Pelakon terkenal Korea Selatan, Go Min Si baru-baru ini mendedahkan rahsia bagaimana berat badannya mampu turun sehingga mencapai 43 kilogram bagi menjayakan watak Yoo Seong Ah dalam drama bersiri ‘The Frog’ yang ditayangkan pada Ogos lalu.
Go Min Si (29) sudah pun terkenal sebagai salah seorang pelakon yang berdedikasi terhadap kerjayanya sepanjang berada dalam industri dan sejak kebelakangan ini beliau mengaku bahawa setiap hari, makanan hariannya sangat terhad ketika melakukan diet tersebut.
Menurut Min Si, setiap hari dirinya hanya mengambil secawan kopi latte ais, sehelai rumpai laut berperisa, dan dua biji telur rebus.
Katanya, transformasi melalui diet melampau ini merupakan sebahagian dari persiapannya untuk wataknya melibatkan adegan fizikal dan menunjukkan tubuh badan yang ramping.
Ads
Jelasnya lagi, penurunan berat badan yang sangat mendadak ini memang disengajakan dengan tujuan memberikan penampilan karakter yang lebih semulajadi dan ngeri kepada beberapa adegan kejam dalam drama berkenaan.
Meskipun menjalani diet ketat, Min Si justeru mengaku bahawa dirinya mampu lebih fokus ketika makan dalam kuantiti sedikit.
“Saya boleh lebih fokus kalau makan sedikit. Sejujurnya, fikiran saya lebih jelas sewaktu lapar. Kalau saya makan, saya akan cepat mengantuk tapi macam sekarang makan sikit boleh buatkan fikiran saya lebih tajam dan waspada dengan keadaan sekeliling,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, walaupun terdahulu berat badan pelakon ‘Sweet Home’ ini pernah mengalami naik turun sehingga mencapai berat 58 kilogram semasa penggambaran ‘The Witch’. Min Si mampu menyesuaikan berat badannya dengan cepat dan kadang-kadang mampu turun sebanyak 3 kilogram dalam masa sehari.
Ads
Selain itu, dirinya juga menegaskan bahawa dia merasa lebih bersemangat dan mampu menunjukkan komitmennya dengan lebih baik dalam menjayakan wataknya dalam drama The Frog.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Go Min Si bakal muncul menerusi drama romantik berjudul ‘Your Taste’ bersama Kang Ha Neul yang dijadual bakal ditayangkan pada tahun 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Dato’ Sri Rossa sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Populariti penyanyi asal Indonesia yang memuncak menerusi lagu-lagu hit menjadikan beliau seorang ikon dalam dunia muzik Nusantara.
Sama ada anda tahu atau tidak, penyanyi bersuara merdu ini memiliki seorang cahaya mata lelaki. Diberi nama Rizky Langit Ramadhan, persona dan juga wajah kacak remaja berkulit putih bersih dan berambut panjang ini membuatkannya menjadi perhatian.
Bakal Menginjak Usia 16 tahun
Rizky Langit Ramadan bakal menginjak usia 16 tahun pada 3 Oktober 2022. Dia dilahirkan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa bulan suci ramadan, oleh itu namanya diakhiri dengan kalimah Ramadhan.
Bapanya Merupakan Seorang Pemuzik
Rizky merupakan anak tunggal Rossa Hasil perkongsian hidupnya dengan dengan bekas suami, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali dengan nama Yoyo. Dia merupakan bekas pemain dram kumpulan PADI.
Tinggi Melangit
Jika dilihat dari gambar yang dimuat naik di dalam media sosial, Rizky terlihat sangat tinggi apabila berdiri disamping kedua orang tuanya. Biarpun masih muda ketinggiannya dikatakan sudah mencecah 176cm.
Berbakat Dalam Dunia Muzik
Mungkin dia belum lagi bergelar seorang penyanyi mahupun pemuzik, namun dalam beberapa hantaran video yang dimuat naik bapanya. Rizky tampil menyanyi dalam acara kecil-kecilan yang dianjurkan keluarga. Boleh tahan sedap juga suaranya!
Akrab Dengan Ibu
Sebagai anak tunggal kepada Rossa, Rizky dilihat sangat rapat dengan ibunya. Rossa sendiri acapkali memuat naik sesi pemotretan mereka bersama dalam pelabagai jenis busana dan telatah mereka membuatkan siapa yang melihat akan tersenyum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Rossa & Yoyo Prasetyo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecoh baru-baru ini apabila papan iklan elektronik yang memaparkan perkhidmatan ‘sugar daddy’ di sekitar kawasan Kuala Lumpur mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.
Paling menakutkan, iklan sebegini memberikan kesan yang buruk buat masyarakat terutamanya para remaja.
Memetik laporan ProjekMM, salah satu papan iklan itu terletak tidak jauh dari sebuah masjid di Bangsar Baru dengan memaparkan seorang wanita sedang tersenyum sambil memeluk bahu seorang lelaki berumur. Difahamkan iklan tersebut telah beroperasi sejak 3 Disember lalu.
Tinjauan dari Facebook syarikat yang bertanggungjawab memaparkan iklan itu, ia merupakan perkhidmatan rangkaian dalam talian yang memberi tumpuan kepada privasi pelanggan untuk membina hubungan dengan imbuhan secara sah. Bagaimanapun perkongsian maklumat tersebut di Facebook itu menerima kecaman daripada netizen.
Isu ini telah disuarakan oleh netizen kerana pelik dan hairan bagaimana pihak berkuasa boleh melulus dan membenarkan iklan perkhidmatan sedemikian dipaparkan di tempat awam.
Aduan netizen berkaitan iklan itu telah diterima dan kemudian diturunkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Menurut wakil rakyat Lembat Pantai, Fahmi Fadzil memaklumkan setakat jam 10 malam tadi, iklan itu telah dibuang kerana tidak sesuai dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Iklan ini telah diturunkan. Ia tidak mendapat kelulusan. Siasatan akan dilakukan. https://t.co/9v456ktsg4
Bagaimanapun, masih menjadi tanda tanya bagaimana iklan seumpama itu boleh disiarkan di papan iklan besar di kawasan tumpuan orang awam. Harap remaja di luar sana tidak senang terpengaruh dengan iklan-iklan negatif ini. Di harap pihak berkuasa lebih berhati-hati ye!
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, dalam tempoh setahun saja, anak perempuan kepada Dato’ Sri Vida ini berjaya mengembangkan bakatnya dalam arena seni tanah air.
Penulis masih ingat pesona pemalu yang dimiliki oleh pemilik nama Nur Edlyynn Zamilleen yang mesra dengan panggilan Cik B ini semasa REMAJA pertama kali bersua mata dengannya untuk penggambaran cover Majalah Remaja isu Oktober – Disember 2019.
Pada waktu itu, Cik B yang ditemani oleh penolong peribadi dan pemandunya pada awalnya kelihatan sedikit kekok untuk berada dalam ruang yang dipenuhi oleh juru solek, juru gambar, penata gaya, kru penggambaran dan sebagainya.
Namun perlahan-lahan, dia berjaya juga untuk menyesuaikan diri and look where she is now.
Selain menjadi salah seorang selebriti jemputan bagi program Sepahtu Reunion awal tahun ini, Cik B juga beranikan diri untuk menerima pelawaan membintangi drama pertamanya berjudul Lelaki Lingkungan Cinta.
Tup-tup, kini gadis berusia 15 tahun itu telahpun melancarkan debut single berjudul Tolonglah semalam di bawah terbitan Seventeen 11 Music. Ternyata pengaruh Cik B amat hebat apabila video muzik tersebut berjaya mencatatkan lebih daripada 300,000 tontonan dalam masa 20 jam saja.
Apa yang membuatkan ‘Tolonglah’ menarik adalah apabila lagu tersebut ditulis dan dihasilkan sendiri oleh Cik B bersama ibunya, Dato’ Sri Vida. Idea asal hadir daripada Cik B manakala muzik video ini diarahkan oleh ibunya sendiri.
Pergh, tak boleh cari makanlah orang lain dalam industri macam ni! Hehe..
Penulis gemarkan bait-bait lirik lagu ‘Tolonglah’ kerana ia mudah untuk kita hayati. Ini 5 bahagian yang kami gemari.
*
Amacam, boleh relate tak?
Jom tonton video muzik ‘Tolonglah’ dan berikannya the like it deserves!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...