Memiliki lebih daripada 80 pulau kecil seperti Ko Lanta dan Phi Phi, Krabi merupakan antara tempat pelancongan yang digemari oleh masyarakat Malaysia, selain menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara.
Walau bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, suasana lengang dibeberapa tempat tumpuan pelancongan jelas kelihatan dan Krabi tidak terkecuali.
BACA: 11 Foto Suasana Pekan Danok Thailand Yang Lengang & Sunyi Tanpa Pelancong
Seorang jurugambar Asia yang dikenali sebagai Jan Daga telah berkongsi gambar terkini situasi lengang di tempat pelancongan tersebut dan jelas sekali tidak seperti dahulu sering dibanjiri dengan kehadiran pelancong, kini Krabi kelihatan kosong dan hanya seperti sebuah ghost town
.Perkongsian ini turut mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya merindui tempat pelancongan tersebut.
Jom kita lihat antara lain-lain gambar yang dikongsi jurugambar ini.
Banyak sebenarnya tempat-tempat pelancongan di Thailand yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia. Disebabkan situasi pandemik ini, sudah tentu sektor pelancongan mereka terjejas dan kita pun rindu nak melancong ke sana kan?
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 segera pulih dan diharap agar sektor industri pelancongan diseluruh dunia kembali meriah seperti dahulu.
Sumber: Jan Daga