Tidak dinafikan, apabila genap 100 hari ahli keluarga meninggal dunia, kita yang masih hidup akan mula membuat kepuk dan nisan di atas kubur. Malah kita juga akan membuat tempahan batu nisan bertulis nama arwah selain memasang marmar atas kubur agar nampak kemas dan terjaga.
Bukan itu saja, ada pelbagai hiasan dibuat termasuk meletakkan bangku di tepi kubur arwah hingga kadang kala menyukarkan sanak saudara kubur berhampiran untuk berteleku membacakan Al-Fatihah jika ziarah kubur.
Pelikkan, masa mak ayah hidup kita tak sibuk-sibuk pun buat rumah cantik-cantik untuk senangkan mata dan hati mak ayah tapi bila dah meninggal barulah kita buat binaan cantik. Bunyinya nampak macam kasar tapi seperti dikonsgikan oleh Ustaz Azhar Idrus, ia jelas satu kebodohan nyata. Ini kerana berlebihan menghias kubur boleh jadi bidaah dan silap-silap jadi haram kalau niat kita untuk menunjuk-nunjuk.
Bacalah perkongsian dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum hias kubur. Baca juga kenapa jadi bidaah yang dilarang dalam berlebihan menghias kubur.
Soalan:
Ads
Akhir-akhir ini banyak kita lihat orang-orang menghias kubur sedara mereka yang telah meninggal dunia seperti dibina binaan yang cantik-cantik atau disapu cat dan atau meletakkan batu nisan yang mahal harganya atau seumpamanya. Adakah dibolehkan menghias kubur seperti ini?
Jawapan:-
Membuat binaan tanpa sebab di atas kubur yang diwakafkan adalah bida’ah yang dilarang dengan larangan haram seperti membina rumah atas kubur tersebut atau diletakkan simen konkrit atau batu marmal yang besar dan mahal atau lainnya.
Ada pun meletakkan kurungan empat persegi samada yang diperbuat daripada kayu atau lainnya jika bertujuan mengelakkan dari digali oleh haiwan atau dilangkah atau dipijak orang akan kubur dengan syarat tidak ditanam ke dalam tanah sebahagiannya dan lagi tidak bersaiz besar sehingga mengambil ruang tanah yang lebih tanah kosong yang sepatutnya digunakan untuk mayat yang lain maka setengah fuqahak mengharuskannya.
Ads
Begitu juga dilarang menyapu cat dengan tujuan berhias kerana tidak disuruh oleh syarak menghias kubur melainkan kerana supaya dilihat bersih maka dibolehkan oleh setengah ulamak dengan tidak ada tujuan perhiasan dan tidak berlebih-lebihan.
Berkata Syeikh Umairah : قال الأئمة: وحكمة النهي التزيين أقول: وإضاعة المال لغير غرض شرعي Artinya : “Para imam mazhab berkata bermula hikmah dilarang berhias ialah kerana membazirkan harta cara yang sia-sia tanpa tujuan yang dibenarkan syarak.” (Hasyiah Umairah)
Tersebut pada kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah : يكره أن يبنى على القبر إذا لم يقصد بها الزينة والتفاخر وإلا كان ذلك حراما Artinya : “Dimakruhkan buat binaan atas kubur apabila tiada tujuan berhias dan berbangga-bangga. Dan jika bertujuan menghias kubur dan berbangga-bangga nescaya adalah hukumnya itu haram.”
Ads
Kesimpulan :-
Hukum membuat binaan atas kuburan adalah bida’ah yang dilarang melainkan kerana hajat seperti apabila kubur itu tidak dikepung maka akan dipijak orang atau jika tidak diletakkan simen di atasnya akan digali oleh haiwan buas maka diharuskan oleh setengah fuqahak dengan syarat tidak ditanam dan kecil serta ringan supaya mudah dialihkan ketika perlu. Syariat sama sekali tidak menyuruh menghiasi kuburan dan membazir kepada perkara yang tidak bermenafaat sedikit pun kepada mayat.
Mengecat kubur seperti nisannya dengan pelbagai warna dengan tujuan perhiasan adalah dilarang melainkan dengan tujuan supaya nampak bersih dan tidak dengan tujuan berhias.
Adalah satu kebobodohan yang amat nyata apabila ibu bapa masih hidup tidak dibaiki rumah mereka dan tidak dihias tempat mereka tinggal tetapi setelah mereka mati berlumba-lumba membuat binaan kubur dan nisan yang mahal-mahal supaya kelihatan cantik.
wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam, tular di media sosial video sekumpulan pelajar di Sandakan, Sabah dikatakan bergaduh di tempat awam. Menurut Sinar Harian, polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dan siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Elopura sekitar pukul 2 petang.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, punca pergaduhan sedang dikenal pasti dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan.
Sumber: TikTok
Dalam video tular itu kelihatan sekurang-kurangnya 10 pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah bergaduh dan turut kelihatan beberapa orang lelaki dewasa cuba meleraikan pergaduhan.
Pihak polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Inspektor Michael Goh menerusi talian 016-8741216 atau 089-203223.
Diharap agar tindakan sewajarnya diambil bagi membendung masalah pergaduhan pelajar sekolah ini daripada terus berleluasa. Remaja-remaja ini mungkin bakal menjadi pelapis dan pemimpin negara di masa hadapan, tetapi sekiranya kelakuan remaja seperti ini, bagaimana agaknya untuk kita membentuk seorang pemimpin akan datang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada angin, tiada ribut; rupa-rupanya yang ada adalah anak bulan.
Terdahulu, seluruh umat Islam di Malaysia sudahpun bersiap-sedia untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada lusa, 3 Mei 2022.
Namun, pengumuman Aidilfitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi telah mengubah segala-gala perancangan.
Kami pasti ramai yang masih belum membuat sebarang persediaan termasuklah menyediakan juadah Hari Raya, mengikuti takbir Aidilfitri di masjid serta surau dan tidak kurang juga yang masih belum bertolak pulang ke kampung halaman.
Di media sosial pula, warganet jelas sedang berdepan situasi ‘kalut’ untuk melakukan persediaan pada minit terakhir ini. Selebriti dan pempengaruh tempatan di antara yang menyuarakan rasa kelam-kabut yang mereka hadapi sekarang.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Terpaling Awal
Syaitan Pun Terkejut Bebas Dah Bebas!
Maggi Raya, Anyone?
KELAM KABUT . THAT’S THE TEA
Tengah Beli Baju Raya Lagi!
Anak Bulan Just Cannot Hold It In For A Day
Semua Kelam-Kabut Kecuali…
Dan Yang Paling Penting Adalah..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor pastinya mendapat perhatian netizen di media sosial.
Baru-baru ini, Neelofa telah pun memuat naik sebuah video posting di laman instagramnya dan mengumumkan bahawa dia turut serta dalam kempen yang dilancarkan oleh pereka fesyen Inggeris, Stella McCartney, iaitu #ThereSheGrows.
Kempen ini bertujuan untuk membantu menyelamatkan ekosistem Leuser di Indonesia dan peserta diminta untuk mendedkasikan mesej kepada seseorang sebelum meminta orang lain melakukan perkara yang sama.
Juara Pencarian Dewi Remaja 2009/10 ini mendedikasikan penghormatan ini buat anak saudaranya, Jebat Jayden.
“I would love for him to experience the greeneries when he grows up. I think it’s very important for us to leave a better and greener world for our future”
Neelofa ingin anak saudaranya merasai sendiri pengalaman kehidupan yang lebih segar dengan kehidupan hijau ketika dia membesar.
Ramai yang memuji tindakan selebriti ini kerana menyokong kempen tersebut dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia.
Bukan hanya Neelofa, selebriti antarabangsa yang lain juga turut menunjukkan tanda sokongan untuk menyertai inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di sekitar ekosistem Leuser. Antara selebriti Hollywood yang turut serta adalah seperti Gwyneth Paltrow, Drew Barrymore, Jimmy Fallon dan Justin Timberlake.
Congrats Lofa. Diharap ramai lagi anak muda yang menyokong dan tanamkan dalam diri untuk mencintai kehidupan hijau serta memastikan alam sekitar sentiasa terjaga demi masa hadapan generasi yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...