Cuaca Panas ‘Lit-Lit’ Dijangka Hingga Mei 2022, Stay Safe Guys!

Share

Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya bulan Ramadan dan puasa, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.

ARTIKEL BERKAITAN :Cuaca Panas Lit-Lit Buat Sakit Kepala? Ini 8 Tip Mudah Hilangkannya

Gambar hiasan

Rupanya fenomena La Nina berbentuk sederhana sedang melanda Malaysia.

Baru-baru ini, mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia berkongsi jangkaan awal, mengatakan cuaca panas yang dialami ketika ini mungkin berlanjutan sehingga Mei 2022 kelak, dan hanya mula reda menjelang Jun.

Suhu dipelbagai lokasi di Malaysia adalah berbeza-beza mengikut tempat dan bentuk muka bumi. Suhu maksimum yang dicatatkan di Lembah Klang dilihat sedikit tinggi berbanding kebiasaan – mencatatkan sehingga 35 ke 36 darjah.

Buat masa ini, tiada suhu melampau yang dicatatkan sepanjang minggu ini. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan sebuah halaman web khas

yang berkongsi perkembangan semasa dan status cuaca panas di Malaysia untuk rujukan. Orang ramai yang bekerja di luar diminta berhati-hati sekiranya suhu terlalu tinggi.

Dalam hal ini, andai berlaku strok haba, korang berpotensi alami  dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak selain bermasalah pada organ dalam badan. Boleh jadi koma dan seterusnya kematian.

Foto Via KKM

Waktu-waktu seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?

Stay safe guys!

BACA LAGI : Cuaca Panas Dan Gelombang Haba Sedang Melanda, Elak Risiko Strok Haba

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana