Gelombang panas yang turut dikenali sebagai heatwave kini melanda negara Malaysia. Sampaikan kalau sidai baju di halaman, pasti tak sampai sejam dah kering. Ada juga desakan dari rakyat agar kerajaan mengeluarkan amaran darurat di seluruh negara dek kerana situasi yang semakin teruk sehinggakan mengorbankan beberapa nyawa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi hari ini berkata kerajaan belum lagi melihat keperluan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara meskipun Malaysia sedang dilanda gelombang panas yang turut menyaksikan beberapa kematian terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Namun beliau berkata kerajaan sudah bersedia sekiranya pengisytiharan itu diperlukan.
“Belum, tetapi kami sudah bersedia. Kita akan pantau,” katanya kepada pihak media selepas mempengerusikan mesyuarat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pagi tadi.
Ads
Tambahnya, kerajaan mungkin mempertimbangkan semula jika suhu mencecah 40 darjah Celsius.
Pada masa ini, bagi kawasan terjejas, beliau berkata pembenihan awan sedang dijalankan segera dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Alam Sekitar.
“Pembenihan awan dilakukan serta-merta, bersama TUDM dan Jabatan Alam Sekitar di beberapa kawasan empangan dan kita akan menumpukan tujuh kawasan di mana paras air dijangka berkurangan dan menjejaskan bekalan air.
Ads
“Tujuh kawasan itu ialah Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau di Sarawak,” katanya.
Pada masa yang sama, 101 telaga tiub telah dipasang di kawasan tanah gambut untuk kawasan yang sukar dicapai.
Ads
“Yang penting ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengambil langkah proaktif, dan bukan sahaja bertindak selepas kebakaran berlaku,” kata Zahid sambil menambah tidak banyak kawasan yang mengalami pembakaran terbuka.
Bagi nasihat awam mengenai gelombang haba, Zahid berkata kementerian masing-masing seperti Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan nasihat untuk sekolah di kawasan yang dijangka berlaku pembakaran terbuka dan terlalu panas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Malay Mail, New Strait Times
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
IBU negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-18 secara global sebagai bandar raya terbaik untuk tahun 2024. Perkara itu dicapai berdasarkan tinjauan global yang dilakukan baru-baru ini.
Menurut Britons Ranking, Kuala Lumpur menjadi antara bandar raya yang menyerlah dalam senarai 37 bandar raya di seluruh dunia yang termasuk dalam senarai berkenaan.
Kuala Lumpur telah menewaskan bandar-bandar popular lain seperti Abu Dhabi (tangga ke-21), Dubai (tangga ke-31) dan Las Vegas (tangga ke-37).
Sementara itu, Sydney menduduki tempat pertama, diikuti dengan Cape Town di tangga kedua dan Chicago ketiga.
Manakala negara Asia lain pula adalah Kyoto (ke-4), Singapura (ke-5), Tokyo (ke-8), Bangkok (ke-12), Ho Chi Minh (ke-17), Hong Kong (ke-19) dan Hanoi (ke-23).
Senarai bandar terbaik 2024
Untuk info, penilaian itu dilakukan oleh lebih 1,800 responden yang menilai pengalaman mereka mengembara dunia di luar Eropah sejak tiga tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teringat pula pengalaman semasa masih kecil, di mana mak ayah akan mengajar kita untuk berniat puasa selama sebulan kerana takut kita terlupa memasang niat pada setiap hari.
Niat puasanya lebih kurang sama saja dengan bacaan niat harian, cuma bezanya adalah kita menyebut sebulan.
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan seluruhnya kerana Allah Taala.
*
Begitupun, jika ada di antara kita yang ingin HANYA berniat puasa selama sebulan seperti yang selalu kita praktikkan selama ini, mungkin kita wajar perbetulkan semula ‘kesilapan’ tersebut.
Ini kerana dalam mazhab Syafie, kita wajib berniat puasa pada setiap hari. Tiada NIAT puasa sebulan penuh. Sebagai masyarakat Islam di negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi, kita perlu mengikut amalan membaca niat setiap hari.
Menurut perkongsian yang disampaikan di Facebook Pondok Habib mengenai isu niat puasa sebulan ini, amalan berniat sebulan penuh adalah amalan Mazhab Maliki.
Mazhab Syafie hanya berkata ianya sunnah untuk mengikut pendapat Mazhab Maliki sebagai tujuan berwaspada dan berhati-hati takut terlupa berniat pada mana-mana hari.
Namun, itu tidak bermakna seseorang itu sewenang-wenangnya boleh meninggalkan niat puasa setiap malam dan hanya niat puasa sebulan penuh. Niat puasa sebulan itu hanya agar kita cermat atau sekiranya kita TERlupa memasang niat di kemudian hari.
Maka di siang harinya itu, puasanya tetap sah kerana sudah dipasang niat sebulan pada awal Ramadan.
Jika mengikut Mazhab Syafie, sekiranya terlupa untuk niat, sebaiknya seseorang itu perlu qadha atau menggantikan semula puasanya.
Kedua, antara kelebihan berniat puasa sebukan adalah apabila seseorang itu meninggal dunia di pertengahan Ramadan, dia akan mendapat pahala seluruh Ramadan walaupun sekadar satu hari berpuasa.
Berbeza dengan seseorang yang tak berniat sebulan, jika dia meninggal dunia dan hanya berpuasa satu hari, maka satu hari itu sahaja pahala puasanya.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan seseorang itu bergantung kepada niat.”
Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukan Olimpik 2020 Tokyo akan berlangsung sehingga awal Ogos 2021. Bagi menyambut temasya itu, Google tak lepaskan peluang untuk menghangatkannya lagi menerusi Doodle.
Kalau korang buka google akan terpapar Doodle interaktif baru mulai hari ini 23 Julai.
Google Doodle merupakan satu penghormatan oleh Google sebagai logo khusus dan sementara di laman Google di mana ia untuk memperingati peristiwa penting, serta memperingati kehidupan para seniman, pelopor, dan ilmuwan terkenal.
Tapi, sempena sukan Olimpik Jepun 2020 ini ia amat unik kerana mereka menyelitkan permainan bergenre Japanese RPG (JRPG) yang boleh dimainkan.
Hasil karya seni dari rumah animasi Jepun Studio 4 ° C, permainan video ini dinamakan Doodle Champion Island Games yang sebenarnya merupakan siri permainan mini 16-bit.
Menariknya, terdapat tujuh permainan mini yang juga merangkumi beberapa acara Olimpik seperti papan luncur, tenis meja, dan pendakian.
Bukan itu saja, dalam setiap acara ini anda akan menentang ‘Legendary Champion’ yang juga berkaitan dengan cerita rakyat serta sejarah Jepun.
Dalam permainan ini, korang akan bermain sebagai Lucky the Calico Ninja Cat dan menyertai sama ada kumpulan Biru, Merah, Kuning atau Hijau.
Apabila berjaya mengalahkan “bos” untuk sesuatu permainan, korang akan terima skrol untuk dikumpulkan. Konsep ini sama seperti anda mengumpul lencana gimnasium bila anda bermain permainan pokemon.
Difahamkan, Lucky mempunyai satu misi semasa dia di Champion Island iaitu mengumpul tujuh gulungan suci. Sepanjang pengembaraannya, Lucky harus menyelesaikan cabaran tersembunyi lain.
Google menyatakan Doodle ini sebagai sebuah penghormatan kepada permainan 16-bit Jepun klasik.
Cubalah…best tau. Kalau korang cuba bermain permainan ini klink sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...