Produk yang menggunakan jeli petroleum ini sudah mula digunakan sejak lebih 150 tahun yang lalu. Kepelbagaian fungsinya juga boleh membantu korang untuk pelbagai tip kecantikan yang ringkas tapi efisyen. Produk semi-solid yang berfungsi sebagai krim jeli sapuan ini merupakan salah satu ‘keajaiban’ dunia kosmetik.
Nak tahu apa lagi yang korang boleh gunakan jeli petroleum seperti Vaseline? Jom ikuti tip di bawah bersama Remaja.
1. Minyak wangi tahan lama
Sapukan di bahagian belakang telinga dan pergelangan tangan selepas semburan minyak wangi di kawasan tersebut.
Foto Via Pexels
2. Melegakan kekeringan kulit kaki
Pada musim panas seperti sekarang, kaki memang akan mudah menjadi kering. Apatah lagi bila memakai selipar atau sandal. Ratakan jeli petroleum di bahagian tumit kaki sebelum tidur dan melakukan aktiviti luaran.
3. Membuang gam bulu mata palsu
Pakai bulu mata palsu memang seronok sebab nampak lebih menyerlah. Tapi nak buangnya agak mencabar juga. Untuk memudahkan menanggalkan bulu mata palsu, sapukan sedikit di bahagian garisan bulu mata palsu dan kelopak mata. Ia akan menjadi lebih mudah untuk dibuang.
4. Sesuai untuk manicure
Sebelum melakukan manicure, sapukan sedikit di atas kuku. Jeli petroleum ini akan membuat polish tidak akan merebak ke bahagian luar.
Ads
5. Efek kaki lebih bersinar
Campurkan sedikit jeli petroleum dengan liquid bronzer kegemaran anda. Sapukan campuran ini ke bahagian kaki agar ia kelihatan lebih bersinar dan glow-y!
6. Jadikan bulu mata tampak lebih tebal
No, maybe you don’t need mascara at all. Sapukan sedikit ke bahagian garisan bulu mata untuk efek lebih bersinar dan tebal.
7. Elak penutup nail polish melekat
Ratakan jeli petroleum ke bahagian dalam penutup nail polish agar mudah dibuka pada masa hadapan.
8. Lebih senang memakai anting-anting
Apa yang korang hadapi bila sudah agak lama tidak memakai anting-anting. Pastinya agak sukar kerana lubang di telinga seakan sukar ditembusi dan kadangkala menyakitkan. Sapukan sedikit di bahagian lubang anting-anting dan kesakitan pasti tiada!
Ads
9. Sorok rambut bercabang
Jika rambut kamu kering dan bercabang, sapukan sedikit jeli petroleum di hujung rambut. Sementara nak potong rambut, dapatlah kamu bergaya sekejap dengan rambut yang lebih kemas.
10. DIY Lip Stain
Campurkan serbuki perisa minuman bersama jeli petroleum. Apabila disapukan ke bahagian bibir, ia akan kelihatan kemerah-merahan yang bertahan lama.
11. Lindungi kulit dari pewarna rambut
Jika kamu mewarnakan rambut di rumah, agak senang untuk pewarna terkena di bahagian kulit terutama di dahi, belakang telinga dan leher. Untuk elakkan ia melekat di kulit, sapukan jeli petroleum di bahagian tersebut.
12. Kekalkan bentuk kening
Nak dapatkan bentuk kening yang baik selepas solekan punyalah susah. Tapi bila berpeluh sikit je, terus ghaib! Sapukan di bahagian hujung kening agar bentuknya terus kekal.
Ads
13. Serikan kelopak mata dan pipi
Dengan menggunakan sedikit sahaja jeli petroleum, korang mampu mendapatkan look yang lebih berseri. Ia dapat membuat kawasan tersebut lebih bersinar terutama di kelopak mata dan pipi.
Sumber: Seventeen
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah gastrik bukan boleh dibuat main-main kerana mereka yang mengalami saja tahu bagaimana azabnya nak menahan rasa sakit yang datang.
Biasanya, pesakit akan mengadu pedih ulu hati, perut selalu merasa sakit, selalu sendawa dan kurang selera makan.
Menurut rootofscience, majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. Pylori yang mampu menguraikan lapisan pertahanan perut dan menyebabkan asid yang dirembes menghakis dinding perut.
Oleh kerana itu, pesakit akan merasa pedih hati malah, bakteria ini juga mempunyai kaitannya dengan salah satu punca kanser perut.
Jalan mudah yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah dengan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya sudah sampai tahap teruk, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut dan mengambil sedikit sampel bagi mengesan kehadiran bakteria H.pylori.
Cara bunuh bakteria H.pylori
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa terdapat dua makanan yang boleh anda ambil untuk membantu menyelesaikan masalah gastrik ini. Antaranya adalah seperti:
1. Brokoli
Sayur ini mempunyai kandungan serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori. Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin.
Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori.
Satu kajian telah dibuat pada tahun 2009, di mana kumpulan manusia yang terkena jangkitan H.pylori mempunyai kadar penurunan bakteria tersebut apabila makan brokoli secara kerap. Ini jelas menunjukkan bahawa brokoli merupakan salah satu makanan yang mampu untuk merawat pesakit gastrik.
2. Yogurt
Menurut kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition, yogurt mengandungi tinggi probiotik yang memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.
Ini kerana yogurt mempunyai banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang untuk menghapuskan bakteria H. Pylori dalam perut.
Kesimpulannya, kalau anda sering mengalami masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk merawat masalah tersebut, apa kata cuba makan brokoli dan yogurt dengan lebih kerap bagi membantu masalah perut anda.
Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berminat. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.
Terkini, jenama terkemuka Balenciaga memperkenalkan beg kantung menyerupai plastik sampah di koleksi musim gugur dan musim sejuk 2022 yang diadakan pada minggu fesyen di Paris.
Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. – Foto YouTube
Beg kantung tersebut diperbuat daripada kulit lembu dan didatangi dalam tiga warna iaitu kuning, biru dan putih.
Tambahan lagi, logo jenama Balenciaga juga dicetak secara halus di bahagian hadapan beg tersebut.
Mengikut laman web rasmi Balenciaga, beg diberi nama sebagai The Trash Pouch itu dijual pada harga lebih kurang RM7 ribu ($1,790).
Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia menyatakan secara ringkas pilihannya untuk mengeluarkan koleksi beg sampah mewah itu adalah kerana tidak ingin melepaskan peluang membuat beg sampah paling mahal di dunia.
Menurutnya lagi, skandal dunia fesyen adalah topik kesukaan peminat fesyen dan sudah pastinya akan menarik perhatian lebih ramai orang.
Hokay, kumpul duit banyak-banyak. Mana tahu bila dah kaya nanti boleh la jadi orang pertama di Malaysia memiliki beg sampah termahal ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak semua orang memiliki zaman kanak-kanak yang membahagiakan. Bagi sesetengah anak kecil yang dilahirkan di negara bergolak, tersepit di celah-celah perang merupakan perkara malang.
Inilah yang terjadi kepada model terkenal berusia 22 tahun ini. Adut Akech dilahirkan di Sudan Selatan pada 25 Disember 1999 namaun disebabkan perang saudara yang berlaku,dia kemudian menghabiskan masa kecilnya di kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kakuma, Kenya sehingga umur tujuh tahun. Selepas itu keluarganya ditempatkan di Adelaide dan dia menjadi warganegara sah Australia.
Ketika diangkat sebagai ‘Model of The Year’ 2019. Sumber gambar: Instagram Adut Akech
Mula di dekati oleh agensi peragaan ketika berusia 13 dan 14 tahun namun begitu dia hanya memulakan langkah sebagai peragawati ketika berusia 16 tahun dan bernaung di bawah agensi terkenal di Australia, Chadwicks Models. Kerjayanya mula memecut laju saat dia direkrut oleh jenama Saint Laurent sebagai model eksklusif mereka untuk musim bunga/panas 2017.
Sejak itu wanita kelahiran Sudan Selatan ini tidak menoleh kebelakang lagi dan menakluk dunia peragaan dengan keunikan yang dimilikinya. Dia tersenarai antara 50 model terbaik di dunia oleh models.com dan dinobatkan sebagai ‘Model of The Year’ tahun 2019 oleh British Fashion Council.
WAJAH ESTEE LAUDER
Kempen bersama Estee Lauder. Sumber gambar: Instagram Adut Akech
Khabar terbaru, dia telah dilamar oleh jenama kecantikan terkenal, Estee Lauder sebagai duta global. Oleh itu dia akan tampil dalam iklan dalaman butik, kempen digital, media cetak dan televisyen bagi rangkaian penjagaan kulit serta solekan.
Menyifatkan pemilihannya sebagai satu impian yang menjadi kenyataan, Adut berkata dalam satu penyataan, “Estee Lauder memiliki sejarah yang hebat dan cerita Puan Estee Lauder terus menajdi inspirasi wanita seluruh dunia. Sepertinya, saya berharap dapat memeberikan inspirasi kepada wanita yang berada di setiap ceruk dunia supaya tidak mengalah dan terus ikut impian yang ingin dicapai.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam tragedi ngeri yang menggemparkan negara, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabas di...