Cuaca Panas Di Jepun, ‘Penyaman Udara’ Lekat Pada Baju Ini Terus Popular

Share

 

Memang cool!

Kalau korang ingat hanya Malaysia sedang mengalami musim panas melampau, well, telahan itu tidak tepat. Majoriti negara di benua Asia kini sedang berdepan suhu musim panas terik.

Daripada jumlah itu, disangka hanya negara-negara di bahagian selatan Asia seperti India, Pakistan dan rantau Asia Tenggara sahaja mengalaminya. Rupa-rupanya, negara Asia di hemisfera utara pun tidak terkecuali!

Okay ke tu rakyat di Jepun?

ARTIKEL BERKAITAN : Musim Kemarau Di Asia Tenggara Sudah Bermula, Dijangka Hingga Oktober 2022 – REMAJA

Jepun, contohnya, sedang berdepan suhu musim panas terik yang tidak disangka-sangka. Selalunya, rakyat Jepun akan bersiap-sedia dengan cuaca begini bermula akhir Julai. Berbeza pada tahun ini, rakyat di snaa dikejutkan dengan kehadiran cuaca panas lebih awal hinggakan pihak berkuasa juga tidak bersedia.

Suhu di wilayah sekitar Tokyo mengalami melebihi 35 Celsius untuk hari ketujuh berturut-turut. Manakala di bandar Nagoya, suhu diramalkan boleh mencecah 40 Celcius. Ini sekaligus menjadikan suhu di Jepun kini sebagai suhu tertinggi dalam tempoh sekurang-kurangnya 147 tahun.

 

Pendingin Hawa Melekat Pada Baju

Disebabkan perubahan cuaca mendadak, satu produk di Jepun dilihat telah menjadi popular secara serta-merta.

Menurut laman web Sony, produk yang dinamakan sebagai Sony Reon Pocket ini adalah sejenis peranti ‘thermal’ yang boleh menyejukkan atau memanaskan bahagian badan yang bersentuhan dengannya.

Sony Reon Pocket. Sumber Foto : Sony Hong Kong

Asalnya, ia diperkenalkan sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Disebabkan popular dalam kalangan pengguna, peranti ini telahpun memasuki ‘batch’ ketiga pengeluaran.

Versi terbarunya dikemaskini dengan kecekapan penyejukan yang telah dipertingkatkan disamping mempunyai ciri penggunaan mengikut deria agar ia boleh diselarikan mengikut suhu badan pengguna.

Gunakan aplikasi khas pada telefon pintar untuk melaraskan suhu peranti. Sumber Foto : Sony Hong Kong
Sumber Foto : Sony Hong Kong

Produk ini juga didatangkan dengan tali penyangkut di leher tau; bukan saja tali ini memudahkan pengguna malah memastikan ia tidak mudah hilang.

Sumber Foto : Sony Hong Kong

Lapor Sora News, Sony Reon Pocket mempunyai bateri ‘built-in’ dan boleh dicas sepantas 100 minit. Berdasarkan intensiti suhu, baterinya boleh bertahan dari lapan – 61 jam dalam ‘mod sejuk’ serta 27-54 jam dalam ‘mod hangat’.

Best

kan! Memang dapat bayangkan betapa selesanya bila menggunakan produk ini jika kita berdepan cuaca terik di Malaysia. Begitupun, harus diingat harganya pun bukan calang-calang.

Menurut laman sesawang Sony Hong Kong, Sony Reon Pocket dijual sekitar harga RM785! Haa, berbaloi atau tidak? Tepuk dada, tanya selera guys.

BACA LAGI : Cuaca Panas Lit-Lit Buat Sakit Kepala? Ini 8 Tip Mudah Hilangkannya – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ