Penulis pernah melihat lukisan potret Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum ini.
Namun ini adalah kali pertama penulis melihat karakter Lego yang direka khas untuk Perdana Menteri Malaysia dan isteri beliau tersebut. Dibuat khas oleh Vincent Kiew yang merupakan pengumpul tegar koleksi Lego, beliau berkongsi foto binaan Lego yang comel itu di Facebook.
Sekejap saja, pengguna media sosial pantas memuat naik semula foto tersebut di pelbagai platform media sosial.
Seperti biasa, lego Tun M memakai Bush Jacket berwarna kelabu beliau. Cuma kelibat 2 pen di poket yang tiada. Manakala Tun Siti Hasmah mengenakan baju kurung dengan beg tangan berwarna putih.
Hhm, ada yang kata warna baju kurung tersebut ungu cair, ada yang kata merah jambu. Korang rasa warna apa sebenarnya ini?
Apa-apa pun, Vincent mendapat inspirasi ini daripada cinta di antara dua figura penting Malaysia ini serta kejayaan Tun Dr. M kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
“Cerita cinta antara Tun M. dan Tun Siti Hasmah membuatkan kita semua turut menghargai hubungan kita dengan pasangan masing-masing,” kata Vincent lagi.
Tip Mudah Untuk Dapat Kerja Di JobStreet, Ini Yang Perlu Korang Buat
Isi Kandungan
ToggleZaman sekarang ni bukan mudah nak dapat kerja. Korang kena rajin cari peluang dan sentiasa alert dengan iklan-iklan jawatan kosong.
Apa yang korang boleh buat adalah dengan mengakses pelbagai website jawatan kosong seperti JobStreet dan bila dah jumpa jawatan yang sesuai, janganlah malas nak apply pula.
Kali ni kami nak kongsi kan tip mudah untuk dapat kerja melalui Job Street bagi mereka yang tengah mencari atau nak bertukar kerja.
1. Lengkapkan info
Pertama sekali, lengkapkan segala info yang diminta dan sentiasa update dari semasa ke semasa.
Bagi fresh graduate yang tiada pengalaman kerja, korang boleh letak pengalaman masa internship. Expected salary tu korang kaji la berkaitan bidang yang diambil.
Selalunya tawaran untuk fresh grads dalam RM1800-RM2500 bergantung kepada syarikat tersebut.
2. Resume
Buat seringkas yang boleh asalkan padat dengan info dan senang untuk difahami. Tak terlalu fancy, banyak warna dan pilih gambar terbaru yang kemas.
Rata-rata resume senior yang sudah bekerja kalau dirujuk kembali, resume mereka semuanya ringkas, padat dan hanya berwarna hitam putih.
Macam skills, pengalaman semua tu korang boleh try google untuk dapatkan ayat yang lebih baik.
Kalau dah siap edit resume tu, boleh upload seperti berikut:
3. Sentiasa alert dengan tawaran kerja
Selepas tu, korang kena selalu tengok job yang paling terbaru ‘Kak Lina’ post. Kalau ada warna biru maknanya kena dengan preference yang korang letak.
Buka bahagian jobscope dan faham betul-betul. Biasanya untuk fresh grads, pekerjaan yang sesuai memerlukan dalam satu atau dua pengalaman bekerja.
Ada yang mereka tinggalkan email dan kalau nak apply tu biarlah pada office hour. Kalau dah terlambat tu lebih baik save je dulu job tu.
4. Syarat keutamaan: Bahasa ketiga
Ada yang risau bila tengok syarat keutamaan bahasa ketiga dan terus tak apply. Apply je sebab ada yang company dia akan call juga.
Walaupun tak boleh berbahasa Cina, tetapi ada juga calon yang dipanggil untuk interview. So, jangan takut dan try je apply.
Masa sesi interview, standby berlatih cakap Cina kenalkan diri, umur, nombor telefon, tinggal di mana dan minat korang. Biasanya tu je yang mereka tanya. Basic.
5. Jangan biarkan CV kosong
Boleh letak ayat dekat CV korang tu. Ringkas je dah cukup. Macam ‘Here I attached my resume.. Hope to see you for discuss about this position..”
Jangan biarkan kosng pula, atau ayat seketul-seketul.
6. Deadline
Setiap job yang syarikat tu iklankan mesti ada deadline. So please alert dengan segala benda. Email resume dengan cover letter korang. Untuk subject tu korang tulis la position yang dipohon. Cara ni pun cepat dapat respon daripada syarikat tersebut dan nampak lebih proper.
Semoga tip berguna ini boleh membantu korang untuk memudahkan urusan mencari kerja. Good luck guys!
Sumber: Mia Adnan
Isu Batal Konsert: Aisha Retno Harap Dapat Selesai Secara Baik & Tertutup Dengan Penganjur, Mahu Fokus Karier Nyanyian
Penyanyi versatil, Aisha Retno berharap isu yang melibatkan dirinya dengan pihak penganjur konsert dapat diselesaikan secara baik.
Dalam temu bual bersama Remaja, Aisha juga menyatakan bahawa dia lebih memilih untuk menyelesaikan masalah ini secara tertutup, tanpa memperbesarkan hal tersebut kepada khalayak ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Pembatalan Konsert, Penganjur Tuntut Aisha Retno Bayar Semula Baki Pinjaman Berjumlah RM77,000!
“Saya cuma nak cakap all the best untuk pihak penganjur konsert tersebut. Apa pun yang terjadi, semoga semua dapat selesai dengan baik kerana saya tak suka drama. Kalau pihak sana nak jumpa saya sekarang, jom. Buat semua secara tertutup, senang.
“Ia kerana khalayak tak perlu tahu hal kita ini dan nanti orang di luar sana akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Jadi sebelum kita spill siapa yang benar dan salah, lebih baik kita bincang secara tertutup dahulu,” katanya.
Selain itu, pelantun lagu popular Sutera itu menegaskan bahawa perbincangan yang baik tanpa menuding jari adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Penganjur Seolah Menyalahkan, Saya Rasa Ini Penindasan…” Aisha Retno Tampil Beri Penjelasan
“Kalau kita boleh berbincang dengan baik, instead of menuding jari dan sebagainya yang kurang sihat bagi saya dalam industri muzik ini, saya rasa ia lebih baik. Itu yang saya boleh katakan. Yang lain saya akan beri keterangan dengan lebih lanjut nanti.
“Walaupun keadaan masih kurang baik dengan pihak sana, tapi saya tetap mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga terbuka hatinya untuk melakukan perkara-perkara yang baik, Insya-Allah,” tambah Aisha lagi.
Pada masa sama, Aisha turut berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan membawa kebaikan untuk semua.
Mengenai sokongan yang diterimanya pula, Aisha berkata, dia sangat menghargai sokongan daripada keluarga, rakan selebriti, dan pasukannya yang memberi kata-kata semangat walaupun mereka belum mengetahui cerita sebenar.
“Dan selepas ini kita sama-sama boleh meneruskan semula karier seperti biasa dan semoga tahun depan kita buka lembaran baharu. Moga dapat cepat habiskan kes ini dan baik-baik sahaja, Insya-Allah.
“Saya boleh katakan saya ada sokongan yang cukup baik daripada keluarga, rakan selebriti, dan team saya yang memberikan kata-kata semangat kepada saya walaupun mereka tak tahu lagi cerita sebenar tetapi mereka sokong sahaja saya,” ujarnya.
Aisha juga menganggap segala cabaran yang dilalui pada tahun ini sebagai satu proses pembelajaran.
“Ya, saya masih baru lagi dalam industri muzik ini. Dan mengajar saya lebih giat lagi untuk berkarya selain berguru dengan seseorang dalam bidang ini. Ini adalah proses pembelajaran bagi saya.
“Apa sahaja yang terjadi dalam hidup saya tahun ini, saya cuba ambil sebagai hikmah. Mungkin Allah nak beri ganjaran yang lebih besar lagi di masa akan datang, Insya-Allah,” kata penyanyi lagu Samudera itu.
Terdahulu, penganjur konsert, Kharisma Music International, Yuka Kharisma, telah menuntut penyanyi versatil, Aisha Retno untuk membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi menjayakan persembahan Aisha di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Mac lalu.
Menurutnya, Konsert Malam Sutera Aisha Retno yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu merupakan cara untuk Aisha membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan.
Namun, disebabkan jualan tiket yang tidak memuaskan dengan hanya 98 tiket terjual, Yuka berharap pihak Aisha dapat melunaskan baki pembayaran yang masih tertunggak, iaitu sebanyak RM77,000 selepas Aisha membuat pembayaran sebanyak RM6,000 pada Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penuh Dengan Aksi ‘Darah’, Filem Rambo: Last Blood Memang Berbaloi
Cuba tanya dengan ayah korang tentang filem Rambo, confirm mereka memang ‘layan’ filem aksi lakonan daripada pelakon legend Sylvester Stallone sejak tahun 1982 lagi menerusi Rambo First Blood.
Selepas empat buah filem dihasilkan, Rambo kini sudah pun sampai ke siri terakhirnya dan sudah tentu peminat filem ini mahu kan satu pengakhiran yang berbaloi.
Apa yang boleh kami katakan, filem Rambo: Last Blood ini memang awesome dan korang takkan menyesal keluarkan duit untuk membeli tiket filem ini.
Rambo: Last Blood mengisahkan tentang John Rambo, veteran Perang Vietnam yang perlu berhadapan dengan kartel dadah dari Mexico untuk menyelamatkan anak angkatnya, Gabriella yang lari dari John dan neneknya untuk mencari bapa kandungnya. Pertemuan terakhir bersama ayahnya bertukar menjadi tragedi selepas gadis itu diculik.
Filem aksi terbaik
Walaupun sudah berumur 73 tahun, Sylvester Stallone masih mampu mengekalkan aksi memukau dalam lakonannya ini. Babak-babak aksi dalam Rambo: Last Blood membuatkan penonton ‘resah’ di dalam panggung kerana setiap scene berdarah boleh dikatakan agak dasyhat dan kerana itu jugalah filem ini diklasifikasi sebagai 18 SG.
Adegan balas dendam yang cukup power, sehinggakan kami turut mendengar orang dibelakang menjerit dan boleh rasa la perasaan puas hati mereka bila melihat penjahat-penjahat tu dibunuh dengan kejam. Hiks!
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya jika sebelum ini mereka tidak pernah menonton siri filem Rambo ini, adakah mereka akan lost bila menonton Rambo: Last Blood?
Nope.
Korang takkan blur kerana filem kali ini sangat mudah difahami dan tidak ada bersangkut paut sangat dengan filem-filem yang terdahulu.
Jadi, tak perlu risau korang boleh saja layan filem ini dan pastinya korang tidak akan menyesal kerana filem ini memang berbaloi untuk ditonton.
Rambo: Last Blood kini sudah pun boleh ditonton di panggung wayang di seluruh Malaysia dan korang jangan lepaskan peluang untuk menonton filem terakhir siri legend Rambo lakonan Sylvester Stallone ini.
Enjoy!
***
Hey Girls, We’re Back