Solat tahajud merupakan solat yang dilakukan pada waktu sepertiga malam. Biasanya, solat ini dibangunkan pada jam 3 pagi ketika individu lain sedang asyik tidur. Ini kerana, pada masa inilah korang nak mendirikan solat dan memohon doa dengan lebih khusyuk.
Memang benar, untuk melakukan solat ini mungkin agak sukar kerana ramai sedang asyik dibuai mimpi, tapi jika dapat dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu pun, insyaAllah korang masih boleh lihat perubahan yang akan berlaku dalam diri.
Berikut kami senaraikan antara manfaat-manfaat solat tahajud yang telah dikongsikan dalam laman twitter Tweet Islamik via Soulusi.
1. Penghapus dosa dan mencegah berbuat dos
"Lakukanlah qiyamulai kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa dan penghalang berbuat salah," (HR At-Tirmidzi)
2. Tanda taqwanya terlihat di wajah
Ulama berkarisma Kota Basrah, Al Hasan Al Basri pernah ditanya, "Kenapa orang-orang yang membiasakan diri solat tahajud di malam hari mukanya bertambah cerah, berseri-seri dan berwibawa?"
Beliau menjawab, "Kerana mereka selalu bercengkerama dengan Tuhan yang Maha Penyayang dikegelapan malam, maka Dia pun memberikan kepada mereka cahaya dari cahayaNya."
Ads
3. Melancarkan aliran darah pada tubuh
Solat tahajud biasanya dilakukan pada jam 3 pagi dan ketika itu udara di atmosfera sangat segar untuk dihirup oleh paru-paru. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang membuatkan badan rasa segar seketika dan seluruh aliran darah terasa lancar.
4. Membesarkan rongga paru-paru
Gerakan takbiratul ihram yang diikuti dengan bersedekap sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar. Hal tersebut diketahui mampu melancarkan aliran udara menuju paru-paru.
5. Jaminan masuk syurga
Ads
"Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambung tali kasih, SOLAT MALAM saat orang terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat," (HR Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Fikiran jauh lebih segar
Tidur adalah istirahat yang sangat baik buat tubuh badan. Tidur dapat membantu seluruh organ berehat daripada setiap tugas berat, menambah kekuatan dan otak pun kembali bekerja dengan baik.
Alasan tersebut menjadikan solat tahajud dilaksanakan setelah bangun dari tidur. Fikiran akan lebih segar dan membuatkan gerakan solat kita juga jadi lebih khusyuk.
7. Mendapat keringanan ketika dihisab di akhirat
Ads
Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa mengerjakan solat tahajud dengan sebaik-baiknya dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan: 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat,"
4 macam di kemuliaan diakhirat adalah wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di hari pembalasan nanti, akan mendapat keringanan ketika dihisab, menyeberangi titian siratul mustaqim dengan sangat cepat seperti halilintar menyambar dan catatan amalnya diberikan ditangan kanan.
8. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Secara bio-teknologi, penemuan baru menyebut bahawa solat tahajud mampu meningkatkan daya tahan tubuh seseorang.
9. Solat yang paling afdal selepas 5 waktu
"Tak ada tempat berbagi ataupun mengadu yang lebih baik selain kepada Allah SWT. Solat tahajud menjadi salah satu ibadah yang paling afdal setelah solat 5 waktu sebagaimana sabda Rasulullah, "Seutama-utama solat sesudah solat fardu adalah solat sunat di waktu malam," (HR Muslim)
Selamat beramal!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun tinggal di negara yang merupakan minoriti bagi agama Islam, tetapi mereka tetap melakukan tuntutan ajaran agama termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Kali ini Remaja ingin kongsikan antara selebriti terkenal dunia yang menyambut Ramadan.
DJ Khaled
Penerbit muzik yang pernah memenangi Grammy Award ini merupakan seorang Muslim. Ibu bapanya berdarah Palestin dan berhijrah ke Amerika Syarikat.
Dia mengakui biasanya dia akan bekerja dan melancong ketika bulan Ramadan dan selebriti ini juga mengaku setiap kali ramadan dia akan berpuasa dan kemudian mengalami dehidrasi yang memaksanya untuk ke hospital.
Namun, DJ Khaled sedaya upaya melakukan ibadah puasa dan menjelaskan bulan Ramadan adalah saat paling indah.
Mona Kattan
Merupakan pengasas bersama dan Presiden Global bagi jenama popular Huda Beauty, Mona juga pernah ke kaca televisyen menerusi siri tv Huda Boss. Mona merupakan seorang warga Iraq-Amerika.
Ramy Youssef
Terkenal sebagai seorang stand-up comedian, pengarah dan penulis, Ramy pernah menerima gelaran Pelakon Terbaik Golden Globes. Dia dibesarkan sebagai seorang Muslim dengan gaya hidup yang mengamalkan ajaran Islam.
Mahershala Ali
Pelakon filem Moonlight ini memeluk Islam pada tahun 2000 dan dia secara terbuka memaklumkan bahawa dia seorang Muslim di Amerika.
Gigi & Bella Hadid
Pasangan adik-beradik ini merupakan model terkenal dunia yang berdarah Arab. Bapanya Mohamed Hadid dilahirkan di Palestin sebelum berpindah ke Amerika Syarikat. Supermodel ini turut menjalani ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri. Namun, dia mengakui apabila usia semakin meningkat, ditambah pula dengan kesibukannya dalam dunia hiburan dan menjadi seorang model, dia semakin lalai menjalani ibadah itu.
Penyanyi ini tidak ketinggalan meninggalkan mesej ‘Ramadan Mubarak’ kepada pengikutnya di media sosial ketika bulan Ramadan. Bekas anggota kumpulan One Direction ini juga mengakui berbangga menjadi sebahagian daripada masyarakat Islam yang dibesarkan dalam tradisi Islam.
Mo Salah
Walaupun bukan bergelar pelakon atau penyanyi, Mo Salah juga terkenal di seluruh dunia dengan kehebatannya bermain bola sepak. Setiap kali menjaringkan gol, Salah dilihat melakukan Sujud untuk meraikannya. Dia juga merupakan seorang Muslim yang taat berpuasa di bulan Ramadan.
Halima Aden
Model Muslimah ini mendedahkan bahawa selain berpuasa, cabaran terbasar sepanjang Ramadan adalah mengelakkan muzik. Sepanjang Ramadan dia cuba menjauhkan diri daripada semua muzik, ia bermakna tiada filem, tiada televisyen. Dia menggantikannya dengan alunan nasyid yang dikatakan lebik baik dan ‘halal’.
French Montana
Penyanyi rap Amerika-Maghribi ini merupakan seorang pengamal Islam yang lantang bersuara tentang isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam. Pada Met Gala 2019, penyanyi rap itu tetap setia kepada asal usulnya dan memakai thobe dan ghutra tradisional lengkap dengan agal bercetak untuk menandakan malam pertama Ramadan.
Semoga Ramadan ini memberi seribu makna buat umat Islam dan diampunkan segala dosa-dosa kita. InsyaAlllah!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bermula dengan sebuah rancangan kanak-kanak di TV2, pemilik nama Bella Dowanna kini sudah dikenali ramai hasil daripada bakat lakonan yang ditonjolkan menerusi naskhah dan karya tempatan.
Bercerita mengenai bidang pengacaraan, bekas pengacara rancangan popular kanak-kanak Chiki Boom ini menzahirkan perasaan rindunya untuk tampil sebagai hos menerusi rancangan televisyen yang ada.
Dia bagaimanapun percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan buatnya jika sudah tertulis dirinya bakal dipilih sebagai salah seorang pengacara menerusi program televisyen pada masa akan datang.
“Sudah semestinya saya nak, tetapi orang bak kata orang perlu tunggu rezeki yang datang sebagai hos semula selain kita juga perlu gilapkan semula kemahiran tersebut. Ya, saya tunggu rezeki itu datang dan kenapa tidak…
“Semestinya juga saya rindu, tetapi saya pada ketika itu (semasa kendali Chiki Boom) saya lakukan pengambaran ketika saya kanak-kanak, jadi saya punya rasa nak mengacara itu seperti tidak berapa rasa sangat.
“Tetapi apabila kini saya rasa setiap kerja yang kita lakukan itu memberi impak juga kepada kehidupan,” katanya kepada Remaja.
Bercakap pula mengenai cara gadis jelita ini untuk kekal relevan dalam industri seni tanah air, Bella memaklumkan yang dirinya sentiasa kekal merendah diri dan jauhkan daripada sifat sombong dengan orang sekeliling.
“Cara kekal relevan saya dalam industri ini adalah, saya kekal merendah diri, tidak sombong, tetapi yang paling penting sebagai seorang anak seni ini adalah kekal rendah diri sahaja dengan orang sekeliling,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahniah dari team Remaja untuk pelajar Sekolah Menengah Maktab Sabah, Nurasilah Adibah, 14 tahun yang baru saja dinobatkan sebagai pemenang anugerah “Most Outstanding Solo National” dalam pertandingan Tarian Piala Dunia di Sitges, Barcelona.
Merupakan penyertaan kali keduanya, penari kecil molek daripada kumpulan Tagap Dance Theatre, Nurasilah Adibah Abdul Rashid tidak menyangka penyertaan kali keduanya dalam pertandingan Tarian Piala Dunia di Sitges, Barcelona Jun lepas memberi pengalaman yang sangat berharga buat dirinya.
Dalam pertandingan itu Nurasilah Adibah, 14, dinobatkan sebagai pemenang anugerah ‘Most Outstanding Solo National’ selain membawa pulang masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa.
“Saya terkejut dan tidak sangka boleh menang anugerah itu sebab persaingan di sana bukan calang-calang (orang yang menyertainya),” katanya ketika ditemui media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Maktab Sabah itu berjaya memenangi pingat emas bagi kategori ‘Children Solo National Folklore’, ‘Junior Small Group National Folklore’ (perak) dan ‘Junior Small Group Hip Hop’ (gangsa).Anak bongsu daripada empat beradik itu turut mengakui walaupun telah aktif menari sejak berumur sembilan tahun namun bukan mudah menghayati tarian yang dibawanya ketika menyertai pertandingan itu.
“Alhamdulillah dengan bantuan koreografer, saya berjaya membuat persembahan dengan baik,” katanya.
Tahun lepas, Nurasilah turut menyertai pertandingan itu yang diadakan di Jerman namun tidak memenangi sebarang pingat.
Sementara itu, Ketua Kontinjen merangkap koreografer Tagap Dance Theatre Mohd Azizan Danial, 24, bangga kerana dari 46 buah negara, Malaysia menduduki tangga keenam apabila berjaya membawa pulang enam pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.
Beliau berkata sebanyak 21 kategori dipertandingkan termasuk balet, hip hop dan tradisional.
Katanya penari lain termasuk dari SK Pekan Kiulu, SJKC St James, Likas, Persatuan Tobilong Sabah Bersatu (TOBISA-Windbreeze) dan The Kookie Family yang berjaya meraih anugerah ‘Most Outstanding Group’.
“Seramai 64 peserta termasuk seorang dari Putrajaya menyertai pertandingan itu dan Tagap Dance Theatre hanya menghantar 15 peserta sahaja,” katanya.
Pertandingan pada 22 hingga 30 Jun yang diadakan pada setiap tahun itu dimenangi oleh tuan rumah Sepanyol, naib juara England dan tempat ketiga Portugal.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...