Terbaru, pada 19 September, agensi penyanyi terkenal, Jennie BLACKPINK, OA Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pertemuan Jennie dan BamBam GOT7 di sebuah restoran Jepun terkenal di Los Angeles, Amerika Syarikat yang tular di media sosial.
OA Entertainment menjelaskan bahawa Jennie dan BamBam merupakan kawan rapat yang hanya berjumpa untuk meluangkan masa bersama.
“Khabar angin mengenai percintaan Jennie dan BamBam adalah tidak benar”
“Mereka berdua yang merupakan rakan terdekat itu baru sahaja berjumpa dan makan di Amerika Syarikat,” jelas kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, menurut laporan lain, kedua penyanyi terkenal itu juga dilihat ditemani oleh pengurus masing-masing.
Selain itu, selepas selesai makan, keduanya hanya didapati berbual, berseronok, sambil berjalan mengisi masa lapang.
Sebelumnya, gambar Jennie dan BamBam tersebar sehingga menyebabkan mereka dikhabarkan menjalin hubungan cinta.
Sekadar info, Jennie akan membuat kemunculan menerusi program siri realiti JTBC ‘My Name is Gabriel’ pada 27 September ini. Sementara BamBam baru sahaja selesai menjalankan promosi bagi mini album ketiganya berjudul ‘BAMESIS’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Untuk #PRU14, Anak Muda Tolak Politik Umur & Bangsa. Ini Sebabnya
Tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun ini masih belum diketahui. Namun, rakyat Malaysia rata-rata sudah bersedia untuk menempuhinya, kecuali golongan pengundi muda atau dipanggil sebagai first timer voters ini.
Seperti kebiasaan, saat kali pertama kita melakukan sesuatu, pasti rasa ragu-ragu itu wujud.
“Betul ke cara ni, adakah keputusan aku ini tepat atau apakah hasil daripada tindakan aku?”
Di sebalik ketidak pastian itu, kami yakin ada satu perkara yang akan dipersetujui oleh semua golongan muda tanpa mengira kepercayaan parti. Kami semua sama sekali tidak menyokong politik yang berpaksikan bangsa dan sama sekali tidak menyokong politik yang berpaksikan umur.
* * * * *
Mudah bagi masyarakat untuk menjatuhkan persepsi kepada golongan muda. Kononnya, kami generasi yang disuap, kami tidak tahu erti kepayahan zaman dan kami tidak mengerti apa itu politik dan inti patinya.
Maka, mengapa generasi muda harus ‘kesah’ mengenai hala tuju politik negara? Mengapa mereka perlu menagih perhatian agar suara mereka didengari.
Semua persepsi sempit itu mungkin boleh berkesan 30 atau 40 tahun yang lalu. Kini, golongan muda bukan lagi boleh dianak tirikan apabila tiba masa untuk meluahkan hasrat dan pendapat mereka.
Artikel Berkaitan: 6 Langkah Di Pusat Mengundi Untuk First Timer
Salah satu daripada hasrat tersebut adalah untuk melihat hentinya sentimen umur dan bangsa ketika masyarakat memilih teraju negara tidak lama lagi melalui Pilihan Raya Umum 2018.
Ahli politik muda daripada kedua-dua cabang Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) pada amnya menyokong cadangan agar sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan dilakukan secara terbuka, tulus dan centralized.
Namun, apabila tiba masa untuk menghentikan politik yang bersifat umur dan bangsa, semua orang berdiam diridan mengundur ke belakang. Kata mereka, ahli politik muda tidak mempunyai kuasa dan hak untuk berdepan dengan ombak majoriti senior yang sudah terbiasa dengan sentimen umur dan bangsa.
Apa saja masalah yang dihadapi, umur dan bangsa akan diungkit dulu. Demi memancing undi, umur dan bangsa dijadikan faktor utama. Sampai bila strategi lapuk umur dan bangsa ini akan diteruskan jika kita ingin melihat negara berkembang; bukan saja dari aspek pembangunan fizikal tetapi juga dari aspek mentaliti individu serta masyarakat.
Eksko pemuda UMNO, Rahman Husin pernah berkata, politik bersifat bangsa adalah hasil daripada sistem supply & demand.
Dalam bahasa mudah, jika masyarakat di sesuatu kawasan majoritinya adalah dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama, maka figura pemimpin yang akan tercalon juga haruslah seiring dengan identiti masyarakat. Bukannya disebabkan kebolehan dan perwatakan kemimpinan yang ada.
Syed Saddiq Abdul Rahman pula berkata institusi politik Malaysia harus terlebih dahulu dibebaskan daripada konkongan umur mahupun bangsa. Dalam dialog bersama Sinar Harian bulan lalu, Syed Saddiq berpendapat politik Malaysia masih mampu melihat gabungan pemimpin berpengalaman dan pemimpin baru.
#majalahremaja Mungkin dah tiba masa anak muda macam Syed Saddiq dan ramai lagi ke depan. Setuju? pic.twitter.com/y0IaxKecDU
— Remaja (@majalahremajaMY) April 4, 2018
Namun, sekiranya tampuk kepimpinan parti pembangkang juga masih dipelopori oleh pemimpin berusia 93 tahun (Tun Mahathir), Datuk Seri Dr Wan Azizah (64), Datuk Seri Anwar Ibrahim (70) mahupun Lim Kit Siang (76), peluang untuk melihat suara dan pengaruh golongan muda dalam kepimpinan negara dilihat amat samar.
Mahu atau tidak, kita harus akui bahawa sukar untuk golongan pemimpin senior menukar corak pemikiran dan cara pentadbiran. Sama ada BN mahupun PH, kedua-duanya enggan mengubah formula pentadbiran lama.
Terma ‘berubah’ dalam hal ini bukan setakat mengubah tampuk kepimpinan negara. Namun, golongan muda ingin melihat perubahan yang lebih mendalam. Mampukah kerajaan yang akan datang meninggalkan formula lapuk politik umur dan bangsa di mana mereka tidak lagi memisahkan kepentingan dan keperluan rakyat berdasarkan kategori?
Mampukah? Sebagai pengundi muda, kamu mampu mencorakkan perubahan tersebut pada Pilihan Raya Umum kelak.
Raffi Ahmad Terima Ijazah Doktor Kehormat Di Thailand, Tapi ‘Kantoi’ Bila Netizen Buat ‘Kerja’
Tahniah diucapkan buat pelakon negara jiran kita, Raffi Ahmad apabila memaklumkan dia menerima gelaran doktor kehormat dari UIPM, Thailand.
Pelakon tersebut menerima gelaran tersebut dari Profesor Kanoksak Likitpriwan selaku Presiden UIPM di Thailand. Kata Raffi, gelaran itu diterima atas penglibatannya selama 23 tahun di dalam industri hiburan.
Namun, IJAZAH Doktor kehormat yang diterima oleh pelakon Raffi Ahmad menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mendakwa lokasi universiti memberi pengiktirafan itu tidak wujud.
Kompas melaporkan, seorang warganegara Indonesia yang menetap di Bangkok, Thailand memuat naik ciapan di laman X memberitahu dia berusaha menjejaki Universiti Institute Professional Management (UIPM) yang beralamat di Vibharadi-Rangsit 64 Yeak 3.
Namun carian itu gagal kerana tiada sebarang kampus ditemui melainkan sebuah hotel.
“Saya sampai masuk ke bangunan itu dan bertanyakan kepada penyambut tetamu tentang kebenaran alamat universiti itu di laman web UIPM. Ternyata bukan kampus,” tulisnya.
Dalam pada itu, terdapat beberapa kemungkinan kerana UIPM turut mempunyai tiga lagi cawangan di Rusia, Amerika Syarikat dan Indonesia.
Pengguna X yang dikenali sebagai Niar Ibrahim Rose itu turut mahu mendapatkan kepastian daripada Raffi tentang lokasi sebenar kampus yang dimaksudkan penyanyi berkenaan sebelum ini.
“Jadi sebenarnya pejabat kampus UIPM ini ada di Bangkok, Bekasi, Russia atau Amerika ya Raffi?” soalnya.
Carian Alamat UIPM
Sementara itu, menerusi ruangan komen ada netizen yang turut mencari alamat UIPM di Amerika Syarikat menerusi carian peta di internet namun sama seperti di Thailand, alamat yang tertera adalah kawasan kediaman dan bukannya kampus universiti.
“Kalau di Amerika dilihat dalam peta cuma ada rumah orang, tak ada pun nama UIPM tertera di peta. Ada yang boleh jelaskan perkara ini,” tulis netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
BACA LAGI : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi
8 Barangan Unicorn Untuk Mereka Yang Super Cute
Tahu tak, it is trendy to be cute again.
Penulis tahu, ramai remaja cuba membuang imej comel dan ingin dikenali sebagai seorang yang lebih matang dan diambil serius oleh semua orang.
Namun, trend barangan terkini yang menemui pembeli pada tahun 2019 menunjukkan bahawa looking cute is in, again!
Buktinya, banyak barangan yang diinspirasikan daripada imej dan warna unicorn ada di pasaran sekarang.
This is for you, super cute girl.
Kabel USB
Okay kenapa kena ada barang secomel ini?!
Bagi yang ada masalah dengan kabel telefon selalu terputus atau rosak, mungkin ini akan membantu. TYPO RM17.50
Pen
Ia bukan hanya pen biasa, it is a punching unicorn pen. Tengah stres tak dapat jawab soalan peperiksaan, just punch away your paper hehe.. TYPO RM30
Plushy
Tidak, kamu bukannya kebudak-budakan jika sukakan soft toy Sagoskatt ini. Ia adalah produk baru di IKEA yang direka khas oleh kanak-kanak di China bernama Peixin yang berharap agar lebih ramai orang akan gembira dengan adanya unicorn hasil lukisannya ini di bilik masing-masing. IKEA RM29.90
Head Phone
REMAJA rasakan korang pasti akan lebih bersemangat untuk menyiapkan kerja di laptop apabila mendengar muzik dengan head phone unicorn ini. H&M RM109.95
Beanies
How cute! Beanie ini adalah sempurna untuk masa weekend korang bersama kawan-kawan yang lain over lunch. Hanya swipe up untuk menukar warna unicorn kepada silver.
H&M RM38.95
Sling Bag
Kalau korang inginkan vibe comel, beg silang ini adalah item terbaik untuk mendapatkan imej tersebut. Ia juga aksesori pilihan REMAJA untuk ke konsert Good Vibes pada tahun ini.
H&M RM38.95
Highlighting Kit
Cantik sangat packaging dia! Bedak ini akan meratakan tona kulit wajah dan sedikit complexion kemerah-merahan.
Guerlain Meteorites Compact Revealing Powder SEPHORA RM269
Unicornetto
Cornetto memperkenalkan ais krim gula-gula kapas bercampur sos strawberi dan marshmallow pertamanya di Malaysia. Dikenali sebagai Unicornetto, ia kemudian ditabur dengan rice ball berwarna-warni.
Haa, makan aiskrim tu jangan lupa pula untuk menyertai pertandingan Unicornetto di Instagram.
Korang boleh memuat naik gambar aiskrim dengan caption kreatif (seperti di atas) dengan hashtag #MYUnicornetto dan korang berpeluang untuk memenangi percutian 2 orang ke Pulau Unicorn di Filipina! Pertandingan ini akan berakhir pada 28 April ini.
Selain itu, satu lagi pertandingan oleh Cornetto dan GRAB juga sedang berlangsung sehingga 17 Mac kelak. Terdapat 50 buah kenderaan GRAB di sekitar Lembah Klang yang akan dihiaskan seperti unicorn. Tangkap gambar GRAB car tersebut dan muat naik di Instagram dengan hashtag #MYUnicornetto & #GrabAUnicornetto.
Mana tahu korang boleh memenangi hadiah berupa unicorn, seperti barangan 1-7, love!