Mungkin pengumuman boleh merentas dearah baru-baru ini tidak dilepaskan oleh rakyat Malaysia untuk berjalan-jalan dalam negeri, tidak kurang juga yang bercuti di pantai setelah lama berkurung di rumah.
Berenang dan bermain pasir memang mempunyai keistimewaan tersendiri. Tapi hati-hati dengan haiwan berbisa di pantai terutamanya obor-obor. Memang nampak cantik seperti jeli tapi haiwan ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang maut!
Baru-baru ini, dua remaja lelaki telah dikejarkan ke hospital selepas dipercayai disengat obor-obor kotak semasa berenang di pantai Sungai Miri yang popular.
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai yang memiliki pemandangan matahari jatuh sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi dan segera dikejarkan ke Hospital Labuan untuk rawatan serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut, Profesor Madya Dr B A Venmathi Maran daripada Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata cuaca kering dan panas telah menyebabkan spesies ini bertambah banyak dari sekarang hingga bulan Jun.
Malah, situasi ini turut berlaku di pantai Terengganu, apabila orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang, menyentuh mahu pun menyimpan obor-obor Velella velella atau turut dikenali engan nama panggilan ‘by-the wind sailors’ yang terdampar di pantai Terengganu sejak beberapa hari lepas.