Cukuplah! Ini Cara-Cara Putuskan Persahabatan Dengan Rakan Toksik

Share

 

Persahabatan – seperti mana-mana perhubungan lain – sebenarnya boleh terputus.

Dan sekiranya persahabatan korang bersama seseorang itu telah membawa lebih banyak negativiti berbanding kebaikan, tidak salah pun jika korang tinggalkan saja ‘rakan’ tersebut.

 

Dalam hati memang terdetik, sayang sangat untuk membuang persahabatan yang telah terjalin selama bertahun-tahun ini. Tapi umpama kanser, rakan toksik ini sebenarnya boleh membunuh jiwa kita secara perlahan-lahan.

Rakan toksik adalah seseorang yang membuatkan kamu merasa teruk dengan diri sendiri dan orang di sekeliling.

via GIPHY

Dia juga adalah seseorang yang tidak pernah putus asa untuk bercakap buruk di belakang korang, cuba menjatuhkan korang dalam diam, tidak boleh melihat seseorang ‘lebih’ daripada mereka dan berniat menghentikan korang daripada mengejar impian atau perancangan korang.

Oleh itu, cukup-cukuplah kita cuba mempertahankan persahabatan yang bersifat berat sebelah dan hanya menguntungkan si dia saja. Sedangkan diri korang terumbang-ambing, selalu perlu melayan kehendaknya; and at the end of the day getting hurt.

Tonton sajalah drama Korea, The World of the Married yang pernah popular pada tahun lalu.

Menerusi K-drama ini, watak utama Dr Ji Sun-woo (lakonan Kim Hee-ae) selalu dipermainkan oleh rakan toksik merangkap rakan sekerjanya, Dr Sul Myung-sook (lakonan Chae Gook-hee). Dengan perangai selalu talam dua muka Dr Sul ini, kita sebagai penonton memang membenci perangai rakan toksik sebegini.

ARTIKEL BERKAITAN : Episod The World Of The Married Telah Berakhir, Catat Rekod Tontonan Tertinggi Bagi K-Drama – REMAJA

Jadi, bagaimana sebenarnya cara terbaik untuk memutuskan saja persahabatan yang toksik?

 

01

02

 

03

 

04

*

So guys, are you up for it?

Cumanya, penulis mencadangkan agar korang menjelaskan keadaan sebenar kepada rakan toksik tadi. Janganlah tinggalkan dia begitu saja.

Sekurang-kurangnya apabila korang jelaskan pada mereka mengenai perangainya yang tidak kamu sukai, mungkin mereka baru sedar kesalahan yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Siapa tahu, persahabatan korang akan kembali terjalin dengan nafas yang lebih segar dan positif.

ARTIKEL BERKAITAN : Mohon Dijauhkan! 5 Jenis Rakan Sekerja Menjengkelkan Di Pejabat – REMAJA

Published by
FZ