Hiburan

Dafi Tampil Dengan Imej Kurus Dan Cengkung, Netizen Bimbang Tahap Kesihatan – ” Rindu Dafi Yang Dulu..”

Share

Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri mengejutkan orang ramai apabila muncul dengan imej kurus dan cengkung.

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi Ismail Sabri Syukur Lepasi Peringkat Pertama Asasi, Hasrat Mahu Sambung Master MBA

Jelas Dafi, perubahan fizikalnya itu bukanlah disebabkan pembedahan bariatrik atau potong usus tetapi kerana diet seimbang.

Dafi

Memetik laporan Gempak, berat badannya menyusut sejak menjalani penggambaran filem Malbatt. Sejak dari itu, dia berusaha untuk kekal kurus bimbang badan akan berisi semula.

Sebab dulu masa sekolah saya gemuk, saya memang ada masalah yang takut sangat gemuk balik. Few years back badan saya agak naik juga tapi untuk filem Malbat, saya perlu jadi askar jadi saya turunkan berat.

Dafi meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana kurus bukanlah akibat sakit. Dafi yang baru mengeluarkan lagu terbaru Ogos lalu mahu kekal kurus untuk kelihatan fit dan presentable.

Malah ada menuduh Dafi atau Gaddafi Ismail Sabri, 36, mengambil barang terlarang sehingga membuatkan dia kelihatan kurus. Menyangkal dakwaan jahat itu, Dafi sebaliknya menjelaskan dia hanya mengamalkan diet seimbang selain kerap bersenam.

“Selagi saya tak buat perkara tu dan ambil barang itu tak perlu risau pun sebab orang nak komen apa pun silakan.

“Saya memang diet sebab mahu menjaga kesihatan apatah lagi usia pun semakin meningkat.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat imej terkini penyanyi tersebut. Katanya, wajah Dafi sangat berubah dan kelihatan lebih berusia daripada umurnya yang sebenar dan merindui Dafi yang dahulu.

Sementara itu, netizen lain mendoakan semoga urusan penyanyi ini dipermudahkan dan terhindar daripada sebarang penyakit.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Gempak

 

 

Published by
Nana