Semalam Datuk Seri Siti Nurhaliza telah tampil membuat persembahan di konsert A.R Rahman dan beliau menerima tepukan gemuruh dan juga standing ovation daripada ribuan peminat yang hadir ke konsert tersebut.

Apa tidaknya, Siti Nurhaliza menyanyikan lagu dalam basa tamil dengan begitu baik dan mengundang pujian ramai. Bahkan peminat berbangsa India memuji yang sebutan beliau cukup sempurna dan tepat.

Namun dalam semangat positif yang diraikan, ada juga yang tidak beradab mendoakan perkara yang tidak baik dalam satu ciapan di Twitter.

Pemilik akaun Twitter yang menggunakan gambar Siti Nurhaliza sebagai gambar pofil itu membuat ciapan berbunyi, “Semoga Tokti pancit 10 kali malam ini. Dah lama sangat duduk atas, sesekali jatuh baru sedar diri sikit siapa yang menyokong selama ini.”

“Dah Lama Sangat Duduk Atas, Sesekali Jatuh Baru Sedar Diri,” – Komen Peminat ‘Fake’ Undang Respon Siti Nurhaliza

Ads

Perkara itu lantas mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara tersebut.

Respon Siti Nurhaliza, “MasyaAllah, kenapa macam itu doakan dik? Alhamdullillah, Allah swt permudahkan persembahan saya. Mungkin adik dah kena tukar gambar profile tu kot sebab cara penulisan tu ‘sesuatu’. Ini yang kadang-kadang saya pesan kepada sitizoners tulen, kita kena selalu hormat menghormati dan beradab.”

“Dah Lama Sangat Duduk Atas, Sesekali Jatuh Baru Sedar Diri,” – Komen Peminat ‘Fake’ Undang Respon Siti Nurhaliza

Ads

Ciapan balas penyanyi yang mesra digelar Tokti itu mendapat perhatian ramai dan telah dibaca lebih 29 ribu kali. Rata-rata peminatnya memberikan komen yang memberi semangat kepada penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

“Teruknya mulut manusia,hati busuk mulut pon busuk..sabar Tok Tik.Manusia toksik xda membawa apa² kebaikan jadi abaikan saja,” tulis seorang pengguna Twitter.

Ads

Manakala seorang lagi pula meningalkan pesan, “Saya doakan Kak Siti dapat collaborate dengan @arrahman lagi for new songs & projects. And maybe a duet dengan

@shreyaghoshal kalau dia buat konsert kat Malaysia lagi.”

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI