“Cucu Presiden US Mirip HAIM!” Lihat 10 STAIL Pilihan Di Perlantikan Joe Biden

Share

 

Akhirnya, Amerika Syarikat menerima Presiden baharunya dengan tangan terbuka.

 

Acara berlangsung secara gemilang meskipun dalam situasi berjaga-jaga akibat pandemik COVID-19, kira-kira tengah malam semalam, waktu Malaysia.

Ia menyaksikan Joe Biden dilantik secara rasmi sebagai presiden ke-46 Amerika Syarikat di samping Naib Presiden pertama wanita berkulit gelap, Kamala Harris.

And yes guys, ini merupakan peluang terbaik untuk semua orang hadir dengan stail fesyen yang meletop! Dah lama tak keluar rumah kan, sesekali apa salahnya.

Ini merupakan 10 momen fesyen yang membuatkan REMAJA teruja.

.

.

01

Bekas Presiden Barack Obama & Isteri, Michelle Obama

FOTO: JONATHAN ERNST.

Umpama ‘ayah dan ibu’ yang hadir melihat Amerika Syarikat kembali dipimpin oleh individu yang betul, Michelle Obama melakukan statement dalam persalinan Sergio Hudson berwarna monokrom yang terdiri daripada celana palazzo, turtleneck, kot labuh dan pada pendapat REMAJA aksesori terbaik malam tadi, tali pinggang dempak.

And talk about that voluptuous hair!

Tentunya, Barack tidak ketinggalan kelihatan segak dan saling melengkapi stail monokrom Michelle dalam persalinan all-black

dengan sedikit aksen biru gelap.

.

.

02

Naib Presiden, Kamala Harris

Okay, Kamala Harris secara automatik menjadi ikon fesyen dunia politik semalam dalam persalinan Christopher John Rogers . Ia adalah momen match-made-in-heaven bagi Naib Presiden Amerika Syarikat dan pereka fesyen berusia 27 tahun itu apabila mereka memilih warna ungu diraja.

Kamala menyarungkan kot paras lutut berpotongan A-line untuk dipadankan dengan dress berona sama. Ramai sebenarnya yang ternanti-nantikan siapakah pereka fesyen yang menjadi pilihan Kamala kali ini memandangkan beliau selalu memberi peluang kepada pereka fesyen berkulit gelap.

ARTIKEL BERKAITANNaib Presiden Wanita Pertama Amerika Syarikat. Siapakah Kamala Harris? – REMAJA

.

.

03

‘First Lady’ Amerika Syarikat, Jill Biden

Well, well.

Melengkapi tiga trio utama pada acara perlantikan adalah isteri Presiden Joe Biden iaitu Jill. Sepanjang berada di samping suaminya semasa acara kempen dan debat, Jill terkenal sebagai seorang yang gemarkan fesyen.

Namun persalinan biru akuamarin rekaan Markarian ini merupakan pilihan terbaik Jill setakat ini. Dari lapel kot, ke sarung tangan kulit, ke pelitup muka dan kasut, segala-galanya disuaipadan dengan baik.

Oh, Hi Trio!

Fashion repeats itself.

.

.

04

Presiden Joe Biden

FOTO: ALEX WONG.

Tentunya, the man of the week jatuh kepada Joe Biden yang tampak segak dalam persalinan sut Ralph Lauren. Nampaknya, pemilihan warna tali leher Joe mirip bekas presiden Barack Obama. Interesting..

.

.

05

Cucu Joe Biden

FOTO: ALEX WONG.

Natalie Biden

Ini merupakan antara momen kegemaran REMAJA apabila cucu Presiden turut menyarungkan persalinan monokrom. Paling kami gemari adalah trio ini yang memilih rona putih, merah jambu dan tan. Mereka terdiri daripada Naomi (putih), Maisy (tan) dan Natalie (merah jambu). 

Ahh is that you HAIM?

.

.

06

Lady Gaga

FOTO: WIN MCNAMEE.

Selaku persembahan pembukaan pada acara perlantikan, Lady Gaga tampil menyanyikan lagu kebangsaan dalam gaun rekaan Schiaparelli Haute Couture oleh Daniel Rose Berry persis gaun yang ditampilkan dalam filem Hunger Games!

Lebih-lebih lagi dengan aksesori burung Mockingjay pada bahagian kiri, Gaga memang tahu cara untuk menarik perhatian khalayak dengan pemilihan fesyennya.

.

.

07

Jennifer Lopez

Jika Gaga kelihatan seperti J-Law dalam filem Hunger Games, J-Lo pula membawa sedikit sass dan glamor dalam persalinan head-to-toe Chanel.

Tak kisahlah jika warganet mengatakan persembahan This Land Is Your Land oleh Jennifer semalam tidak semegah yang diharapkan (atau Lady Gaga pernah menyanyikannya dengan lebih baik semasa acara Superbowl HalfTime), Jennifer berada di situ untuk memberi sokongan kepada presiden barunya dan mewakili kelompok latin Amerika.

.

.

08

Anak Tiri Kamala Harris

FOTO: WIN MCNAMEE.

Kedua-dua anak tiri Kamala Harris ini bernama Cole Emhoff dan Ella Emhoff dan mereka juga mencuri tumpuan apabila diberikan peluang untuk berucap ringkas.

Okay lets talk fashion!

Ramai tertanya-tanya mengenai kot Ella dan ia adalah daripada jenama Miu Miu. Di sebalik kot tersebut, Ella memilih dress rekaan Batsheva

. Warganet segera memberikan ‘approval’ kepada stail Ella dan tidak sabar untuk menantikan ‘fashion moment’ seterusnya daripada remaja berusia 21 tahun itu.

.

.

09

Amanda Gorman

FOTO: WIN MCNAMEE.

Akhir sekali, kami amat gembira apabila penyajak remaja berusia 22 tahun, Amanda Gorman tampil dalam persalinan serba kuning untuk segmen deklamasinya berjudul The Hill We Climb.

ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Ini Jadi Penyajak Termuda Dalam Sejarah Perlantikan Presiden US – REMAJA

Amanda menyarungkan kot labuh dari Prada untuk dipadankan dengan kemeja putih dan skirt kulit hitam. But lets take a moment to appreciate the red head band and bejeweled mask.

Published by
FZ