Hiburan

“Dah Sampai Tahap Saya Bernafas Pun Orang Tak Suka…” -Syada Amzah

Share

Penyanyi Syada Amzah akhirnya tampil menyuarakan isi hati, susulan video tular nyanyiannya di media sosial tempoh hari.

Menurut tuan empunya badan, dirinya akur ramai tidak berpuas hati dengan isu keluarganya sebelum ini sehingga melepaskan kemarahan pada video yang tidak mempunyai apa-apa kaitan.

“Video saya dikecam mungkin sebab isu lama saya, saya faham mereka masih lagi terasa hati. Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu.

“Saya tidak salahkan netizen, kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya.

BACA JUGA: Ditanya ‘Mimpi’ Apa Belum Tercapai, Tak Sabar Nak Kahwin & Adakan Konsert Sendiri Antara Hasrat Syada Amzah

“Jauh sekali untuk mencari publisiti, kalau saya mahu berbuat demikian, saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya tagih perhatian, paling penting niat kita,” tuturnya menerusi sebuah program hiburan.

Adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah itu bagaimanapun menghargai setiap komen warganet, selain bangga dengan perjalanan kariernya sebagai penyanyi.

“Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa, kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya. Lagu Tamil dan Arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hati tapi bagi saya itu merupakan satu pujian.

“Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi mungkin mereka tidak mengenali saya, kalau kenal rapat, saya orangnya jenis mudah buat kawan,” ujarnya lagi.

Selain isu keluarga, Syada turut menerima kecaman hebat warganet apabila nyanyiannya menjadi bahan pertikaian ramai selepas menyanyikan lagu Arab berjudul Kalam Eineh

.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Syada Amzah

 


Published by
Fath