“Dah Tutup Lagi Nak Mendaki,”28 Orang Didenda Gara-Gara Degil ‘Hiking’ Di Bukit Broga!

Share

Setelah notis penutupan Bukit Broga oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dikeluarkan berikutan foto ‘hikers sesak’ tular di media sosial, kini 2 lagi kawasan hiking popular di Lembah Klang mungkin akan menerima nasib yang sama.

Sebagaimana kita tahu, Bukit Broga yang popular sebagai tempat ‘hiking’ terutamanya dikalangan remaja dan hiker ditutup beberapa bulan lepas gara-gara tular foto keadaan sesak.

Justeru itu, lokasi hiking pilihan masyarakat Malaysia ini bakal ditutup daripada sebarang aktiviti susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) mulai 27 Jun lepas.

Hm, tapi malangnya masih ada rakyat Malaysia dan degil dengan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan masih cuba untuk mendaki Bukit Broga ini.

Baru-baru ini, seramai 28 individu dilaporkan telah ditahan dan diambil tindakan kerana melanggar arahan PKPP. Hal ini dikongsikan melalui facebook Info Roadblock JPJ/POLIS.

Pasukan pemantauan Ops COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah melakukan rondaan pada 8 dan 9 Ogos lalu, dan mendapati sekumpulan remaja itu telah selesai melakukan aktiviti pendakian di Bukit Broga.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1646646408846396

Rata-rata netizen mengecam tindakan 28 orang pendaki ini dan meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan yang sewajarnya.

Untuk info, pada 27 Jun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga mengikut Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

Hm, ada baiknya juga sekiranya Bukit Broga ditutup sementara bagi menguatkan lagi sistem SOP sebelum dibuka semula. Nanti tak semena-mena timbul pula kluster Broga.

 

Published by
Ruziana Zainal