Cristiano Ronaldo Raih RM523.30 Juta, Jadi Pemain Paling Kaya Tahun Ini

Share

Siapa sahaja tidak mengenali bintang bola sepak Cristiano Ronaldo yang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan tersebut.

Penghijrahan semula ke kelab bola sepak Manchester United baru-baru ini menarik perhataian ramai, khususnya para pengikut tegar bola sepak.

Baru-baru ini, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Forbes, kepulangan Ronaldo ke United membantunya mendapat pendapatan tertinggi musim ini, sekali gus menjadi pemain bola sepak terkaya dunia memintas Lionel Messi dalam senarai 10 pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi tahun ini.

Foto: Manchester Evening News

Ronaldo menerima 91.5 juta pound (RM523.30 juta) sebelum cukai untuk musim 2021-22 dan jumlah itu termasuk 51.25 juta pound (RM293.10 juta) gaji dan bonus selepas pulang ke Old Trafford.

Manakala, Messi berada di belakang Ronaldo dengan pendapatan 80.5 juta pound (RM460.38 juta) disusuli dua pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe dikedudukan ketiga dan keempat.

Foto: Al-Jazeera

Bintang Portugal itu juga menjadi pemain yang mendapat pendapatan terbanyak menerusi penajaan dengan jumlah sebanyak 40 juta pound (RM228.76 juta) tahun ini.

Namun begitu, Ronaldo masih tidak dapat menewaskan tiga atlet yang mendapat jumlah daripada segi penajaan lebih tinggi tahun ini iaitu pemain tenis, Roger Federer yang meraih 66 juta pound (RM 377.43 juta), pemain bola keranjang, LeBron James dengan 48 juta pound (RM 274.50 juta) dan pemain golf Tiger Woods 44 juta pound (RM 251.62 juta).

Bila dengar pendapatan atlet luar negara rasa macam kerdilnya diri ini. Hiks! Tapi tak mengapalah rezeki orang lain-lain kan?

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman