Berita

Dafi Ismail Sabri Syukur Lepasi Peringkat Pertama Asasi, Hasrat Mahu Sambung Master MBA

Share

Penyanyi dan pelakon, Dafi melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana berjaya melepasi peringkat pertama Asasi Pentadbiran Perniagaan, KLIEC, London Board Of Examination dan University of Gloucestershire United Kingdom.

Berita gembira tersebut dikongsikan anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ismail Sabri Yaakob itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah Tentu Sabar Yang Paling Tertinggi…” Diddy Hirdy Kongsi Kunci Kejayaannya Sehingga Peroleh PhD

Selain itu, pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu memaklumkan selepas ini akan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pula.

“Alhamdulillah, selesai dengan Foundation of Business Administration di KLIEC.

“Langkah seterusnya, pengajian dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), London Board Of Examination and University of Gloucestershir

e, UK,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan Terdahulu Buahkan Hasil, Diddy Hirdy Berjaya Genggam PhD University Of Liverpool

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan wajah kegembiraan Dafi yang segak mengenakan jubah konvokesyen selepas berhempas pulas untuk menamatkan pengajian itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti termasuk Anuar Zain, Azira Shafinaz, Marsha Milan dan Zoey Rahman turut menzahirkan rasa bangga selain mengucapkan tahniah buat penyanyi berusia 35 tahun itu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Dafi Ismail Sabri

IKLAN