Demi menjaga kulit wajah agar kekal tampak muda dan cantik, kaum perempuan (dan semakin ramai kaum lelaki) pada zaman ini sanggup untuk mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi.
Pelbagai jenis produk kecantikan akan dibeli, pelbagai jenis rawatan kecantikan juga akan ditempah oleh seseorang itu. Bagaimanapun, adakalanya kita tidak akan memperolehi impak yang memuaskan hati dalam satu tempoh yang ditetapkan. Kedut masih kelihatan malah kulit wajah juga masih kelihatan lesu dan kering walaupun wang Ringgit sudah banyak dikorbankan?
Ya, itulah yang dilalui oleh Joyce Chua sebelum beliau mengasaskan jenama produk kecantikan tempatannya sendiri yang dikenali sebagai Fabs Skin
. Segala-galanya disebabkan masalah kulit keringnya dan garisan kedut yang tidak mampu dikurangkan.“Saya tidak lagi mahu berselindung di bawah lapisan solekan yang tebal..”
“Saya mula belajar tentang bahan-bahan yang boleh digunakan dan bagaimana bahan-bahan ini akan memberikan tindak balas dan peranan masing-masing setelah diformulasikan.
“Saya juga ingin kenal pasti bahan yang menjadi punca kepada masalah yang saya hadapi. Dari situlah saya mengenali ramuan yang kaya dengan vitamin C, A, E dan Beta-Keroten. Kesemua itu adalah bahan aktif seperti asid hyaluronik, niacinamide, retinoid, koenzim dan teh hijau yang baik untuk merawat kulit serta memastikan kulit anjal dan berseri,” jelas Joyce.
Melihat kepada katalog produk yang diperkenalkan oleh Fabs Skin ini, REMAJA tertarik dengan Serum Vitamin C Super Glow yang memudahkan pengguna mendapatkan kulit bersinar ala ‘glass skin’ sihat dan mencerahkan masalah bintik-bintik hitam.
Sewaktu dititiskan dan diratakan pada kulit pun, tekstur serum ini terasa ringan dan melembapkan pada kulit; memang best!
Ekstrak epal yang ada dalam serum ini menjadi agen pelembap dan anti penuaan, manakala kandungan lobak merahnya pula melindungi kulit daripada cahaya biru yang selalu menjadi faktor kulit berjeragat kerana kita sering menghadap skrin peranti pada setiap hari.
Yang penting, ia bebas daripada bahan merosakkan seperti paraben, sulfate dan pewangi tiruan. Janji Fabs Skin, dalam masa 3 ke 6 minggu saja, korang sudah dapat melihat perubahan pada kulit wajah yang semakin berseri dari dalam, cerah dan kurang masalah berjerawat, bintik-bintik hitam dan kemerahan.
Kalau nak tahu, cubalah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.