“Cukuplah Dengan Play Victim” Puteri Sarah Minta Suaminya Usah Putar Belit Cerita

Share

Nampaknya kemelut rumah tangga antara pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana masih belum berakhir apabila mereka dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.

Terbaharu, Puteri Sarah menjawab kenyataan yang telah dibuat oleh suaminya mengenai tindakan pengarah itu menyekatnya di aplikasi WhatsApp.

Menurut Sarah, Syamsul memutar belit cerita berhubung konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Bukan itu sahaja, bahkan pelakon berkenaan turut meminta Syamsul untuk berhenti mencipta ‘drama’ seolah-olah dia adalah mangsa keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Kedua-Dua Isteriku Tenang…” Pesanan Ringkas Syamsul Yusof Buat Puteri Sarah & Ira Kazar

Twistlah cerita selagi boleh. Tak apa lah nak minta lepas pun. Jangan lepas ini twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia. Cukuplah dengan ‘play victim’ (mangsa keadaan) dan menyalahkan,” tulisnya panjang.

Puteri Sarah tampil mencoretkan perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory, pada tengah pagi tadi.

Semalam, Puteri Sarah dalam satu perkongsian entri yang sama, meminta agar dirinya dilepaskan kerana dia tidak rela dimadukan dengan cara yang tidak mengikut syariah.

Pada hari sama, pengarah itu turut mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.

Jumaat lalu, pengarah filem Mat Kilau itu akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. Pengakuan itu dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya.

Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Puteri Sarah Liyana

Published by
Fath