Cubaan seorang pengebom bunuh diri untuk meletupkan stesen keretapi bawah tanah Manhattan dua hari lalu gagal apabila bom paip buatan sendiri itu malfungsi dan gagal meletup sepenuhnya. Pengebom berkenaan, Akayed Ullah, 27, merupakan satu-satunya individu yang mengalami kecederaan serius manakala tiga lagi mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan.

Cuba Bom Stesen Keretapi AS, Warga Bangladesh Ini Hanya Berjaya Cederakan Diri Sendiri
Akayed mengalami kecederaan parah selepas bomnya gagal meletup sepenuhnya

Dalam kancah politik antarabangsa di mana ramai umat Islam mengalami diskriminasi terutamanya yang bermastautin di negara-negara Barat, tindakan lelaki ini sudah pasti menebalkan lagi rasa benci dan takut terhadap penganut agama Islam yang sering dikaitkan dengan kegiatan pengganas.

Bukan ISIS, Bertindak Berseorangan

Akayed Ullah berasal dari Chittagong, Bangladesh dan masuk ke Amerika Syarikat bersama kedua ibu bapa dan saudara kandung pada 2011 menggunakan visa imigran. Dia juga sudah mendapatkan status penduduk tetap (permanent resident) AS dan menetap di Brooklyn, New York City, selain bekerja sebagai seorang pemandu teksi dan mempunyai permit yang telah luput.

Jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders memaklumkan bahawa Akayed memasuki AS dengan visa F43. Ini bererti Ullah adalah anak dari seseorang yang mendapatkan visa F41, yang diperuntukkan bagi mereka yang merupakan kakak atau adik dari seorang warga negara AS yang berusia bawah 21 tahun.

Cuba Bom Stesen Keretapi AS, Warga Bangladesh Ini Hanya Berjaya Cederakan Diri Sendiri

Pasukan yang menyiasat insiden tersebut percaya bahawa Akayed bertindak berseorangan, namun masih lagi meneliti bukti-bukti yang dikumpulkan. Akayed dilaporkan memilih lokasi berkenaan kerana mempunyai poster-poster bertemakan Hari Krismas, motif yang mirip serangan-serangan di Eropah, dan turut memberitahu penyiasat bahawa tindakannya itu sebagai membalas dendam kepada serangan udara AS ke atas ISIS di Syria dan tempat lain. Walaupun serangan Akayed terinspirasi daripada ISIS, dia dilaporkan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan berkenaan.

Ads

Polis Bangladesh pula menyatakan, kali terakhir Akayed mengunjungi Bangladesh pada 8 September lalu. Jeneral Polis di Bangladesh, AKM Shahidul Haque mengesahkan bahawa Akayed tidak ada rekod jenayah sebelum ini.

Suspek warganegara Bangladesh itu telah didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata, menyokong aktiviti keganasan serta melakukan ancaman keganasan terhadap orang awam.

Tidak dapat dipastikan niat sebenarnya. Suspek itu dilaporkan telah memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum melakukan serangan pada Isnin. Lelaki ini telah menulis di Facebooknya bahawa Trump adalah punca atas kegagalan melindungi negara.

 

Cuba Bom Stesen Keretapi AS, Warga Bangladesh Ini Hanya Berjaya Cederakan Diri Sendiri
Kawasan sekitarnya dikawal rapi selepas kejadian pengeboman ini

 

Cuba Bom Stesen Keretapi AS, Warga Bangladesh Ini Hanya Berjaya Cederakan Diri Sendiri
Tindakannya mencetuskan kegemparan dan siasatan menyeluruh dilakukan

Respon Donald Trump

Susulan serangan berkenaan, Presiden AS, Donald Trump mengulangi pendiriannya yang mahu sistem imigresen di negara itu dirombak sepenuhnya bagi mengawal kemasukan pendatang asing termasuk mengetatkan syarat pemberian visa.

Ads

Isnin lalu dalam kenyataan pertamanya selepas insiden tersebut, Presiden Trump menyelar sistem imigresen AS kini yang membenarkan bukan ahli keluarga terdekat menerima Kad Hijau.

“Kemudaratan sistem ini terhadap keselamatan dan ekonomi Amerika telah lama jelas,” katanya dalam satu kenyataan. “Saya nekad untuk mempertingkat sistem imigresen kita demi mengutamakan negara ini dan rakyatnya terlebih dahulu.”

Buat masa ini, Bangladesh tidak termasuk enam negara yang terkena larangan masuk ke Amerika berikutan kebimbangan Presiden Trump terhadap ancaman pengganas yang dikatakan berpunca dari negara Islam.

“Tindakan Tidak Mewakili Islam” – Warga Bangladesh Di AS

Meskipun membenci penindasan terhadap Islam, rakyat Bangladesh di negara AS bertegas bahawa tindakan Akayed Ullah itu langsung tidak mewakili negara mereka dan agama Islam.

Ads
Cuba Bom Stesen Keretapi AS, Warga Bangladesh Ini Hanya Berjaya Cederakan Diri Sendiri
Tiada yang cedera kecuali dirinya sendiri dan dua anggota polis

Tindakan Akayed itu bagaikan membuka tirai kebencian buat pemimpin dan penduduk  negara Uncle Sam itu terhadap mereka.

Masyarakat Bangladesh di  Brooklyn bimbang kerajaan akan ‘menghukum’ keseluruhan pendatang Bangladesh lantaran tindakan individu bernama Akayed itu.

“Kami tidak menyokong tindakan ini. Siapa yang tergamak melakukan perkara sebegini” kata Fazlul Karim, salah seorang pendatang Bangladesh di Brooklyn.

Fazlul malah mendesak keadilan ditegakkan dan sesiapa yang melakukan tindakan seumpama itu menerima hukuman sewajarnya.

Sementara itu seorang lagi pendatang Bangladesh di Brooklyn Sultan Ahmed meminta agar tindakan Akayed itu tidak dikaitkan dengan Islam.

“Islam menyeru kepada keamanan. Islam memberi kehidupan, menyelamatkan kehidupan. Muslim sejati tidak akan melakukan pekara ini,” jelas Sultan.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI