imigresen jam 10 pagi elok duduk breakfast kat mamak. Kalau tak tahu, saya pun marah. Tetapi rupanya mereka belum balik rumah lagi selepas habis operasi dan itulah juga dinner mereka untuk malam sebelum. Saya pernah ikut, memang tak sanggup.
Saya pun dah pesan pada ahli keluarga saya, tak usahlah mintak kerja dengan Imigresen. Takde masa duduk rumah. Dahlah penat kerja, ada pulak armchair critics yang elok duduk kat rumah, tidur nyenyak atas tilam empuk, sedap jek bantai kat media sosial, siap buat grup dan guna gambar 2008.
Korang pun elok guna nasihat sama. Sebab NGO dan individu yang beriya pertahankan PATI ni semua cuma nampak migran jek manusia, tapi anggota Imigresen ni semua bukan manusia.
Tapi ada juga yang cute macam kucing. Itulah kan.
Kenapa mereka lakukan operasi? Sebab dah undang undang dimaktubkan macam tu. Bukan diaorang suka suka. Kalau NGO tak suka undang undang Imigresen, pergi beritahu ahli parlimen untuk gubal segala undang undang.
Dan foto ini perkongsian petugas di depoh. Siap ikut diet lagi. Korang nak apa lagi sebenarnya? Agaknya NGO ni semua nak PATI ni lepas ditangkap, dapat check in kat 5 star hotel?
Depoh tahanan adalah transit sementara. Bukan selamanya duduk situ. Dan apa dikongsikan bukan untuk bersifat defensif. Tidak. Ia fakta. Kalau tak tahu, kita tanya, bukan membuta tuli ikut cakap orang yang gemok duduk di kerusi tulis bukan bukan di media sosial.
Sepatutnya NGO mendesak negara asal mereka segera ambil balik rakyat mereka dan sediakan pekerjaan.
Kesalahan PATI yang terang terang langgar undang undang negara tak pulak kau highlight. Mangsa mangsa jenayah dilakukan PATI tak pulak kau highlight. Ada yang tanggung trauma seumur hidup dek jenayah PATI. Kenapa tak highlight benda tu semua?
Adakah kepentingan PATI mengatasi kepentingan rakyat negara ini? Kalau kau bagi jawapan ya, kau perlu kurangkan hisap gam.