Cuaca Panas Dan Gelombang Haba Sedang Melanda, Elak Risiko Strok Haba

Share

Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa.

Memetik laporan dari Astro Awani, Malaysia kini berada dalam fasa monsun Barat Daya, yang mengakibatkan iklim panas dan kering, dari sekarang hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

Ketahui risiko strok haba

Bila terdedah kepada cuaca panas berterusan, masa yang sama berolahraga, tubuh akan terdedah kepada kehilangan air dengan sangat cepat. Tentu korang pernah dengar tentang strok haba kan?

Apa yang dimaksudkan dengan strok haba ini?

Strok haba terjadi bila tubuh kekurangan air akibat cuaca panas berterusan terutama mencecah 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celsius.

Kita digalakkan meminum air dengan banyak dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca matahari secara terus dalam situasi Malaysia hadapi cuaca panas begini

Dalam hal ini, andai berlaku strok haba, korang berpotensi alami  dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak selain bermasalah pada organ dalam badan. Boleh jadi koma dan seterusnya kematian.

Tanda dan Gejala

  1. Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
  2. Denyutan jantung menjadi cepat
  3. Pernafasan cepat dan pendek
  4. Tekanan darah menurun
  5. Badan kering dan panas
  6. Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
  7. Rasa kepala berpusing
  8. Pening
  9. Rasa mual
  10. Sawan atau pengsan

Rawatan di tempat kejadian :

  1. Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
  2. Sejukkan mangsa dengan selimut yang lembap atau siram dengan air sejuk.
  3. Berikan udara segar, halakan  kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
  4. Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
  5. Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.

Pencegahan

  1. Jangan lakukan aktiviti fizikal  apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
  2. Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari
  3. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang

Walaupun begitu, menurut Pensyarah Kanan Monash University Malaysia, Dr Vinod RMT Balasubramaniam korang yang menerima suntikan vaksin COVID-19, tiada kaitan antara cuaca panas dengan peningkatan kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang divaksin.

Namun, beliau menasihatkan individu yang baru menerima vaksin agar mengelak melakukan aktiviti berat dan minum banyak air.

Sumber : Bernama, Astro Awani, KKM

 

Published by
Nana