Hujan yang turun tanpa henti dalam tempoh dua tiga hari ini membuatkan cuaca menjadi sejuk.  Malah di sesetengah tempat, cuaca di negara ini dikaitkan dengan Australia kerana suhunya adalah sama.

Tapi apa yang tak bestnya, mulai semalam tular berita cuaca rendah yang dialami di seluruh negara di  media sosial. Katanya Malaysia mengalami suhu rendah diseluruh negara kesan daripada berlakunya perubahan tolakan angin monsun dari Filipina. Berita ini diperoleh dari  Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia.

Maka ramailah yang menyebarkannya di laman sosial masing-masing tanpa membuat penyelidikan sebenar. Untuk makluman semua, berita itu adalah palsu.

Cuaca sejuk yang berlaku di Malaysia sekarang adalah kerana  cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk Monsun Timur Laut yang dijangka akan berterusan sehingga Ahad, 14 Januari 2018.

Cuaca sejuk sebab hujan saja tau, bukan kerana perubahan tolakan angin monsun dari Filipina.

Inilah berita palsu yang tular di media sosial semalam!

Malaysia  mengalami turunan suhu cuaca berikutan hujan tanpa henti dibeberapa kawasan barat Malaysia. Di antara 18c ke 24 c . Kebiasaanya cuaca di Malaysia adalah 28c ke 34c . Menurunan suhu berlaku kerana berlakunya perubahan tolakan angin monsun dari Filipina.

Anda dinasihatkan untuk memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak seterusnya membawa demam panas.

Berikut adalah bacaan suhu terkini yang diramal melanda seluruh Malaysia sehingga lewat pagi esok;

ARAU – 19.7°C

Ads

ALOR STAR – 18.3°C

KUALA TERENGGANU – 19.1°C

KUALA KRAI – 17.3°C

BUTTERWORTH – 22.3°C

KUANTAN – 21.9°C

Ads

TAIPING – 21.9°C

IPOH – 22.8°C

KUALA LUMPUR – 25.5°C

SEREMBAN – 24.6°C

MELAKA – 23.1°C

Ads

JOHOR BHARU – 23.7°C

KUCHING – 20.4°C

BINTULU – 19.6°C

KUNDASANG – 14.2°C

TAWAU – 17.6°C

Tapi ternyata berita ini adalah palsu. Jabatan Meteorologi menafikan cuaca di Malaysia sebaliknya memaklumkan berita ini.

Cuaca Sejuk Melampau Yang Tular Di Media Sosial Adalah PALSU, Jabatan Meteorologi Nafi!
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini

So hati-hati ya guys bila menyebarkan berita. Tak baik buat orang jadi panikkan!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI