Tular di media sosial kononnya laksa Kebok dari Baling, Kedah beracun sehingga mengakibatkan dua kematian termasuk 10 lagi mengalami keracunan selepas menikmati laksa popular dari Baling ini. Malah Kementerian Kesihatan turut mengarahkan penutupan sementara gerai laksa berkenaan bagi membuat pemeriksaan lanjut mengenainya.
REMAJA menghubungi pemilik gerai laksa popular ini, Encik Daud Ismail, 51 dan beliau kelihatan tenang menjawap semua soalan diutarakan, adakah benar laksanya menjadi penyebab masalah cirit birit membawa kepada kematian selepas menikmati laksa keboknya.
“Jika beracun, kami mati dulu” kata pemilik gerai jualan laksa kebok yang kesal dengan tuduhan melulu ke atas perniagaannya tanpa usul periksa.
Laksa Kebok ini amat popular. Dijual RM12 bagi sekilo dan RM6 bagi setengah kilo. Laksanya dibuat sendiri di dalam kebok khas. Bahannya hanya tepung gandung, tepung beras dan airPemilik Laksa Kebok ini mengakui dirinya tidak lalu makan, tidak lena tidur selepas laksanya didakwa menjadi punca kematian orang lain. Sedihnya hati hanya Allah yang tahu, jelasnya
Menurut empunya gerai yang viral dan popular di media sosial ini kerana kesedapan kuahnya, Daud Ismail berkata, dia yakin laksa dijual sejak 2002 itu tidak tercemar malah penyediaannya dilakukan dengan baik seperti biasa, sama seperti hari-hari sebelumnya.
”Laksa ini kami buat sendiri, hanya gunakan tepung gandum, tepung beras dan air. Kemudian kami masak di dalam kebok. Sebab itulah namanya Laksa Kebok,” katanya yang mengusahakan perniagaan laksa ini bersama anaknya.
Menurutnya, setiap kali sebelum dijual, dia dan ahli keluarganya akan merasai terlebih dahulu laksa berkenaan.
“Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati. Kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru dua tahun setengah ini buka gerai depan rumah. Sebelum itu saja jual di pasar malam dan tepi jalan sebelum mengambil keputusan berniaga depan rumah. Malah sebelum jual pun kami akan rasa dulu, nak tahu sama ada masin atau sebaliknya,”katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Landak semalam.
Tambah Daud, laksa kebok ini dijual RM12 bagi sekilogram dan RM6 bagi setengah kilo. Sekilo itu lengkap dengan kuah dan sayur-sayurannya.
“Sehari dari Isnin hingga Khamis, biasa dalam 30 kg terjual. Hari Jumaat tutup manakala bagi Sabtu dan Ahad pula, biasanya jualan lebih dari 50 kg kerana orang ramai lalu lalang. Ramai pelanggan yang bawa balik makan di rumah,” katanya berkata, pada hari Sabtu itu jualan laksanya melebihi 50 kg namun tidak ada pelanggan dari luar seperti Pulau Pinang dan dalam negeri sendiri mengadu yang mereka sakit perut selepas menikmati laksa berkenaan. Yang mengadu sakit perut hanya dari Gerik sahaja.
“Aduan ini saya baca selepas Kementerian Kesihatan datang ke rumah. Jadi memang tak sangka kejadian ini boleh jadi tular dan saya sendiri amat sedih dengan kejadian yang terjadi,” katanya lagi.
Laksa makanan popular rakyat Malaysia dan dimakan pada bila-bila masa (gambar hiasan)
Tambah Daud, sepanjang 15 tahun menjalankan perniagaan, tiada sebarang bahan tambahan dimasukkan dalam laksa.
“Kita sedia macam itu dari dulu, tak pernah campur bahan lain untuk bagi kuah atau laksa tahan lama. Jika orang nak beli bawa balik jauh pun kami akan asingkan kuah sebab tak mahu basi,”katanya.
Ads
Katanya lagi, dia hanya mengetahui laksa dijual dikait dengan keracunan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Baling datang melakukan pemeriksaan di gerainya pada jam 11 pagi kelmarin.
“Kali kedua Pejabat Kesihatan jam 9 pagi semalam. Hari pertama depa ambil sample laksa, kuah dan sayur, semalam ambil sayur sahaja. Bila waktu malam, tiba-tiba kami sekeluarga dapat mesej viral kata ada dua orang mati sebab makan laksa.
“Daripada malam tadi rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu, tidur tak lena. Duk fikir siapa lagi nak mai rumah ni,”katanya.
Bagaimanapun katanya, dia pelik apabila mendapati mesej ditularkan mempunyai tarikh berbeza.
“Anak saya, Hidayah mendapati mesej itu tular pada tarikh 10 September dan 7 Oktober. Ia perkara yang pelik bagaimana kejadian ini berlaku pada dua tarikh berbeza,”katanya.
Dalam pada itu, Daud turut memaklumkan pucok selom yang digunakan dalam bahan penyediaan biasanya dibeli di Pekan Sik dari pembekal yang sama sejak dulu. Daud salad pula beli di pasar di Pekan Kupang. Kegunaan biasanya bagi tempoh dua hari di mana hari Ahad beli, dan kemudian dibawa ke hari Isnin. Kalau ada lebih baru dibawa ke hari berikutnya.
Dalam pada itu, Daud memaklumkan kesan tular kononnya gerai ini menjual laksa ini membuatkan banyak kereta memperlahankan kenderaan mereka dan akan menoleh ke gerai jualannya.
Ads
“Kereta yang lalu sini, mesti tengok, selalunya tak tengok. Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat hal ini dengan adil. Kesan viral tanpa usul periksa ini akibatnya cukup besar. Apa pun kami anggap ini ujian ALLAH,”katanya mengakui dia kini menutup perniagaan yang diusahakannya selepas mendapat notis penutupan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ditanya bila perniagaannya akan dibuka semula, kata Daud, dia hanya menantikan arahan dari pihak kementerian selepas siasatan selesai. Malah secara jujurnya, katanya dia sama sekali tidak menyangka kejadian seumpama ini terjadi.
Kredit : Wartawan Sinar Harian, Ammar dari Skuad Baling.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat pertandingan ratu cantik di seluruh dunia tidak sabar lagi untuk menantikan pertandingan Miss Universe Malaysia 2019 pada 8 Disember (9 Disember, pagi waktu Malaysia) ini.
Tahun ini, Miss Universe 2019 akan dianjurkan di Atlanta Georgia, Amerika Syarikat.
Namun sebelum itu, seperti kebiasaan, pihak penganjur Miss Universe Malaysia Organization memperagakan gaun rasmi dan kostum nasional yang akan disarungkan oleh wakil Malaysia pada setiap tahun.
Dan hari ini, mereka telah mengumumkan yang wakil negara, Shweta Sekhon akan memperagakan rekaan Carven Ong Couture untuk kedua-dua rekaan.
Jom lihat apakah inspirasi di sebalik rekaan tersebut.
Gaun Rasmi
Gaun berona karamel keemasan ini mewakili keindahan kawasan pantai di Malaysia. Ia bukan gaun biasa-biasa apabila turut ditata hias dengan siput sebenar (sea shells) daripada pantai yang dijahit kemas pada gaun.
Disebabkan figura Shweta yang tinggi lampai, Carven Ong telah menggunakan potongan korset dan bustier pada bahagian atas dan potongan duyung pada layah kain di bawah.
“Warnanya menggambarkan kehangatan pasir pantai dan keindahan batu karang di kawasan marin Malaysia. Saya ingin Shweta untuk merasa yakin dalam gaun yang elegan dan yakin dengan bentuk badannya.
Kata Carven sebagai pereka fesyen, “Saya mendapat ilham untuk kostum ini daripada kepelbagaian budaya Melayu, Cina dan Peranakan di Malaysia dan sudah tiba masa untuk kita promosikannya di serata dunia.
“Masyarakat Peranakan mempunyai keistimewaan campuran budaya, terutamanya pada gaya hidup, upacara perkahwinan dan makanan mereka.
“Saya tahu yang Shweta boleh carry kostum ini sebaik mungkin di pentas Miss Universe kelak, walaupun ia mempunyai aksesori kepala, bahu dan 5 ‘meja makan’ di bahagian bawah.”
Kostum ini diperbuat daripada kain songket dan batik Nyonya dalam masa 3 bulan saja. Untuk bahagian aksesori di kepala pula, ia kelihatan seperti ‘Bunga Emas’ yang melambangkan cinta dan daya feminin si pemakai.
Seperti yang Carven jelaskan, terdapat ‘meja makan’ yang menghidangkan kuih onde-onde, koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis dan kuih sago; kesemua itu adalah sebahagian daripada bakul tradisional Nyonya.
*
Macam mana guys, love tak?
Bagi korang yang pernah terlupa mengenai rekaan gaun dan kostum nasional Malaysia pada tahun lalu, jom recap kembali.
Sebelum ni, heboh diperkatakan tentang TV hos dan pelakon cantik Neelofa yang menerima jemputan untuk memeriahkan acara pertunjukan fesyen pakaian dalam eksklusif, Victoria’s Secret Fashion Show 2017 (VSFS) di Shanghai.
Kali ni, kami bukan nak bercerita tentang aktres cantik itu, tapi ada satu lagi cerita yang sedang hangat dikongsi oleh media-media di seluruh dunia berkenaan dengan seorang model terjatuh di atas pentas semasa memperagakan pakaian dalam tersebut.
Nak kata terkejut, tak juga sebab bukan pertama kali aksi sebegini berlaku. Biasalah, dah namanya manusia, kena pula berjalan di atas pentas di hadapan beribu penonton dengan kasut tinggi, mau tak nervous.
Namun, apa yang menarik perhatian kami bila Ming Xi berjaya mengawal ekspresi muka dan meneruskan acara tersebut dengan jayanya.
Alahai, jatuh pun mampu buat muka comel lagi. Salute!
Menurut sumber, Ming Xi sedih bila dia terjatuh di atas pentas itu dan sakitnya boleh tahan juga. Dia cuba untuk bangun, namun perkara itu membuatkan dia agak trauma.
Semua model di belakang pentas memberikan kata-kata semangat kepadanya dan selepas itu barulah dia nampak okay.
Ramai juga yang telah berkongsi video Ming Xi terjatuh ni. Jom kita lihat antara momen yang berjaya dirakam.
Chinese model Ming Xi suffers tumble at Victoria’s Secret Fashion Show, but recovers gracefully. Gizele Oliveira is a real life angel for helping her up and giving her the moment back. Bravo! ? pic.twitter.com/MK9sxuqwmz
Poor Xi Meng Yao took a fall onstage ?? Baby girl got back up and gave a gorgeous pose though (topic currently trending too), hoping they don’t cut her out ♥️#奚梦瑶#ximengyao#mingxipic.twitter.com/VHQ2Heik1w
Universiti Sains Malaysia (USM) secara rasmi telah pun melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 hingga USM 9999 hari ini. Pihak universiti berbesar hati mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili UNIVERSITI SAINS MALAYSIA dalam pemilihan plat khas ini.
Bagi korang yang merupakan warga dan alumni USM bolehlah memberi sokongan dengan membida nombor-nombor plat khas ini bermula pada 17 Jun 2022. Bidaan boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi carplates.my di Google Store dan Apple Store.
Menurut info yang dikongsi di laman Facebook rasmi Universiti Sains Malaysia, dana yang diperolehi daripada hasil penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu pihak universiti menyokong mempertingkatkan lagi kerja-kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan.
So guys, kepada warga dan alumni USM jangan lepaskan peluang untuk merebut nombor pendaftaran khas ini. Ada jugalah kenangan korang sebagai warga USM kan. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...