Sejak kebelakangan ini mungkin korang ada terasa bahang dan panas yang luar biasa. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang akan berlanjutan sehingga bulan depan.
Dilaporkan kekurangan hujan dan litupan awan dipengaruhi tiupan monsun barat daya ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius.
Menurut Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal.
Kekurangan taburan hujan itu juga mungkin dipengaruhi faktor kadar hujan lebih daripada biasa yang direkodkan pada Jun dan Julai lalu.
Walau bagaimanapun, suhu panas itu hanya berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.
Fuh, ada kurang lagi sebulan untuk korang menempuh ‘hari panas’ yang melanda negara kita. Hiks!
Untuk mengelakkan daripada mengalami masalah kesihatan, orang ramai diminta untuk banyakkan minum air kosong dan jika tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar rumah atau bangunan.
Sumber: Sinar Harian
Cara Nak ‘Snooze’ Kawan Facebook Yang Selalu Meroyan
Dalam ramai-ramai kawan di Facebook, mesti ada seorang dua yang selalu buat korang ‘rengsek’ setiap kali tengok dia update status kan?
Paling tidak pun, bila mood tak berapa nak okay memang apa saja si polan tu buat ada saja yang tak kena di mata kita. Lebih teruk lagi, kalau ada kawan-kawan yang sejenis suka meroyan.
Apa nak buat eh?
Mungkin korang rasa cara block tu kejam sangat, jadi sekarang ni tak perlu pun nak unfollow atau unfriend secara tetap kerana Facebook dah mempunyai satu feature yang membolehkan korang untuk ‘berehat’ selama 30 hari daripada sebarang posting rakan Facebook yang telah di ‘snooze’ kan.
Facebook akan memberikan notification jika tempoh snooze ini bakal berakhir dan korang juga boleh terus mengaktifkannya semula selama 30 hari jika mahu. Feature ini juga boleh di ‘undo’ pada bila-bila masa.
So, tak ada isu la kalau lepas ni rasa rimas dengan posting rakan lain di Facebook, korang boleh je cuba-cuba untuk snooze dorang dulu. Hiks!
150 Kerabat Diraja Arab Saudi Sah Dijangkiti Covid-19, Sediakan Lebih 500 Katil Lagi
Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Di Arab Saudi sehingga 150 ahli keluarga kerabat diraja sah dijangkiti coronavirus (Covid-19), berita ini telah dilaporkan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kedua-duanya telah dikuarantin bagi mencegah dijangkiti penularan ini dari ahli keluarga mereka.
Doktor elit dari King Faisal Specialist Hospital di Riyadh yang memberi rawatan kepada ahli kerabat diraja Arab Saudi ini, telah menyediakan lebih 500 katil untuk pesakit yang dijangkiti.
Pihak hospital Arab Saudi telah mengeluarkan tanda kecemasan tinggi menerusi alat elektronik pada hari Selasa lalu kepada doktor senior berikutan kes penularan Covid-19 di negara mereka. Meski mesej dan tanda kecemasan yang dikeluarkan tidak memberitahu berapa banyak kes mereka (pihak perubatan) terima, tetapi arahan telah dikeluarkan agar kesemua pesakit kronik di keluarkan secepat mungkin dari hospital dan hanya kes kecemasan yang penting akan diterima masuk untuk di rawat.
Kesemua kakitangan yang dijangkiti wabak maut ini di rawat di hospital yang kurang elit, supaya ruang di hospital elit boleh digunakan untuk merawat keluarga diraja.
Raja Salman yang berusia 84 tahun telah dikuarantin di istana berdekatan Jeddah, manakala putera mahkota Mohammed bin Salman telah dikuarantin di sekitar pantai Laut Merah.
Menurut Daily Mail, jumlah ahli kerabat diraja Arab Saudi sekitar 15,000 orang dan kebanyakkan mereka telah mengembara di sekitar eropah dan berkemungkinan telah dijangkiti virus berkenaan semasa melancong sebelum pulang ke Arab Saudi.
Putera Arab Saudi Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al Saud yang juga merupakan gabenor bagi bandar Riyadh telah dimasukkan kedalam unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti wabak berkenaan.
Kini di Arab Saudi, terdapat 2,932 kes telah dijangkiti Covid-19 dan 41 kematian dicatatkan. Difahamkan Arab Saudi bakal menerima lebih 200,000 kes dalam tempoh seminggu ini, menurut menteri kesihatan Arab Saudi. Kini Arab Saudi telah menutup kesemua bandar-bandar seperti Mekah dan Madinah akibat penularan Covid-19.
Sebab tu pentingnya seluruh rakyat Malaysia mendengar arahan kerajaan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Sumber : Berita Harian
Majikan TAK BOLEH Beri Pekerja “Unpaid Leave” Di Bawah Akta Kerja 1955, Peguam Ajar Cara Nak Buat Kalau Kena
Wabak coronavirus yang dikategorikan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakibatkan kebanyakan negara terjejas. Tidak hanya dari aspek kesihatan tetapi juga membawa kepada kemelesetan ekonomi apabila sekatan perjalanan dikeluarkan.
Apabila ekonomi tidak mampu berkembang seperti biasa, harga minyak mentah yang semakin hari semakin menurun mencetuskan kebimbangan wujudnya kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi yang besar. Malah Bank Dunia pada satu sidang media baru ini meramalkan 11 juta penduduk di Asia Timur dan Pasifik jatuh miskin akibat kesan COVID-19 ini.
Bila sebut soal ekonomi, kita pasti terbayang soal gaji bagi pekerja makan gaji. Kalau syarikat tidak berupaya beroperasi seperti biasa kerana wabak COVID-19 ini, ada syarikat mengambil pendekatan memotong gaji pekerja, memotong elaun, memberi cuti tanpa gaji, bekerja dari rumah dan paling menyedihkan dibuang kerja terus. Sekali gus mengakibatkan pekerja hilang pendapatan.
Bagi pekerja yang terpilih, mereka pasti susah hati. Mana mahu bayar hutang bank terutama melibatkan pembelian rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya. Itu belum lagi tuntutan hutang lain yang mungkin membebankan individu berhutang.
REMAJA menemuramah peguam, Mohamad Nasruddin Ab Rahman, 26 tahun dari Baharuddin Ali & Co mengenai hak pekerja.
Apakah tindakan dan hak pekerja jika nama mereka tersenarai dalam pemotongan gaji, memberi cuti tanpa gaji atau memaksa pekerja mengambil cuti tahunan dan sebagainya lagi kerana syarikat mahu melakukan penjimatan.
Adakah boleh pekerja dikenakan unpaid leave (cuti tanpa gaji), bolehkah gaji pekerja dipotong tanpa persetujuan pekerja dan lain-lain isu.
Pekerja terbahagi kepada 2 iaitu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 Atau Di Bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Sebelum membincangkan lebih jauh, korang kena tahu korang dalam kategori apa. Ini paling penting kerana kategori pekerja terbahagi kepada dua.
Menurut Mohamad Nasruddin, bagi mana-mana pekerja DI BAWAH GAJI RM2000 (gaji basic), pekerja manual (bergaji hari), mereka ini secara automatik dilindungi oleh Akta Kerja 1955.
“Maksudnya di sini kalau pekerja kena tindakan pemotongan gaji, diberi unpaid leave ataupun diberhentikan tanpa menerima faedah penamatan yang mana pekerja rasa DIRINYA DIANIAYA, pekerja boleh buat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk tindakan diambil kepada majikan. Kes kemudian akan dibicarakan di Mahkamah Buruh yang mana dalam kebanyakan kes kami kendalikan, kes banyak berpihak pada pekerja.
“Proses daripada laporan ke JTK hingga dirujuk ke Mahkamah Buruh akan mengambil masa selama berbulan juga. Di Mahkamah Buruh, pekerja perlu mengemukakan bukti kukuh, bukti surat diberhentikan kerja, diberi notis pemotongan gaji dan sebagainya kerana pekerja tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan di mana kegagalan majikan membayar gaji penuh seperti termaktub dalam perjanjian kontrak kerja adalah satu kesalahan,” katanya memulakan perbualan.
Bagaimana dengan pekerja bergaji atas RM2000?
Bagi pekerja gaji atas RM2000, Mohamad Nasruddin menjelaskan pekerja tidak dilindungi secara automatik di bawah Akta Kerja 1955 tetapi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 boleh membantu pekerja yang teraniaya, tetapi untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil sahaja yang mana sebarang laporan perlu dibuat di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Tiada had minimum gaji untuk laporan ke JPP.
“Untuk isu-isu seperti pemotongan gaji atau pemberian unpaid leave, pekerja bergaji lebih daripada RM2000 boleh membuat laporan ke JTK sekiranya laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 69B Akta Kerja 1955 yang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah JTK untuk mendengar aduan pekerja bergaji atas RM2000 tetapi tidak lebih dari RM5000.
Selain itu, pekerja bergaji RM 2000 ke atas juga mempunyai pilihan untuk membawa isu pemotongan gaji oleh pekerja ke Mahkamah Sivil. Pekerja boleh buat tuntutan dan kes akan didengari oleh Hakim Mahkamah Sivil,” katanya lagi.
Tapi apa yang paling utama, tak kira gaji bawah RM2000 atau gaji atas RM2000, MAJIKAN TIDAK BOLEH MEMBERIKAN UNPAID LEAVE KEPADA PEKERJA. Ini fakta kita kena tahu kerana pekerja ada hak mereka di samping majikan ada hak mereka juga,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, bukan saja tak boleh beri Unpaid Leave (cuti tanpa gaji) tapi majikan juga tak boleh potong gaji dan tak boleh memberhentikan pekerja sesuka hati tanpa alasan munasabah.
Kalau time COVID-19 ini majikan kata nak potong gaji atau Unpaid Leave kita bagaimana nak buat?
Mohamad Nasruddin menjelaskan seandainya majikan memberi notis kita tidak diberi gaji selama beberapa bulan mengikut situasi wabak COVID-19, paling penting PEKERJA JANGAN TANDATANGAN SURAT dalam masa terpantas.
“Maksud saya di sini, bukan sign terus sebaliknya ambil masa sedikit. Pertama bila tahu nama mereka tersenarai, pekerja harus menghantar Whatsapp kepada majikan bertanya kenapa nama mereka tersenarai dalam ramai-ramai pekerja syarikat. Minta majikan senaraikan apa kekurangan pekerja dan sebab mengapa mereka dipilih. Kalau tak guna Whatsapp, hantar emel kepada syarikat dan minta penjelasan ini.
Kenapa ini harus dilakukan? Nanti tak tandatangan pun majikan boleh amik tindakan?
Kata Mohamad Nasruddin, kiriman WhatsApp dan emel itu adalah bukti bahawa satu perbualan telah dilakukan antara pekerja dan majikan. Dan ia adalah bukti di mahkamah kelak sekiranya perkara ini dibawa oleh pekerja,” katanya memaklumkan hal ini.
Masa yang sama, pekerja juga harus menghubungi JTK (khususnya gaji di bawah RM2000 dan tidak melebihi RM 5000) untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung hal ini. Bagi mereka yang bergaji di atas RM2000, pihak JPP memang ada peruntukan iaitu bagi kes pembuangan pekerja secara tidak adil sahaja untuk kes didengari.
Jelasnya lagi, ada sesetengah majikan menggunakan “bentuk ugutan” seperti tak sign berhenti kerja saja tapi andai berlaku hal ini, “ugutan” itu juga bukti kita boleh menyaman majikan atas dasar pembuangan kerja secara konstruktif di Mahkamah Buruh.
Jelasnya lagi banyak pekerja tidak mengetahui hak mereka secara jelas kerana mereka tidak peka isu. Namun hanya menyedarinya apabila diberhentikan kerja.
Program subsidi Upah RM600
Ketika PKP dilakukan, kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Upah kepada majikan dengan syarat majikan yang membuat permohonan tidak boleh memberhentikan pekerja dalam tempoh enam bulan lamanya seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru ini.
Menurut Mohamad Nasruddin, antara pertanyaan yang banyak diajukan oleh orang awam adalah mengenai Program Subsidi Upah yang mana bolehkah gaji mereka dipotong beberapa peratus dari gaji asal.
Adakah majikan boleh memotong gaji pekerja selepas pemohonan Program Subsidi Upah diluluskan oleh pihak kerajaan?
“Jawapannya TIDAK BOLEH. Apa yang kita kena tahu ialah Program Subsidi Upah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bertindak sebagai bantuan kepada majikan untuk meneruskan operasi harian dan masa yang sama mengelakkan pekerja hilang punca pendapatan khususnya golongan B40.
“ Majikan yang mana permohonan telah diluluskan tidak boleh membuang pekerja, memotong gaji ataupun memberi cuti tanpa gaji (unpaid leave) kepada pekerja (berpendapatan RM 4000 ke bawah), lebih-lebih lagi pekerja yang tersenarai dalam Program Subsidi Upah yang dimohon. Gaji perlu dibayar penuh kepada pekerja,” katanya mengakhiri perbualan.
Note : Pihak kami meminta maaf di atas kekeliruan artikel mengenai Program Subsidi Upah yang disiarkan semalam yang menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Artikel sudah diperbetul dan diperincikan semula.