Selepas usahawan terkenal, Nur Fazura nekad untuk meneruskan proses perceraian, terbaharu, suaminya yang juga aktor popular, Fattah Amin tampil dengan memuat naik foto isteri dan puteri mereka, Nur Fatima Aisya di Instagram.
Difahamkan, foto yang dikongsikan pelakon filem Pendekar Awang itu merupakan foto terakhir yang dipercayai diambil sebelum berlakunya polemik rumah tangga pasangan berkenaan.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Ads
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The Garden Of Evening Mists merupakan filem arahan Tom Shu-Yu Lin dan diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh penulis novel Malaysia bernama Tan Twan Eng yang mengisahkan tentang wanita berbangsa cina di Malaysia yang telah ditangkap dan menjadi tawanan pihak tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Filem ini bakal ditayangkan di panggung wayang Tokyo, Jepun mulai 24 Julai depan. TGOEM merupakan terbitan bersama HBO Asia dan juga Astro Shaw dan mendapat sokongan daripada Filem Nasional Malaysia (FINAS), ianya bakal ditayangkan di Shibuya Euro Space di Shibuya, iaitu lokasi pelancongan dan komersial ikonik di bandaraya Tokyo.
The Garden Of Evening Mists mengangkat kisah yang berlatarkan Malaysia dengan gabungan pelakon dan kru yang professional dari Malaysia dan daripada luar negara seperti Taiwan, Singapura, Jepun, India, Australia, dan United Kingdom.
Pengarah filem ini, Tom Lin yang berasal dari Taiwan, cukup teruja apabila dimaklumkan karyanya bakal mengisi slot tayangan di Shibuya Euro Space.
Filem ini dibintangi oleh pelakon Malaysia Angelica Lee Sinje yang membawa watak heroin sebagai Yun Ling waktu muda, manakala Sylvia Chang memegang karakter yang sama tetapi bagi usia tua.
Dikatakan juga, TGOEM menjalani sesi penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia, seperti Cameron Highlands, Sungai Lembing, dan Klang. Sementara itu, Penerbit Eksekutif TGOEM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan teruja filem berkenaan ditayangkan di Jepun.
Kata Henry Tan lagi, filem Asia telah semakin mendapat perhatian antarabangsa, jadi Astro akan cuba sedaya upaya untuk terus komited dalam mempersembahkan lebih banyak filem yang akan mengangkat rantau ini.
Diadaptasi dari novel yang mempunyai judul yang sama juga, hasil karya Tan Twan Eng ini, novel ini juga pernah menerima Anugerah Man Asian Literary Prize 2013 dan Walter Scott Prize bagi kategori fiksyen sejarah pada tahun sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah jadi perkara biasa bila netizen melabelkan individu yang bergelar artis tidak mempunyai pendidikan tinggi. Bagi mereka, tak perlu belajar tinggi pun kalau setakat nak jadi pelakon atau penyayi.
Namun begitu, tak semua selebriti di Malaysia hanya ber’modal’kan wajah cantik semata-mata kerana ada juga di antara mereka yang mempunyai pendidikan yang baik.
Berikut Remaja senaraikan selebriti tempatan yang memang layak digelar ‘Beauty With Brain’.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem TV dan Radio) pada tahun 2004 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Pelajar straight A’s ini bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi dan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perniagaan di Sunway University College.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari Universiti of Reading, UK dan Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Sunshine Coast. Oleh kerana kecemerlangannya ini juga, Soo Wincci mendapat biasiswa dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).
Tak perlu kami jelaskan lagi. Pengakuan ini mungkin sudah cukup untuk membuktikannya. Hiks gurau je. Kalau nak tahu, Fathia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari UITM tau.
Ada siapa-siapa lagi yang tak ada dalam senarai ke? Jom share dengan kami..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah depresi bukanlah suatu hal yang baru. Dah banyak kes bunuh diri yang selalu kita dengar berpunca daripada depresi.
Ada yang menganggap ianya adalah hal biasa, namun jika tidak diberi kesedaran kepada masyarakat, mungkin lebih ramai yang menghadapi masalah depresi ini akan memilih jalan yang salah untuk mengakhiri kehidupan mereka.
Antara usaha yang dilakukan oleh penggiat filem adalah dengan menerbitkan cerita-cerita yang membawa mesej berkaitan dengan hal depresi.
Berikut kami senaraikan antara 5 filem Korea yang berkisarkan tentang masalah depresi.
1. Student A
Dibintangi oleh Suho EXO dan Kim Hwan Hee, filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah, Jang Mi Rae yang bersikap introvert dan memiliki masalah dirumahnya. Ibu dan ayahnya sering memukulnya hanya kerana perkara remeh. Disebabkan itu, Mi Rae melepaskan kesedihannya dengan bermain game online.
Dia bertemu dengan kawan lelaki di dunia virtual, Jae Hee yang turut mempunyai masalah sama sepertinya. Oleh kerana tidak bahagia dengan kehidupan, mereka selalu melakukan perkara-perkara yang belum pernah dibuat sebelum memutuskan untuk bunuh diri.
Ada satu pesanan yang dituls oleh Jae Hee kepada Mi Rae sehingga membuatkan gadis itu menangis teresak-esak.
2. After My Death
Mengisahkan tentang misteri kehilangan seorang pelajar yang bernama Kyung Min yang didakwa telah membunuh diri. Seorang rakannya, Young Hee terlihat di CCTV sedang bersama Kyung Min sehari sebelum kehilangannnya.
Ibu Kyung Min selalu bertanya tentang anaknya kepada Young Hee dan menudug bahawa Kyung Min telah dibunuh olehnya. Teman sekolah Young Hee juga turut membuli gadis itu dan menyebabkan dia menjadi tertekan lalu cuba untuk membunuh diri.
3. Spring, Again
Filem yang dibintangi oleh Lee Chung Ah dan Hong Jong Hyun mengisahkan tentang Eun Jo yang mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat depresi selepas kehilangan anak tunggalnya.
Satu hari, saat ibu ini bangun tidur, dia merasakan bahawa dirinya berada di hari kelmarin. Keesokan harinya, selepas bangun dari tidur juga, dia berada di hari sebelum kelmarin. Eun Jo merasa garis waktu hidupnya berjalan terbalik.
Kemudian, wanita ini bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ho Min. Lelaki inilah yang memegang kunci daripada segala misteri perjalanan waktu Eun Jo.
4. A Single Rider
Berkisarkan tentang seorang lelaki, Kang Jae Hoon yang terpaksa berpisah dengan isteri dan anaknya di Australia kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya. Selepas gagal dalam pekerjaannya, lelaki tersebut ingin menyusul ke Australia namun mendapati isterinya curang bersama lelaki lain.
Jae Hoon membawa diri dan berjumpa dengan seorang wanita yang menjadi mangsa penipuan. Mereka berdua saling mengambil berat diantara satu sama lain, namun rasa depresi Jae Hoon membuatkan dirinya ingin mengakhiri hidup.
5. The End of April
Filem bergenre thriller ini mengisahkan tentang seorang wanita yang seang mempersiapkan dirinya untuk menghadapi ujian menjadi pegawai negeri. Disebakan tidak mempunyai wang yang banyak, akhirnya Hyun Jin memtuskan untuk berpindah ke sebuat apartment tua dan berjiran dengan sebuah keluarga seorang gadis remaja bernama Joo Hee yang dianggap aneh.
Kehidupan keluarga Joo Hee yang diuji dengan pelbagai masalah sehinggalah suatu kisah misteri terungkai.
Semoga dengan menonton filem-filem ini dapat memberi kesedaran buat semua akan betapa pentingnya kita sebagai kawan, keluarga mahu pun masyarakat untuk memberi bantuan kepada individu yang depresi.
Dengan hanya mendengar keluhan mereka pun sebenarnya sedikit sebanyak dalam membantu meringankan beban yang ditanggung.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...