Dah Macam Pesta! Orang Ramai Raikan Pembukaan Rentas Negeri Dengan Bunyikan Hon

Share

Mulai tengah malam tadi, detik 12.01 minit sudah tiada lagi halangan untuk rakyat Malaysia merentas mana-mana negeri. Sebelum ini, rakyat sudah terbiasa menajalani kehidupan dengan norma baru iaitu tidak dibenarkan rentas negeri bagi mengelak berlakunya penularan wabak COVID-19.

Namun pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan selepas 84 hari rakyat Malaysia mengharunginya, disambut bagaikan pesta oleh orang ramai yang berasa gembira kerana sudah bebas pergerkan sepenuhnya walau COVID-19 belum temui penawar lagi.

Tular di media sosial, rakaman video dari Zulkifri Hasan yang merakam detik-detik betapa pemandu-pemandu kenderaan meraikan “kebebasan” merentas negeri iaitu sempadan Selangor dan Perak di sempadan Hulu Selangor dengan masing-masing membunyikan hon satu sama lain sebaik pihak berkuasa menarik tali rentang yang menjadi “halangan” sebelum ini. Bukan setakat pemandu membunyikan hon tapi orang ramai juga bersorak gembira dengan ramai yang berkumpul menyaksikan detik di tahun 2020 ini berikutan pandemic corona virus ini.

Yeay, mungkin sudah lama terkurung, dah lama tak jengah mak ayah dan inilah masanya anak-anak pulang ke kampung menjengah ibu bapa.

Apa pun diharapkan, orang ramai menjaga diri kerana walau sudah bebas merentas negeri tetapi dunai belum bebas dari COVID-19 sepenuhnya. Malah di negara-negara jiran seperti Indonesia terus mencatat jumlah pesakit dan kematian yang tinggi saban hari ke hari.

Saksikan video betapa orang ramai gembira dengan kebenaran rentas negeri ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros