Cuaca Panas Di Semenanjung Malaysia Dijangka Hingga Pertengahan Bulan Depan

Share

Sejak kebelakangan ini mungkin korang ada terasa bahang dan panas yang luar biasa. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang akan berlanjutan sehingga bulan depan.

Dilaporkan kekurangan hujan dan litupan awan dipengaruhi tiupan monsun barat daya ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius.

Menurut Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal.

Kekurangan taburan hujan itu juga mungkin dipengaruhi faktor kadar hujan lebih daripada biasa yang direkodkan pada Jun dan Julai lalu.

Walau bagaimanapun, suhu panas itu hanya berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.

Fuh, ada kurang lagi sebulan untuk korang menempuh ‘hari panas’ yang melanda negara kita. Hiks!

Untuk mengelakkan daripada mengalami masalah kesihatan, orang ramai diminta untuk banyakkan minum air kosong dan jika tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar rumah atau bangunan.

Sumber: Sinar Harian

Published by
Noor Ain Norman