Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Impian yang ada dalam diri tidak satu pun yang tidak sah. Semuanya boleh dicapai sekiranya kita berusaha. Begitulah juga dengan gadis keturunan bajau berusia 18 tahun yang berasal dari Filipina ini.
Rita Gaviola mula menjadi terkenal apabila wajahnya telah dirakam oleh jurugambar ketika dia sedang mengemis pada tahun 2016. Ibarat kisah dongeng, bidikan jurugambar yang dikenali sebagai Topher Quinto itu merubah nasib gadis ini.
Sejak tularnya gambar tersebut, kecantikan asli raut etnik wajahnya menjadi bualan ramai. Sehinggakan selepas itu dia telah dijemput untuk menjadi salah seorang peserta bagi rancangan realiti The Big Brother versi Filipina.
Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan itu namanya semakin mekar dan menjadi seorang pelakon dan juga pepengaruh media sosial dengan lebih 190 ribu pengikut.
Ads
Terbaru, dia menyatakan hasratnya untuk menyertai pertandingan Miss Universe Phillippines menerusi satu hantaran di Instagram yang berbunyi, “Kecantikan tidak sempurna, ia bahkan menyinari kekurangan anda. Miss ‘Universe’ tidak lama lagi.”
Rata-rata pengikutnya teruja dengan hantaran tersebut dengan menyifatkan dia memiliki kelebihan kerana latar belakangnya dan juga kecantikan asli yang dimiliki. Antara mereka ada yang menyuruhnya gadis ini mula berlatih dari sekarang.
Ads
Ads
Sedikit info mengenai gadis ini. Keluarganya berasal dari Zamboanga dan kemudiannya berhijrah untuk tinggal di Bandar Lucena, Quezon yang terletak di bahagian selatan Metro Manila.
Bapanya bekerja sebagai seorang pemungut sampah manakala ibunya merupakan seorang seorang suri rumah sepenuh masa. Jika tidak perlu ke sekolah dia selalu menolong ibunya dan juga mengemis untuk meraih sedikit wang.
Tidak dinafikan, kemudahan membeli-belah secara online memang sangat memudahkan dan praktikal, tambah pula dalam keadaan situasi pandemik seperti hari ini. Bila duduk rumah, ada sahaja yang ingin dibeli dek kerana ‘gatal tangan’ melihat jualan yang ada di aplikasi telefon pintar.
Bila dah banyak membeli, kos penghantaran juga boleh menjadi tinggi dan secara tidak langsung ia bakal menambahkan lagi perbelanjaan korang.
Nah, kalau korang rajin ‘membeli-belah’ di Shopee, ada satu trik yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Afiq Nashiron untuk lebih jimat dalam membayar kos penghantaran atau ‘shipping’.
Ceritanya, dia membeli banyak barang di satu akaun Shopee ini sebab banyak barang yang berkenan disitu. Total dalam RM80, tapi bila nak bayar terkejut kenapa total sampai RM120. Rupanya kos penghantaran sampai RM42. Voucher free shipping tinggal RM1 sahaja.
Jadi, nak tahu macam mana Afiq lakukan sehingga dia perlu membayar kos shipping hanya RM1.90 sahaja?
Konsepnya mudah sahaja. Pertama, asingkan barang tersebut kepada dua postage. Kedua, guna Shopee Saving Pass.
Jom kita lihat trik dan langkah-langkah yang telah dikongsi oleh Afiq Nashiron ini.
Dalam gambar ini menunjukkan kos penghantaran sebanyak RM42. Selepas pakai voucherfree shipping kos jadi RM37
Ok, ini postage pertama. Daripada 6 barang tadi kita asingkan jadi tiga barang X 2 postage. Postage pertama dah selamat bayar tanpa shipping.
Tapi, tadi cuba gabung dengan bermacam-macam barang juga supaya dapat combo paling jimat. Cuma ada satu barang tu beli sampai 10. Walaupun 10 tapi dapat percuma juga
Barang kedua ni memang kalau guna free shipping pun tetap kena bayar sebab shipping dah lebih RM5. Nak tak nak kena bayar sahajalah RM8 tapi nanti dulu..
Korang boleh pergi dekat akaun kita, klik bahagian Shopee Saving Pass
Siapa yang tak pernah claim benda ni bolehlah claim. 2 voucher free shipping + voucher RM5 = bayar RM3
Claim semua
Ini bayaran asal, kos penghantaran RM8.90
Pakai dua voucher tadi boleh tolak RM10
Korang nampak dah tolak kos shipping RM5 dan voucger RM5. RM10 sahaja dekat situ
Empat tahun lalu, dunia penyiaran digital dan masakan tanah air dikejutkan dengan kematian Allahyarham Adam Didam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail. Ketika itu namanya benar-benar popular sebagai seorang pempengaruh media sosial dan cef selebriti yang banyak berkongsi mengenai resipi masakan kepada pengikutnya.
Sebelum menjadikan dunia masakan sebagai kerjaya, Adam merupakan seorang jurutera dalam bidang minyak dan gas pada asalnya. Memiliki ratusan ribu pengikut di laman Instagram ketika itu, tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa sebelum Khairul Aming, we have Adam Didam to guide us in everyday recipes!
Bukan sekadar popular di media sosial, Adam turut menghiasi pelbagai rancangan di kaca televisyen. Penulis sendiri sempat bekerjasama dengan allahyarham selama dua musim untuk rancangan masakan yang disiarkan di saluran Astro Prima iaitu Rasa Ketuhar Kuali menyaksikan Adam begandingan bersama Aunty Aini dan kemudiannya Jelajah Rasa Nusantara meyaksikan Adam bergandingan bersama Ili Sulaiman.
Apa yang boleh penulis katakan mengenai Adam, orangnya cukup lemah lembut apabila berbicara dan sangat ramah!
Beberapa hari lalu, genap empat tahun kematian Adam menurut kalendar Islam pada tanggal 14 Ramadan, anak saudara sulungnya iaitu Omar Mokhtar mencoretkan tinta kata yang cukup indah di laman Instagram milik adam yang masih dikekalkan sehingga hari ini. Meneliti setiap bait kata yang ditulis, jelas terpancar betapa besarnya pengaruh Adam kepada anak saudaranya itu.
“Adakah ia benar-benar sudah empat tahun? Apabila Mamajee @adamdidam meninggalkan kita bertahun-tahun yang lalu pada hari ke-14 dalam bulan suci Ramadan 1440, saya menjangkakan bahawa kami akan menghitung setiap hari yang berlalu, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, menonton jam berdetik begitu rapat.
“Mungkin itu benar lebih dekat dengan masa, tetapi ia tidak berlaku selama empat tahun ini. Sebenarnya, bagi saya, saya telah hidup seolah-olah Mamajee masih di sini di sebelah saya. Mungkin saya tidak dapat melihatnya, atau kami tidak boleh bercakap antara satu sama lain, tetapi dalam apa jua keadaan, dia masih sebahagian daripada keluarga kami.
“Tiada kehilangan yang boleh mengubahnya. Saya tahu ramai orang akan mengatakan bahawa hidup seolah-olah Mamajee masih berada di sini adalah tidak sihat. Saya tidak bersetuju. Fikiran tentang dia hanya menguatkan kami, ingatan dia menyatukan kami semua. Kami tahu dia telah meninggalkan kami, tetapi bukanlah hilang.
“Sama ada empat tahun dari sekarang, atau empat puluh tahun, dia dan kami, kami adalah satu dan sama, hidup dan bernafas melalui kenangan dan cinta yang kami kongsi. Semoga Allah terus menguatkan kasih sayang kami kepada orang yang kami sayangi – sama ada hidup atau tidak – untuk empat tahun akan datang…dan seterusnya!” tulis Omar Mokhtar.
Imbas kembali, Adam atau lebih mesra digelar mamajee oleh anak saudaranya dahulu cukup popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Siapa boleh lupa keletah Omar, Fatimah dan Ali. Biarpun tinggal jauh di United Kingdom, mereka yang fasih berbahasa Kelantan sentiasa mendapat perhatian. Apatah lagi allahyarham bapa saudara mereka kerap berkongsi mengenai mereka di media sosial.
Semoga Allah mencucuri roh Adam dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siri rancangan kanak-kanak ini pasti menggamit memori kan? Penulis pun membesar dengan karakter popular seperti Big Bird, Elmo dan Cookie Monster. Menerusi karakter-karakter ini, rancangan tersebut banyak membantu golongan kanak-kanak terutamanya pendidikan.
Terbaru rancangan televisyen ini telah memperkenalkan dua watak kanak-kanak Rohingya bagi membantu ribuan pelarian anak-anak mengatasi trauma dan kesan pandemik di penempatan pelarian terbesar dunia di Bangladesh itu.
Menurut Sesame Workshop yang merupakan organisasi di sebalik rancangan televisyen tersebut, karakter adik beradik kembar yang diberi nama Noor dan Aziz Yasmin akan ditampilkan seiring dengan karakter rancangan tersebut yang popular seperti Louie dan Elmo menerusi video pendidikan dalam bahasa Rohingya di kem pelarian itu.
“Bagi kanak-kanak Rohingya, Noor dan Aziz akan menjadi karakter pertama dalam media yang kelihatan dan kedengaran seperti mereka. Dua karakter ini pastinya akan membawa kuasa transformasi bagi pembelajaran yang menyeronokkkan kepada keluarga pada masa bila mereka memerlukannya lebih dari sebelum ini,” ujar Sherrie Westin yang merupakan Presiden Impak Sosial di Sesame Workshop.
Dengan pengenalan dua karakter ini, pelarian kanak-kanak Rohingya akan mampu untuk kekal berhubung dan kenal dengan asal usul mereka. Program ini juga mendapat sokongan dari BRAC yang merupakan badan bukan kerajaan Bangladesh dalam menyokong pembangunan kanak-kanak Rohingya.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...