Jika korang sering mengalami gejala batuk-batuk dan selesema, cuba lihat disekeliling rumah adakah tanda-tanda kulit di dinding mahu pun siling?
Menurut Public Health Malaysia, Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Namun begitu, ia bukanlah sekadar kulat dan sebenarnya mampu mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru korang dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti asma.
Kalau korang memang menghidap asma atau lelah, korang mungkin akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Kulat ini juga bukan hanya perlu dilihat pada sekeliling rumah, tapi cuba korang tengok juga di kawasan tempat kerja. Mungkin ini penyebab tahap kesihatan korang menjadi tidak baik.