Di saat lepasan SPM sudah menarik nafas lega setelah memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada minggu lalu, kelompok calon Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pula sedang ‘bergelut’ dengan beberapa kertas serta sesi ujian yang kini sedang dilangsungkan.
Meski ia bukanlah sebuah ujian utama di Malaysia, bagaimanapun kita tidak dapat menidakkan peluang serta ruang yang lebih cerah akan diperolehi oleh pelajar yang menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bercita-cita untuk melebarkan sayap ke luar negara dan ingin berkhidmat di syarikat berpangkalan luar negara, Bahasa Inggeris adalah kunci kepada kemampuan seseorang untuk menggapai impian itu.
Anyway, berbalik kepada ujian MUET tadi, tentunya calon ujian inginkan skor band 6 bagi melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Bagaimanapun, usahlah letakkan tekanan ke atas diri sendiri sebelum menduduki ujian. Letakkan harapan untuk mendapat skor tertinggi itu, namun ketahui jugalah skor minimum yang diperlukan untuk diserap masuk ke jurusan impian dalam fakulti korang.
Menerusi sesi langsung di Instagram baru-baru ini, pelakon dan hos Uyaina Arshad berkongsi serba-sedikit mengenai pengalamannya sewaktu menuntut dalam jurusan perundangan di Universiti Malaya (UM) dahulu.
“Di UM bagi pelajar undang-undang, kami perlu sekurang-kurangnya memperolehi skor band 4 bagi MUET sebelum layak untuk meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda Perundangan.
“Alhamdulillah, Uyaina capai band 5 untuk MUET. Lain universiti lain aras kelayakannya. Jurusan berlainan pun memerlukan aras kelayakan berbeza. Jadi korang perlu ambil tahu dahulu perkara itu walaupun semua inginkan skor band tertinggi,” ulasnya sewaktu ditanya oleh pengikutnya di Instagram.
Tambah Uyaina lagi, proses persediaan sebelum menduduki MUET dilakukannya sama seperti pelajar lain. Namun, ada satu tip yang baginya boleh membantu calon.
“Banyakkan bercakap, mendengar dan menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh, mulakan tabiat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris lebih awal lagi supaya korang sudah terbiasa.
“Khususnya bagi ujian mendengar, tingkatkan practice korang untuk mendengar kepada percakapan individu berlainan bangsa. Kadangkala mereka tetapkan slanga orang asing tapi kadangkala, mereka juga boleh menggunakan dialog rakyat tempatan berlainan bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Jadi, biasakanlah dengan dialek local speakers. Familiarize dengan cara percakapan individu berbeza,” nasihatnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Uyaina Arshad Pantang Individu Pengaruhi Lepasan SPM Untuk Tidak Sambung Belajar – REMAJA
Kepada calon-calon ujian MUET yang masih belum tamat menduduki kertas atau sesi ujian masing-masing, REMAJA ucapkan all the best dan hadapilah ia dengan tenang.
BACA LAGI : Hapuskan Ujian MUET Atau Tidak, Adibah Noor Beri Pendapat Bernas Ini.. – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.