Curi Masa 5 Minit Angkat Kaki Ke Atas, Lakukan Senaman Ini Banyak Manfaatnya

Share

Ya, mengamalkan posisi yoga dengan mengangkat kaki ke atas sebenarnya banyak manfaat untuk kesihatan kesihatan.  Bukan sahaja untuk badan tetapi minda dan jiwa juga

ARTIKEL BERKAITAN : 16 Senaman Untuk Kecilkan Perut & Pinggang Yang Korang Boleh Buat Di Rumah

Kita cuma perlu lakukannya sekurang-kurangnya lima minit untuk dapat 6 kelebihan ini.

Foto Via Pexels

1. Melancarkan sistem peredaran darah

Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.

2. Kaki terasa lebih ringan

Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.

3. Kurangkan stres

Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stres.

4. Meningkat kualiti tidur

Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.

5. Kurang sakit bahagian belakang

Ketika melakukan gerakan ini, tekanan dari bahagian belakang dilepaskan membuatkan kita rasa lebih relaks.

6. Kurangkan kaki yang bengkak dan kejang

Bagi mereka yang sentiasa berdiri atau duduk seharian lakukan gerakan ini untuk elakkan masalah bengkak atau kejang.

TIP

  • Ketika melakukan pergerakan ini, elakkan posisi hingga 90 darjah, kerana ia boleh mengangggu perjalanan darah di bahagian pinggul.
  • Sebaliknya jarakkan sedikit bahagian pinggul dari dinding, letakkan juga bantal untuk memberi keselesaan.
  • Dalam tempoh lima minit ini dalam keadaan tenang tarik dan hembuskan nafas melalui hidung.

Selamat mencuba!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana