Polemik #Undi18 yang masih diperkatakan sekarang nampaknya masih tidak menampakkan jalan penyelesaian.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penangguhan Undi 18 kepada Septemmber 2022 adalah disebabkan oleh beberapa proses yang perlu mereka laksanakan secara berperingkat.
SPR dalam pada itu didesak untuk mengeluarkan laporan perkembangan perlaksaan pemilih automatik ini bagi membuktikan bahawa usaha itu berjalan secara sistematik di mata rakyat yang menilai.
Apapun, isu ini masih berterusan dan nasib pengundi berusia 18 tahun hingga 21 tahun masih samar sekiranya benar Pilihan Raya Umum (PRU) akan dijalankan pada tahun ini. Ia bermakna mereka akan terlepas peluang untuk mengundi buat kali pertama.
Namun begitu, untuk korang yang telahpun berusia 21 tahun ke atas dab masih belum mendaftar sebagai pengundi, lakukan tanggungjawab masing-masing dengan mendaftar pada hari ini!
Ini kerana nama calon pemilih yang didaftarkan dalam suku pertama tahun ini hanya boleh diluluskan pada bulan Julai kelak. Seandainya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PRU ke-15 pada bulan Ogos ini (seperti spekulasi yang kian kencang diperkatakan), korang masih sempat untuk bergelar pengundi.
Caranya mudah saja, daftarkan akaun dan isi borang A sebagai pengundi baharu. Jangan sesekali lupa untuk mengisi borang A tersebut kerana seseorang tidak akan didaftarkan sebagai pengundi tanpanya.
Semasa mengisi borang, pendaftar akan diminta untuk mengisi penuh, mengambil foto kad pengenalan dan berswafoto bersama kad pengenalan sebagai bukti pengesahan identiti.
Bagi mereka yang berkesempatan untuk singgah ke pejabat pos pada hari ini, proses pendaftaran amatlah mudah. Korang hanya perlu ke sana dan katakan ingin mendaftar sebagai pengundi. Pegawai akan meminta Kad Pengenalan dan siap!
Jangan menunggu hingga tarikh 1 April esok kerana nama pemilih akan secara automatiknya dimasukkan ke dalam pendaftaran suku kedua 2021. Paling awal, pendaftaran tersebut akan lulus pada awal bulan September.
*
Untuk pengetahuan, mereka yang pernah mendaftar sebelum ini tidak dikehendaki untuk mendaftar semula.