Berita

“Daddy Rindu” -Fattah Amin Sambut Ulang Tahun Kelahiran Puteri Tercinta Tanpa Di Sisi

Share

Aktor berbakat besar, Fattah Amin mengundang sebak di hati para peminat selepas mendedikasikan ucapan teristimewa sempena ulang tahun puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, meskipun hanya ucapan ringkas sempena hari jadi Fatima yang keempat, namun ia menyentuh hati para pengikutnya apabila Fattah turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya itu.

BACA: “Daddy Akan Sentiasa Menyayangi Kamu Berdua” -Fattah Amin Kongsi Foto Terakhir Bersama

Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen telah pun dibanjiri pelbagai reaksi oleh para pengikutnya selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Sebelum ini, pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi prosiding perceraian.

Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan usahawan popular itu kerana mengakui masih sayangkan isterinya. Oleh itu, kes perceraian mereka ditangguh pada 7 Oktober ini.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG Fattah Amin

IKLAN