Aktiviti menunggang basikal lajak sebenarnya telah wujud sejak bertahun lama dulu.
Namun mungkin ketika itu faktor jalan raya yang tidak sibuk dan tahap kenakalan remaja yang tidak terlalu ekstrim, membolehkan ia diterima masyarakat sebagai aktiviti riadah pada waktu petang..
Buat pelumba basikal lajak ini, gaya seakan menunggang turut memainkan peranan apabila mereka dilihat menundukkan seolah-olah ‘memotong angin’ tatkala tangan memacu pemegang basikal seolah-olah sedang berada di litar perlumbaan.
Terbaru, seorang lelaki berkongsi video mengangkut ‘budak-budak basikal lajak’ menggunakan van jenazah. Dia dipercayai cuba menimbulkan rasa insaf dalam diri sekumpulan remaja itu.
Angkut guna van jenazah
Sedikit keinsafan buat adik adik basikal lajak
Sedutan rakaman ke-2 dari operasi kesedaran untuk adik adik basikal lajak yang berlumba dijambatan ke tiga klang..Lihat lah bagaimana reaksi ke dua dua nya adik adik ini..Bila ditanya pada awal nya menipu..Selepas dipaksa akan dimasukkan ke dalam keranda terus mengaku😅Kecik kecik sudah pandai menipu..Boleh pula kata tak berlumba..Walhal rakan rakan saya yang lain pun nampak mereka berdua ini sedang buat aksi superman turun jambatan..Kepada ibu bapa jangan marah saya ya..Saya sedang cuba menyelamatkan nyawa anak anak anda dari ditimpa kecelakaan..Kelalaian anda mampu membuatkan anda kehilangan anak dalam sekelip mata..Tujuan kami sekadar untuk mencegah..Tugas menjaga anak anak ini bermula dari rumah..Cuma nak beritahu bau kapur barus masih lagi kuat kerana baru sahaja ambil 1 jenazah di hospital kuala lumpur sekitar jam 11 malam..Tak insaf juga tak tahu la🤣Apapun..Rakaman penuh akan saya kongsikan lagi selepas ini..Tunggu!
Posted by Mr Wan Cai Official on Saturday, 8 February 2020
Menerusi video berdurasi 3:18 saat tersebut, kelihatan seorang remaja menangis ketika ditegur menipu ibu bapa semata-mata mahu bermain basikal lajak. Kata remaja tersebut, dia diajak rakan kononnya ada event. Dia juga mengakui insaf dan tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut.
Namun seorang lagi remaja tidak mengaku dia keluar rumah untuk berlumba. Katanya dia keluar untuk membeli minuman di kedai berhampiran tanpa pengetahuan ibu bapa. Walaubagaimanapun dia akhirnya mengaku selepas dipujuk.
Beri kesedaran
Rata-rata warganet memberikan komen positif dan setuju dengan tindakan lelaki ini memberikan kesedaran buat budak-budak basikal lajak ini.
Diharap kumpulan remaja basikal lajak ini dapat la kesedaran dari insiden ini. Moga mereka sedar bahawa basikal lajak ini mempu meragut nyawa. So apa pendapat korang, tapi penulis pun gerun kalau kena angkut guna van jenazah ini.
Sumber : Mr Wan Cai Official