Cute Sangat! Hai Tun M & Tun Siti Hasmah Versi Lego

Share

 

Penulis pernah melihat lukisan potret Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum ini.

 

Namun ini adalah kali pertama penulis melihat karakter Lego yang direka khas untuk Perdana Menteri Malaysia dan isteri beliau tersebut. Dibuat khas oleh Vincent Kiew

yang merupakan pengumpul tegar koleksi Lego, beliau berkongsi foto binaan Lego yang comel itu di Facebook.

Sekejap saja, pengguna media sosial pantas memuat naik semula foto tersebut di pelbagai platform media sosial.

 

Foto pertama yang dimuat naik oleh akaun chedetofficial
di Instagram pada Mac lepas.

 

Adakah binaan Lego ini ilham daripada foto pertama di atas?

 

Seperti biasa, lego Tun M memakai Bush Jacket berwarna kelabu beliau. Cuma kelibat 2 pen di poket yang tiada. Manakala Tun Siti Hasmah mengenakan baju kurung dengan beg tangan berwarna putih.

Hhm, ada yang kata warna baju kurung tersebut ungu cair, ada yang kata merah jambu. Korang rasa warna apa sebenarnya ini?

 

 

Apa-apa pun, Vincent mendapat inspirasi ini daripada cinta di antara dua figura penting Malaysia ini serta kejayaan Tun Dr. M kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

“Cerita cinta antara Tun M. dan Tun Siti Hasmah membuatkan kita semua turut menghargai hubungan kita dengan pasangan masing-masing,” kata Vincent lagi.

Published by
FZ