Jumlah kes kematian akibat perbuatan membunuh diri dalam kalangan selebriti warga Korea Selatan semakin meningkat dengan kes terbaru yang melibatkan aktres, Yoo Joo Eun.
Pelakon wanita berusia 27 tahun itu yang popular menerusi drama Big Forest (2018) dan Joseon Survival Period (2019) disahkan telah meninggal dunia pada hari ini menerusi pengumuman oleh abangnya menerusi akaun Instagram milik Joo Eun.
Hantaran tersebut menunjukkan nota terakhir nukilan Joo Eun berserta kapsyen abangnya yang berbunyi, “Pada 29 Ogos, 2022, Joo Eun telah meninggalkan dunia ini untuk menuju ke tempat yang lebih menyelesakan. Kepada mereka yang berkesempatan, (anda) boleh memberikan penghormatan terakhir kepada Joo Eun. Berkenaan permintaan terakhirnya, saya kongsikan nota ini,” catatnya.
Surat yang dikarang oleh Yoo Joo Eunpula diterjemahkan seperti berikut;
“Saya tidak sedikitpun sedih sekarang. Malah saya merasa tenang. Mungkin kerana ini adalah sesuatu yang telah lama saya fikirkan.
“Saya telahpun menjalani kehidupan yang bahagia melebihi apa yang saya layak dapatkan. Kerana itulah, cukuplah setakat ini. Ini sudah cukup. Jadi silalah teruskan hidup tanpa menyalahkan sesiapa lagi.
“Saya beharap ramai orang yang akan dijemput ke pengebumian saya, dan saya ingin ‘melihat’ semua orang setelah sekian lama tidak dapat beruat sedemikian,” catatnya.
Tambah Joo Eun lagi, hatinya selalu kemaruk untuk bergelar seorang pelakon namun kehidupannya sebagai seorang selebriti tidak semudah yang disangka sehingga dia putus harapan.
“Having something you want to do is a blessing, but I realized that only wanting to do that thing is a curse..”
“Tuhan mengasihi saya, jadi Dia tidak akan menghantar saya ke neraka. Dia akan memahami perasaan saya dan akan terus mengambil berat ke atas saya. Kerana itulah, semua orang tidak perlu risau.
“Dan kepada semua perhubungan yang telah saya jalinkan terutamanya dengan cikgu-cikgu saya, saya amat berterima kasih dan saya hormati anda semua. Terima kasih di atas tunjuk ajar anda.
“Ibu, ayah, saya kasihi anda. Jangan menangis. Tolong,” simpulnya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Bertindak Segera, Harapan Terbina”, 10 September Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia – REMAJA
Sekiranya korang mengalami sebarang gangguan emosi dan memerlukan seseorang bagi mendengar luahan hati korang, jangan teragak-agak untuk menghubungi talian Befrienders di 03-76272929 yang dibuka 24 jam sehari.
BACA LAGI : “Saya Cabar Anda..” Henry Golding Bimbang Kenaikan Kes Bunuh Diri Malaysia – REMAJA
SUMBER : Naver
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.