Kumpulan popular BTS baru sahaja melancarkan single terbaru mereka yang bertajuk “Permission To Dance” pada 9 Julai lalu dan sehingga kini, video muzik lagu tersebut telah pun mendapat hampir 150 juta tontonan di YouTube.
Permission To Dance ditulis bersama-sama penyanyi Ed Sheeran, Steve Mac, Johnny McDaid dan Jenna Andrews. Di sebalik lagu dan tarian bertenaga BTS dalam video muzik tersebut, terselit makna yang mendalam dengan mengajak pendengar menjadi optimis dalam situasi pandemik ini.
Lihat sahaja bait-bait lirik korus lagu berikut:
When the nights get colder
And the rhythms got you falling behind
Just dream about that moment
When you look yourself right in the eye, eye, eye
Then you say
I wanna dance
Membawa maksud walaupun diuji dengan situasi pandemik COVID-19, namun kita tidak seharusnya patah semangat, sebaliknya bangkit dan yakin dapat melawan menangani virus jahat itu.
Penyanyi lelaki popular negara, Hael Husaini dilihat telah merakamkan cover lagu tersebut yang dimuat naik di laman instagramnya. Disampaikan dengan cara tersendiri, nyanyian Hael itu mendapat pujian daripada warganet.
Kalau hayati betul-betul lirik lagu terbaharu BTS ni memang kena sangat dengan situasi yang dilalui oleh kita sekarang. Di harap agar masyarakat di Malaysia terus kuat untuk melawan dan mengurangkan penularan virus COVID-19 ini.