Hiburan

Dahlia Rizal Minta Jaga Batas. Tak Selesa Wajah Disentuh Tanpa Kebenaran, Tarik Tangan Kuat-Kuat

Share

Personaliti media sosial popular, Dahlia Rizal tampil dengan pesanan kasih sayang buat para pengikutnya untuk lebih beradab apabila minta untuk bergambar.

Menerusi perkongsian di Instastory, isteri kepada aktor, Imra Aqil itu mengakui kurang selesa dengan sikap sesetengah peminat yang hendak bergambar sehinggakan menarik tangannya secara tiba-tiba.

Malah, ada yang bertindak menyentuh kulit wajahnya tanpa kebenaran.

“Saya nak ingatkan kepada pengikut saya tentang batas antara saya dan kalian.

“Beberapa bulan lepas, saya ada melalui perkara ni banyak kali juga yang mana orang yang saya jumpa nak bergambar akan tarik saya secara tiba-tiba dan bawa saya ke tempat mereka nak bergambar tanpa tanya saya dulu.

“Ada juga yang terlalu teruja sampai siap pegang kulit muka saya untuk pastikan kulit saya ‘flawless‘ ke tak dan ada yang genggam lengan saya kuat sangat untuk ambil gambar dengan saya,” katanya.

Pada masa sama, Dahlia turut menghargai sekiranya pengikut meminta izin terlebih dahulu.

“Macam kalian semua tahu, saya memang akan selalu okay kalau kalian nak bergambar atau berborak sikit tapi jangan buat saya tak selesa dengan semua tindakan itu.

“Hanya sekadar tepuk bahu dan bertanyakan ‘hi nak bergambar boleh?’ sudah mencukupi,” coretnya.

Gadis jelita itu juga menitipkan harapan agar perkara seperti itu tidak akan berulang lagi dan tidak melabelkan dirinya seorang yang sombong.

“Saya harap kalian faham apa yang saya nak sampaikan. Apa-apa pun, saya sentiasa suka untuk berborak dan ambil gambar dengan kalian.

“Saya tak marah cuma nak ingatkan saja, jangan pula anggap saya sombong atau tak nak terima ambil gambar. Tu bukan niat saya atau kenapa saya tulis kenyataan ini,” katanya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Dahlia Rizal

 

Published by
Fath