Kalah sekali bukan bermaksud untuk terus melupakan impian. Seperti wanita yang berasal dari Indonesia ini, dia membuktikan kekalahannya di peringkat kebangsaan tidak boleh memadamkan impiannya untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa.

Kelmarin telah berlangsungnya pentas akhir Miss Face of Humanity 2022 yang menyaksikan pemilik nama penuh Nadia Inggridia Tjuatja dimahkotakan sebagai juara mengalahkan 16 peserta lain yang menyertai pertandingan itu.

Dahulu Sekadar Top 5 Miss Grand Indonesia 2020, Kini Nadia Tjoa Juara Miss Face Of Humanity 2022

Dari 17 peserta Nadia maju ke peringkat 10 terbaik dan kemudiannya diumumkan sebagai empat peserta akhir. Antara peserta lain yang berjaya bergelar top 4 adalah Rwanda, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Selain menjuarai pertandingan, wanita berusia 26 tahun ini yang tampil ranggi dengan potongan rambut pendek menerima anugerah khas cabaran Love of Humanity. Di pentas akhir, Nadia tampil mewah dalam balutan gaun petang rekaan Ivan Gunawan yang diberi nama, The Reminisence of Golden Pheonix.

BACA JUGA: Dari Dunia Ratu Cantik Ke Konti Radio, Dewi Natasha Akui Kemahiran Komunikasi Sangat Penting Dalam Kerjaya

Ads

Dahulu Sekadar Top 5 Miss Grand Indonesia 2020, Kini Nadia Tjoa Juara Miss Face Of Humanity 2022

Ketika berada di kedudukan empat terbaik, Nadia telah menerima soalan berkenaan perang yang terjadi di antara Rusia dan Ukraine. Ternyata dia mampu menjawab dengan baik dan faham akan isu tersebut.

Nadia merupakan sebuah bakat baru yang dinaungi oleh Yayasan Dunia Mega Bintang milik pereka fesyen dan personaliti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan. Di bawah tunjuk ajarnya sebagai mentor, wanita anggun ini nampaknya berjaya membanggakan negara Indonesia.

Ads

Dahulu Sekadar Top 5 Miss Grand Indonesia 2020, Kini Nadia Tjoa Juara Miss Face Of Humanity 2022

BACA JUGA: Ratu Cantik Thailand Anggun Berbusana Kebaya, Angkat Budaya Masyarakat Selatan

Miss Face of Humanity 2022 merupakan satu pertandingan yang baru diadakan buat pertama kali. Pada awalnya lebih 27 peserta dikatakan bakal meyertai namun akibat kekangan dek Covid-19 dan juga karenah mendapatkan visa hanya 17 negara yang mengambil bahagian.

Ads

Malaysia sepatutnya diwakili oleh peragawati dan penyampai radio Era Sabah, Dewi Natasha. Namun atas sebab kekangan dan masalah untuk mendapatkan visa berserta pandemik Covid-19, dia terpaksa melepaskan hasratnya untuk mewakili negara.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto: Instagram Ivan Gunawan & Nadia Tjoa

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI