Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca Panas: Public Health Malaysia Kongsi Tip Elak Strok Haba
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Public Health Malaysia