Selepas usahawan terkenal, Nur Fazura nekad untuk meneruskan proses perceraian, terbaharu, suaminya yang juga aktor popular, Fattah Amin tampil dengan memuat naik foto isteri dan puteri mereka, Nur Fatima Aisya di Instagram.
Difahamkan, foto yang dikongsikan pelakon filem Pendekar Awang itu merupakan foto terakhir yang dipercayai diambil sebelum berlakunya polemik rumah tangga pasangan berkenaan.
BACA: Fazura Nekad Mahu Teruskan Proses Perceraian -“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima”
Menjadi tumpuan netizen apabila, Fattah masih menyatakan rasa sayangnya terhadap Fazura dan Fatima.
“Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two #lastpicturetaken @fattzuralovelife,” coretnya ringkas.
Pada 13 September lalu, pelakon drama Lelaki Itu telah memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah.
BACA: “Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Fattah Amin