CR7 Raih Kasut Emas EURO 2020, Ini 5 Pemain Pernah Dinobat Penjaring Terbanyak

Share

Cristiano Ronaldo merangkul anugerah Kasut Emas Euro 2020 menewaskan pesaing terdekatnya iaitu penyerang Republik Czech, Patrik Schick

Walaupun Portugal tidak capai impian untuk menjadi juara di EURO 2020 selepas tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir kepada Belgium 0-1, namun bintang

sensasi Portugal, Ronaldo mengumpul lima gol dalam kempen kali ini.

Ronaldo dan Schick berkongsi jumlah gol yang sama dengan penyerang Republik Czech itu membuat penampilan lebih banyak daripada Ronaldo apabila layak ke suku akhir Euro kali ini.

Namun, akhirnya UEFA menganugerahkan Kasut Emas itu kepada Ronaldo berdasarkan kriteria yang menyaksikan Ronaldo turut menyumbang satu bantuan gol kepada pasukannya.

Menurut UEFA, dua jaringan ke atas Les Bleus menjadikan rekod Ronaldo sepanjang zaman menjadi 109 gol, menyamai rekod dunia dicipta oleh bekas penyerang Iran, Ali Daei.

Kalau nak tahu ni 5 senarai pemain yang pernah dianugerahi kasut emas di EURO.

EURO 2016 : Antoine Griezmann (Perancis)

EURO 2012 : Fernando Torres (Spain)

EURO 2008 : David Villa (Spain)

EURO 2004 : Milan Baros ( Republik Czech )

EURO 2000 : Patrick Kluivert ( Netherlands)

Published by
Nana