Miss Universe Malaysia 2020/2021, Francisca Luhong James berdepan detik cemas dan menakutkan apabila beliau diganggu oleh seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah ketika di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Jatuh Dua Kali, Bangkit Berkali-Kali. Francisca Luhong Lambang Erti Tak Mudah Mengalah.
Wanita berusia 27 tahun ini turut berkongsi pengalaman tersebut di laman instagram miliknya. Menurut Francisca, dia mula menyedari lelaki terbabit apabila diekori rapat sebelum mendapatkan bantuan daripada orang sekeliling dan pengawal keselamatan.
View this post on Instagram
Hari ini , pada 17 Januari 2023 ketika di Hotel Four Season selepas temujanji spa, apabila saya keluar dari lif menuju ke lobi untuk menunggu Grab saya ternampak lelaki itu sekali lagi.
Orang yang sama, pakaian sama cuma berlainan kain disangkut di bahu. Lebih menakutkan saya nampak dia mancalitkan sesuatu pada lehernya, sepertu minyak.
“Saya sangat takut dan berlalu ke Starbucks kemudiannya menelefon kawan saya yang mengenali pengawal keselamatan di premis tersebut.
Lebih menakutkan, dia turut mengekori saya di belakang dan saya segera mendapatkan bantuan daripada juruwang di Starbucks terbabit. Malah, lelaki itu turut sekali masuk ke premis berkenaan dan duduk di satu suduy bertentangan dengan saya.
Dia kemudiannya bangun dan menghampiri saya yang duduk bersebelahan kaunter dan cuba memandang tepat ke arah mata saya,”cerita Francisca.
Namun, beliau bernasib baik kerana pengawal keselamatan datang dan cuba menangkap lelaki tersebut sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri di luar premis.
Pernah Diganggu Lelaki Sama Sebelum Ini
Menariknya, menurut Francisca lagi, lelaki terbabit merupakan lelaki yang sama yang pernah mengganggunya sekitar setahun lalu sewaktu minggu Kl Fashion Week.
“Saya tak pernah berkongsikan hal ini kepada umum tetapi kini saya perlu berbuat demikian kerana ini bukan pertama kali dan semua wanita harus berjaga-jaga di kawasan ini. Lebih manakutkan kalau dia sebenarnya seorang pengendap!
Justeru itu, Francisca menasihatkan orang ramai terutamanya wanita agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan orang sekeliling.
“Saya berpesan kepada wanita diluar sana agar berhati-hati sekiranya ternampak kelibatnya. Jangan benarkan dia sentuh atau pandang tepat ke arah mata korang. Saya sangat panik dan trauma.
“Pastinya ramai yang tidak menyangka apa yang akan dilakukan apabila melihatnya berpakaian. Jadi sentiasalah berjaga-jaga kerana kita mungkin tidak tahu ada segelintir orang yang kurang waras dan akan melakukan apa sahaja demi menutup niat buruknya,” pesan Francisca.
Seram pula penulis dengar perkongsian Miss Universe Malaysia ni. Korang hati-hati okay!
Sumber : Instagram Francisca Luhong
Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.