“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.
Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapa pun. Cuma niat nak menolong sahaja,” tulis beliau.
Ebit memaklumkan, semasa pertemuannya dengan wakil kerajaan Palestin itu, mereka turut berbincang untuk mengadakan program di Palestin pada masa akan datang.
Saya bersetuju bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk projek ‘Cultural Exhibition of Heroism and Sacrifice’. Demi maslahat anak muda remaja di sana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga sudah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid.
Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi, ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban,” katanya lagi.
Justeru itu, Ebit Lew berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah…moga Ustaz Ebit Lew terus diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan misi kebajikan beliau.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew